Romelu Lukaku ada hari yang sukar pada final UCL 2022/23. Di mana dia telah menghalang percubaan bahaya member dia sendiri dan kemudian gagal menyempurnakan peluang terhidang.
Lukaku kembali semula ke Inter Milan sebagai pemain pinjaman selepas meninggalkan kelab itu mengejut dahulu.
Namun sejak dia kembali semula ke Inter Milan, aksi Lukaku bertukar menjad Lakaka.
Dan aksi dungu itu terbawa bawa ke malam final UCL 2022/23 ketika Inter Milan berhadapan dengan Manchester City.
Akibat aksi yang tidak senonoh itulah peminat Man City mengurniakan darjah legenda buat Lukaku.
Tidak semua pemain kalah akan sedih kerana Lukaku berjaya mendapatkan status legenda Man City tanpa perlu bermain untuk kelab itu.
Dan mungkin selepas ini akan dibuat sebuah tugu Lukaku di luar Etihad?
Seorang peminat berkata: “Di sebalik kejayaan kita menjulang treble dan UCL ini, jangan lupa jasa Lukaku yang bertungkus lumus membantu kita pada malam final di Istanbul.
Seorang lagi berkata, Lukaku menjadi legenda di City lebih daripada di United, merujuk kepada karier pemain itu sebelum ini pernah bermain untuk Manchester United.
Lukaku is more of a city Legend than a United Legend 🇧🇪💪 pic.twitter.com/m7crsNLqPe
— Predict (@PredictorAlt) June 10, 2023
Seterusnya yang lain berkata: “Lukaku adalah legenda sejati Man City tanpa perlu bermain untuk kelab ini.”
Lukaku melukakan hati peminat Inter Milan dan memutuskan untuk menghiburkan hati peminat Manchester City.
Selepas tamat perlawanan, Lukaku diserang dengan pelbagai kritikan dari segenap segi.
Pemilik Inter Milan tetap mempertahankan Lukaku dengan menyatakan kelab itu masih berusaha berunding dengan Chelsea tentang situasi Lukaku.
Inter dijangka akan cuba melanjutkan lagi tempoh pinjaman pemain itu.
Namun bagi peminat Inter pula, mereka minta pemilik kelab mengembalikan semula Lukaku ke Chelsea.
Manchester City Kini Jadi Kelab Inggeris Keenam Pernah Julang UCL
Manchester City menewaskan Inter Milan hasil bantuan kedunguan Lukaku pada aksi final UCL di Istanbul.
Manchester City tidak obses mempamerkan aksi tiki taka, sebaliknya menggunakan pendekatan lebih berhati hati.
Rodri menjadi wira kemenangan Man City dalam kemenangan tipis 1-0 ke atas Inter Milan di final.
Bekas pemain Man United, Romelu Lukaku dianggap tidak boleh harap oleh peminat United. Kerana gagal menghalang City daripada meraih treble.
Pencapaian treble sebelum ini dianggap hanya milik United dan mustahil dilakukan mana mana kelab lain di England.
Kini jiran mereka sendiri berjaya melakukannya.
Kejayaan Man City menjulang UCL sulung kelab itu membuatkan mereka kini menjadi kelab Inggeris keenam pernah bergelar juara UCL.
Jom tengok 6 kelab itu.
1. Liverpool
Liverpool melakukannya sebanyak enam kali. Terbanyak dari kalangan kelab kelab di England.
Mereka pertama kali menjuarainya pada 1977 diikuti 1978.
Kemudian menjulangnya lagi sebanyak 2 kali pada era 80-an pada 1981 dan 1984.
Pada era moden, Liverpool menjulang UCL pada 2005 di Istanbul dan 2019 di Madrid.
Dengan piala UCL yang bersepah di kabinet membolehkan Liverpool kelab tunggal di England menyimpan piala sebenar dan diberikan lencana kehormat UCL.
Malangnya musim depan, Liverpool perlu bermain di pertandingan kasta kedua Eropah iaitu UEL.
2. Manchester United
Manchester United merupakan juara 3 kali UCL. Di mana mereka pertama kali menjuarainya pada 1968.
Kemudian menjuarainya 2 kali di bawah kepimpinan Tun Alex Ferguson.
Salah satu daripadanya adalah menghasilkan kejuaraan treble 1999. Dengan final dramatik kemenangan 2 gol lewat menentang Bayern Munich.
Manchester United kembali semula ke UCL musim hadapan. Namun mereka harus sedar bahawa adanya Arsenal kembali ke UCL bermakna peluang mereka untuk juara agak tipis.
3. Chelsea
Pendatang baru UCL sebelum ini adalah Chelsea.
Mereka bangkit pada revolusi Roman Abramovich. Dan pada era Abramovich, Chelsea bukanlah kelab kelakar macam sekarang.
Mereka berjaya menjuarai UCL 2 kali. Pertama kali pada 2012, di mana pengurus mereka pada masa itu adalah Roberto Di Matteo yang menjadi interim.
Pada 2021, mereka menjuarainya di bawah bimbingan Thomas Tuchel.
4. Nottingham Forest
Kelab legenda ini pernah menjurai UCL sebanyak dua musim back to back pada 1978 dan 1979.
5. Aston Villa
Aston Villa pernah menguatkan dominasi Inggeris di UCL pada era 80-an dengan kejuaraan UCL pada 1982.
6. Manchester City
Selamat datang kepada ahli juara UCL keenam dari England iaitu Manchester City.
Revolusi Sheikh Mansour dianggap tidak lengkap tanpa kejayaan UCL.
Man City sudah banyak berbelanja sepanjang pemilikan baharu Pak Arab.
Dan mereka beberapa kali hampir berjaya melakukannya. Dan pernah mara ke final namun hampa.
Kali ini di bumi Istanbul, tempat Beto Khusyairi terputus stok Maggie Asam Laksa, mereka akhirnya berjaya melakukannya.
Bukan itu sahaja mereka turut bergelar juara treble. Sebelum ini mereka sudah menjadi juara EPL dan juara Piala FA.
Pep Guardiola akhirnya menamatkan badi tanpa UCL dalam pasukan yang tiada Messi.
Dia juga merasai nikmat treble buat kali kedua dalam sejarah kariernya sebagai pengurus.
7. Arsenal
Arsenal dilihat bakal menjadi calon juara musim 2023/24. Takkanlah kelab segah Arsenal nak biarkan sahaja kelab England lain flex piala UCL di kabinet mereka.
Dengan barisan muda yang mereka ada, Arsenal musim ini berjaya menyaingi Man City dalam perebutan kejuaraan liga sehingga ke akhir musim.
Kualiti pasukan mereka membantu Arsenal layak semula ke UCL pada musim akan datang.
Dan Arsenal dianggap calon kuat untuk menjadi juara.
Senang letak awal sikit tak kalut nanti nak up artikel ini pada malam Martin Odegaard menjulang UCL.