Man Utd Anggap Liverpool Sebenarnya Terlebih Berbelanja Dalam Usaha Mereka Mendapatkan Darwin Nunez

Manchester United percaya pasukan seteru utama mereka, Liverpool sebenarnya telah melakukan kesilapan dengan menandatangani Darwin Nunez dari Benfica.

Setan merah yakin dan pasti Liverpool sebenarnya kena scam beli Darwin Nunez dengan harga yang tak masuk akal bagi mereka.

Liverpool pada ketika ini sedang menunggu masa sesuai sahaja untuk mengumumkan secara rasmi, tentang keputusan kejayaan mereka menandatangani Darwin Nunez dari Benfica.

Skuad The Reds berjaya melengkapkan perpindahan bintang Uruguay itu dengan yuran perpindahan bernilai €100 juta.

Melihat kepada hal itu, pimpinan Manchester United percaya yang Liverpool sebenarnya terlebih berbelanja dan tak sepatutnya mengeluarkan dana yang tinggi hanya untuk mendapatkan khidmat pemain penyerang itu.

Kenyataan yang agak ironik dari Manchester United memandangkan mereka merupakan kelab yang sering melakukan kesalahan itu sebelum-sebelum ini.

Skuad setan merah itu sendiri pada awalnya turut sangat berminat mahu mendapatkan pemain kebangsaan Uruguay itu.

Ketika mereka sudah hampir pasti untuk mendapatkan Darwin Nunez, Liverpool dengan tiba-tiba menjadi calon kegemaran yang bakal mendapatkan khidmat pemain penyerang Uruguay itu.

Ketika Liverpool sudah masuk ke fasa akhir rundingan, Man Utd segera menarik diri kerana mereka sedar Darwin Nunez tidak akan memilih untuk ke Old Trafford.

Baik ketika Man Utd masih dalam perlumbaan hinggalah selepas mereka menarik diri, Liverpool dilihat konsisten menjadi calon kegemaran untuk mendapatkan Darwin Nunez.

Selepas Liverpool berjaya, kini United mendakwa mereka sebenarnya sekadar berlakon untuk turut serta dalam perlumbaan dan ia bertujuan untuk memastikan pasukan seteru mereka itu perlu mengeluarkan dana yang lebih besar.

Man Utd sendiri sebenarnya ada sejarah mengeluarkan dana besar untuk pemain yang gagal seperti Alexis Sanchez, Paul Pogba, Harry Maguire dan Romelu Lukaku.

Kesemua pemain itu ditandatangani dengan yuran perpindahan yang tak masuk akal, tetapi mereka tidak menunjukkan diri mereka bernilai.

Bahkan kesemua mereka turut dianggap pemain paling gagal dalam kem United ketika karier mereka di Old Trafford.

Kesemua pemain itu juga turut telah meninggalkan kelab dan jelas sekali Man Utd membuat keputusan yang sia-sia dengan menandatangani pemain-pemain tersebut dengan yuran perpindahan tak masuk akal.

Kegagalan United sebelum ini sebenarnya satu amaran kepada Liverpool dengan mereka diharapkan tidak melalui hal yang sama.

Yuran perpindahan yang tinggi sebenarnya tak menjanjikan apa-apa dan belum tentu pemain termahal boleh memberikan impak seperti yang diharapkan.

Ramai yang mula mempersoalkan apa perancangan Liverpool sehingga mereka mampu mengeluarkan dana besar untuk mendapatkan Darwin Nunez dari Benfica.

Walau bagaimanapun, Liverpool sendiri sebenarnya ada sejarah yang baik ketika bercakap tentang pemain yang ditandatangani dengan nilai perpindahan yang besar di bawah kendalian Jurgen Klopp.

Kedua-dua Alisson Becker dan Virgil Van Dijk telah ditandatangani dengan yuran perpindahan bernilai lebih dari £60 juta.

Dan menariknya lagi, kedua-dua mereka turut berjaya memberikan impak yang sungguh menakjubkan dan dianggap sebagai penandatanganan paling berbaloi kelab.

Jadi dengan rekod yang cemerlang itu, para penyokong Liverpool sepertinya tidak perlu risau tentang impak yang akan diberikan oleh Darwin Nunez.

Jurgen Klopp jelas sekali lebih tahu apa yang beliau mahukan dan beliau sendiri tentunya sudah ada perancangan tersendiri tentang apa yang mahu beliau lakukan kepada pemain penyerang itu.

Nunez dan Sadio Mane mempunyai corak permainan berbeza dan tentunya Klopp sudah ada perancangan tentang bagaimana beliau akan manfaatkan potensi serta kemampuan yang dimiliki oleh bintang Uruguay itu.

Sumber: SPORTbible

BACA:  'Bilik Persalinan Liverpool Kesedihan' - Klopp Anggap Pencapaian 'Quadruple' Adalah Sesuatu Yang Mustahil