Martinez Tolak Pinangan Arsenal Kerana Hatinya Hanya Untuk Tiga Pasukan Lain Sahaja

Arsenal dilaporkan mahu menggunakan Hector Bellerin untuk ditawarkan kepada Inter Milan dalam usaha mereka untuk menandatangani Lautaro Martinez.

The Gunners mahu menawarkan Bellerin sebagai pertukaran pemain dan ditambah dengan wang tunai untuk mereka mendapatkan penyerang Argentina itu.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta telah mengenal pasti bintang berusia 23 tahun yang juga merupakan penyerang utama skuad kebangsaan Argentina itu sebagai pemain yang beliau mahukan di Emirates.

Arteta meletakkan Martinez sebagai pemain sasaran utamanya ketika ini, dalam usaha beliau untuk memastikan Arsenal berjaya mengakhiri saingan liga musim hadapan di kelompok empat teratas.

Martinez baru-baru ini telah berjaya membantu skuad kebangsaan Argentina untuk menjulang kejuaraan Copa America.

Beliau mula mencipta nama dalam dunia bola sepak sejak ditandatangani oleh Inter Milan dari Racing Club pada tahun 2018 yang lalu.

Pemain kebangsaan Argentina yang kontraknya bersama Inter Milan akan tamat pada tahun 2023 nanti telah hangat dikaitkan dengan perpindahan menyertai Barcelona.

Inter Milan dijangka mahu mengurangkan perbelanjaan mereka pada jendela perpindahan musim panas ini, memandangkan kedudukan ekonomi kelab sedang teruk terjejas pada ketika ini.

Oleh yang demikian, mereka jelas senantiasa bersedia untuk mendengar tawaran besar dari mana-mana pasukan yang berminat untuk mendapatkan Martinez.

Penulis, Pete O’Rourke telah melaporkan bahawa Bellerin akan termasuk dalam tawaran tersebut dalam usaha Arsenal untuk mengurangkan nilai £80 juta yang diletakkan pada Martinez.

Bellerin telah diberitahu oleh pihak kelab yang beliau boleh meninggalkan Emirates pada musim panas ini, walaupun kontraknya masih aktif sehingga 2023.

Pemain right back yang ketika ini berusia 26 tahun itu dinilaikan bernilai £20 juta dan ia sedikit sebanyak akan membantu Arsenal untuk mendapat pengurangan harga dalam urusan untuk mendapatkan Martinez.

Inter Milan dilaporkan turut berminat untuk mendapatkan Bellerin memandangkan mereka sudah melepaskan Achraf Hakimi dengan yuran perpindahan bernilai£51.3 juta ke Paris Saint Germain.

Walaupun Arsenal sangat berharap untuk mendapatkan Martinez, namun penyerang Inter Milan itu telah menegaskan yang beliau hanya akan meninggalkan San Siro untuk salah satu dari tiga kelab pilihannya sahaja.

Ia menurut laporan yang dilaporkan oleh Marco Barzaghi dari Sport Mediaset, yang melaporkan bahawa pemain sasaran Arsenal itu hanya mahu menyertai Barcelona, Real Madrid atau Atletico Madrid sahaja.

Masa depan Martinez bersama Inter Milan masih samar-samar pada ketika ini, memandangkan Juara saingan Serie A itu tidak bersungguh dalam rundingan kontrak baru bersama Martinez.

Football Italia melaporkan yang perbincangan antara pihak Martinez dengan wakil kelab sedang berlangsung pada ketika ini, dan pihak kelab tidak menunjukkan minat untuk memberikan tawaran baru kepada penyerang Argentina itu.

Ekoran dari hal tersebut, Lautaro Martinez berkemungkinan akan meninggalkan Inter Milan pada 2023 secara percuma sebagai pemain bebas ejen.

Inter Milan dilaporkan mahu menawarkan kenaikkan gaji dalam kontrak baru Martinez dan dalam masa sama mereka turut mahu memadam klausa perlepasan bernilai £99.7 juta dalam kontrak sedia ada beliau.

Arsenal sememangnya berminat namun Martinez sudah menjelaskan yang beliau tidak mahu meninggalkan San Siro, melainkan untuk sertai Atletico Madrid, Real Madrid dan Barcelona.

Martinez jelas pemain terpenting yang membantu Inter menjuarai saingan Serie A musim lalu

Namun begitu, seandainya Arsenal mampu memujuk Inter, maka perpindahan ini akan benar-benar berlaku.

Jelas sekali jendela perpindahan musim panas ini, walau dengan kebanyakkan kelab mengalami masalah kewangan, namun masih banyak hal menarik yang boleh disaksikan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Ten Hag: Man Utd Kalah Disebabkan Pengadil Dan VAR Tak Function Dengan Betul