Mauricio Pochettino Tolak Man Utd Kerana Lebih Berminat Sertai Real Madrid

Mauricio Pochettino dilaporkan sudah tidak berminat untuk terima tawaran dari Manchester United dan beliau kini sedang menunggu tawaran dari Real Madrid.

Menurut laporan terbaru dari Sepanyol, Pochettino kini mendedahkan yang beliau lebih berminat untuk menjadi pengurus Real Madrid berbanding mengendalikan Man Utd.

Ketua jurulatih Paris Saint Germain itu sebelum ini hangat dikaitkan dengan perpindahan menyertai Manchester United.

Beliau dikatakan calon kegemaran untuk menggantikan Ole Gunnar Solskjaer yang telah dipecat oleh pihak kelab pada November tahun lalu.

Walau bagaimanapun, bekas pengurus Tottenham Hotspur itu kini dilaporkan telah berjaya menarik minat Real Madrid, untuk melantik beliau sebagai pengurus kelab.

Beliau juga baru sahaja memimpin skuadnya PSG untuk menewaskan Real Madrid 1-0 di pusingan 16 terbaik saingan Champions League pada awal bulan baru-baru ini.

Menurut sumber laporan dari media Sepanyol, Sport, Pochettino sudah menolak tawaran dari Manchester United dan beliau kini lebih berminat untuk menerima tawaran dari Real Madrid.

Presiden Real Madrid, Florentino Perez dilaporkan kini sedang mempertimbangkan untuk memecat pengurus kelab, Carlo Ancelotti selepas beliau dikatakan bengang melihat taktikal bertahan pengurus dari Itali itu ketika aksi kekalahan bertemu PSG.

Masa depan Ancelotti bersama kelab bakal bergantung kepada keputusan aksi leg kedua nanti yang dijadualkan akan berlangsung pada 9 Mac nanti.

Perez walau bagaimanapun dikatakan sudah bersedia untuk melantik pengurus baru bagi mengendalikan kelab bermula pada musim panas nanti.

Media Sepanyol Sport mendakwa yang Mauricio Pochettino merupakan calon kegemaran yang berpotensi untuk dilantik sebagai pengurus baru Real Madrid.

Manchester United sementara itu perlu akur kerana Pochettino sendiri sudah mendedahkan yang beliau lebih memilih untuk terima tawaran dari Real Madrid.

Media Perancis, Foot Mercato pula mendakwa yang Paris Saint Germain sendiri turut sedang merancang untuk menukar pengurus kelab pada musim panas ini.

Pimpinan kelab dilaporkan tidak puas hati dengan hasil tidak konsisten yang ditunjukkan oleh Pochettino sepanjang beliau mengendalikan kelab.

PSG ketika ini 13 mata mendahului saingan Ligue 1 namun hal itu tidak membantu Pochettino untuk dipandang tinggi oleh pimpinan kelab.

Pihak kelab dilaporkan berminat untuk melantik bekas pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane sebagai pengganti kepada Mauricio Pochettino.

Laporan sama turut mendedahkan yang masa depan sporting director kelab, Leonardo turut dalam bahaya dengan beliau dilaporkan kini ada masalah dengan pemilik kelab.

Berita Mauricio Pochettino menolak tawaran dari Manchester United ini sebenarnya berita gembira untuk segelintir peminat, yang memang tak mahu melihat beliau dilantik sebagai pengurus kelab.

Rata-rata penyokong setan merah sebenarnya lebih berminat untuk melihat Erik Ten Hag yang dilantik sebagai pengurus tetap kelab bagi menggantikan Ole Gunnar Solskjaer.

Pengurus interim kelab, Ralf Rangnick sendiri turut mencadangkan kepada pihak kelab supaya melantik Erik Ten Hag menjadi pengurus kelab musim hadapan.

Para pemain walau bagaimanapun dilaporkan lebih memilih untuk melihat Mauricio Pochettino yang dilantik untuk menjadi pengurus kelab berbanding Erik Ten Hag.

Siapa sebenarnya yang bakal pihak kelab lantik masih belum dapat dipastikan, namun satu hal yang pasti, kontrak Ralf Rangnick sebagai pengurus interim kelab akan tamat pada penghujung musim ini.

Ralf Rangnick dilantik sebagai pengurus interim dengan kontrak sehingga akhir musim ini, dan beliau selepas itu akan memulakan tugasan baru sebagai penasihat kelab selama dua tahun.

Siapa calon pengurus Man Utd? Adakah Ralf Rangnick akan ditawarkan kontrak baru? Mauricio Pochettino? Atau Erik Ten Hag? Bincangkan diruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Pochettino: Saya Bukan Ahli Silap Mata Yang Anda Cari Untuk Memenangi Trofi Bersama Spurs