Manchester United Diaibkan Sebanyak 7 Kali Tanpa Balas Di Anfield

Masuk minggu ketiga Premier League dunia bola sepak telah disajikan dengan perlawanan yang ditunggu-tunggu ramai saban tahun iaitu North West Derby yang menemukan Liverpool dan Manchester United.

North-West Derby yang melagakan Manchester United dan Liverpool merupakan antara Derby terhebat dalam bola sepak yang sentiasa panas dengan aksi-aksi yang menggempar.

Permusuhan antara Liverpool dan Manchester bukanlah satu perkara baru, malah telah berlanjutan sejak penghujung abad ke-18 dan ketika itu, pertelingkahan ini lebih kepada perlumbaan ekonomi antara dua bandar yang jaraknya hanyalah kira-kira 56km.

Sejak tercetusnya revolusi industri persaingan antara dua bandar ini telah mula tercetus, sepanjang abad ke-18 bandar Manchester jauh lebih popular dan menjadi sebutan di bahagian utara dengan industri pembuatan.

Pada penghujung abad ke-18 Liverpool telah membangun dengan pesatnya sebagai pelabuhan utama yang menjadi faktor penting kepada pertumbuhan dan kejayaan kapas di bahagian utara.

Kemuncak kepada perseteruan yang membawa kepada kebencian Liverpool kepada Manchester dengan wujudnya terusan kapal Manchester (Manchester Ship Canal) pada 1984 yang dibina oleh hasil permuafakatan pedagang Manchester.

Persaingan antara kedua bandar ini tidak pernah padam sehingga kini dan membawa kepada persaingan dalam bidang sukan terutamanya bola sepak.

Lantaran sejarah permusuhan yang panjang antara kedua-dua bandar ini maka perlawanan bola sepak antara Manchester United dan Liverpool telah digelar North West Derby.

Liverpool 7-0 Manchester United

Dery dalam bola sepak biasanya digunakan untuk permusuhan antara dua pasukan atau lebih dalam satu bandar namun mungkin kerana dua bandar ini pernah berada dalam daerah yang sama iaitu Lancashire maka isitilah ini boleh diguna pakai.

Man utd memulakan perlawanan dengan garang apabila antony melakukan percubaan lencong namun ditepis oleh alisson pada minit ke-9. Man utd melakukan bertali arus namun gagal memecah kebuntuan.

Liverpool memecah kebuntuan pada minit ke-43 hasil lorongan cantik daripada Andy Robertson kepada Cody Gakpo di mana dia memotong ke dalam dan melakukan percubaan ke bawah tepi gawang.

Liverpool memulakan separuh masa kedua dengan garang apabila mendapatkan 2 gol dalam 5 minit awal separuh masa kedua. Pada minit ke-47, Darwin Nunez menanduk masuk hantaran lintang Harvey Elliot.

Tiga minit kemudian Cody Gakpo menjadikan kedudukan 3-0 melalui satu serangan balas pantas yang mudah tanpa halangan nyata hantaran Mohamed Salah disempurnakan dengan satu penyudah yang tenang.

Pada minit ke-66 Mohamed Salah menggegarkan gawang dengan satu rembatan penuh berapi menghentam palang sebelum bola terkulai dalam gawang juga melalui serangan balas.

10 minit kemudian Darwin Nunez menjaringkan gol kedua peribadi dan gol kelima perlawanan selepas menanduk masuk hantaran Jordan Henderson, pertahanan Setan Merah tidak keruan untuk mencabar Nunez.

Mohamed Salah menjaringkan gol keenam dengan satu tolakan mudah ketika permainan berbaki kurang 10 minit ketika pertahanan Manchester United barai sebarai-barainya.

Video Assistant Referee (VAR) cuba menyelamatkan maruah Setan Merah menilai kembali gol itu atas dasar ofsaid namun tiada kecurangan untuk Liverpool 6-0 Manchester United.

Roberto Firmino masuk menggantikan Darwin Nunez pada minit ke-79 menjaringkan gol ketujuh Liverpool selepas 12 minit di padang untuk menambahkan lagi kesengsaraan Setan Merah.

Liverpool: Alisson, Alexander-Arnold, Konate, Van Dijk, Robertson, Elliott, Fabinho, Henderson, Salah, Nunez, Gakpo.

Pemain Simpanan : Kelleher, Milner, Firmino, Jones, Carvalho, Matip, Tsimikas, Bajcetic, Jota

Manchester United: De Gea, Dalot, Varane, Martinez, Shaw, Casemiro, Fred, Fernandes, Weghorst, Rashford, Antony.

Pemain Simpanan: Heaton, Maguire, Malacia, Sabitzer, Sancho, Wan Bissaka, Elanga, McTominay, Garnacho

BACA:  Champions League 2022/23: Napoli 4-1 Liverpool