Mbappe Diboo Dan Diejek Ketika Tiba Di Majlis Ballon d’Or

Pemain bola sepak paling sensasi dan terkontroversi ketika ini, Kylian Mbappe telah diboo dan diejek ketika tiba di majlis anugerah Ballon d’Or 2022 yang berlangsung di Thearte du Chatelet, Paris.

Pemain bintang PSG itu tersenarai dalam 30 calon akhir telah berjalan di karpet merah yang menyambut kehadiran pemain dan seleberiti jemputan bersama bapanya.

Ketika melalui kawasan itu telah kedengaran dengan agak jelas ejekan dari penonton diluar Thearte du Chatelet, namun Mbappe keras bersahaja memekakkan telinga.

Situasi, perlakuan terkini Mbappe jelas sangat tidak digemari oleh peminat PSG kerana Mbappe merasakan dia lebih besar dari kelab.

Situasi ini berlaku selepas laporan muncul minggu lalu bahawa bintang Perancis itu mahu keluar dari Parc des Princes pada jendela perpindahan Januari.

Ketegangan yang sangat tidak harmoni ii datang hanya selepas beberapa bulan Mbappe menandatangani kontrak baharu dengan kelab itu.

Peminat terkejut apabila Mbappe memutuskan untuk memperbaharui kontraknya di PSG musim lalu, selepas dia dikaitkan begitu kuat dengan perpindahan ke Real Madrid.

Dan peminat sekali lagi terkejut apabila Mbappe mahu berpindah pada Januari ini selepas tidak suka dengan taktikal pengurus dan tidak dapat pemain yang di mahukan.

Bagaimanapun, penyerang itu menafikan sebarang dakwaan bahawa dia sedang mahu berpindah dari kelab itu pada Januari sebagimana dilaporkan media.

Dia memberitahu pemberita pada hujung minggu, menurut Goal.com:

“Saya tidak memahaminya. Saya tidak terlibat dalam berita ini secara langsung mahupun tidak langsung.”

“Saya terkejut dengan berita ini sama seperti orang lain. Orang mungkin fikir saya terlibat, saya tidak terlibat sama sekali. Saya sedang tidur, saya berada di perlawanan adik saya.”

Mbappe menjelaskan dia sendiri terkejut dengan berita ini dan menyatakan semua ini palsu kerana dia gembira berada di Paris.

“Kami terkejut apabila mendapat tahu. Selepas itu, kami terpaksa menanganinya.”

“Kami mempunyai perlawanan untuk dimainkan. Saya hanya mahu mengatakan bahawa ia benar-benar palsu, saya sangat gembira di sini.”

Rakan senegara Kylian Mbappe, Karim Benzema telah diangkat sebagai pemain terbaik apabila menggondol anugerah Ballon d’Or buat pertama kali dalam kariernnya.

Benzema sememangnya tonggak penting dalam kejayaan Real di saingan domestik dan di Eropah dan telah menjadi calon kegemaran untuk dinobatkan sebagai pemain terbaik di dunia, walaupun sebelum senarai pendek untuk gelaran itu didedahkan oleh France Football.

Pemain berusia 34 tahun itu menewaskan Sadio Mane dan Kevin de Bruyne ke tempat kedua dan ketiga, dengan Robert Lewandowski dan Mohamed Salah melengkapkan lima teratas.

Sementara itu Kylian Mbappe yang membawa PSG muncul juara Ligue 1 dan ke pusingan 16 Champions League sekadar berada di tangga ke-6 dalam senarai kedudukan Ballon d’Or.

Dan inilah reaksi wajah Kylian Mbappe ketika diumumkan sekadar berada ditangga keenam, pasti ketika itu Mbappe segera mahu tinggalkan majlis.

Dengan kemenangan Benzema ini juga telah menjadikan penyerang Real Madrid sebagai pemain dari Perancis kelima selepas Zinedine Zidane, Michel Platini, Jean-Pierre Papin dan Raymond Kopa.

1. Raymond Kopa – 1958
2. Michel Platini – 1983, 1984, 1985
3. Jean-Pierre Papin – 1991
4. Zinedine Zidane – 1998
5. Karim Benzema – 2022

Sejak dari tahun 2008 sehingga kini, Karim Benzema sudah 11 kali berada dalam calon akhir untuk anugerah Ballon d’Or ini dan pencapaian terbaik pada 2021 dikedudukan keempat.

Kylian Mbappe dilihat mampu untuk menjadi pemenang Ballon d’Or di masa hadapan dan mendominasi anugerah ini jika berjaya mengawal sikapnya dan tidak terlalu ego.

BACA:  Tok Bomoh Nafi Pogba Mengupahnya Untuk Santet Mbappe