Mbappe Dicop Sebagai Mata Duitan Oleh Real Madrid Kerana Tuntut Gaji RM1.2 Billion

Kylian Mbappe dilaporkan menuntut pakej gaji sebanyak £206 juta (bersamaan RM1.2 billion) daripada mana-mana kelab yang akan disertainya sekiranya meninggalkan PSG pada musim panas ini.

Bintang PSG dan Perancis itu kini sedang bercuti selepas melalui musim yang sibuk bersama kelab dan negaranya pada musim lalu.

Di peringkat kelab, Mbappe menjaringkan 41 gol daripada 43 perlawanan. Manakala di peringkat antarabangsa pemain penyerang itu menghasilkan 13 gol sepanjang 12 bulan lalu.

Walaupun demikian masa depan Mbappe di kelab Paris itu terus menjadi perbincangan penyokong dan media selepas pemaij itu mengesahkan keinginannya untuk meninggalkan Parc des Princess apabila kontraknya tamat pada Jun 2024.

Sejak daripada itu Mbappe telah dikaitkan dengan banyak kelab termasuk Real Madrid – kelab yang pemain itu hampir sertai pada jendela perpindahan musim panas lalu sebelum menandatangani kontrak mewah selama dua tahun untuk terus kekal bersama PSG.

Pada hari ini Mbappe dilaporkan menerima £893,000 (RM5.2 juta) seminggu di Paris, menyebabkan isu berkaitan gaji akan menjadi cabaran utama buat mana-mana kelab yang mahu mendapatkan pemain itu selepas ini.

Marca melalui satu laporan baru-baru ini mendedahkan ejen dan juga ibu kepada pemain itu, Fayza Lamari menuntut pakej gaji £206 juta (bersamaan RM1.2 billion) daripada mana-mana kelab berkemampuan.

Laporan sama turut berkata Mbappe tidak pernah ada di dalam perancangan Real Madrid pada musim panas ini.

Terdapat kebimbangan di Bernabeu pemain 24 tahun itu sebenarnya adalah ‘mata duitan’ walaupun merupakan antara atlet terbauk dunia pada hari ini.

Bagi Los Blancos, untuk memungkinkan pemain itu berhijrah ke Bernabeu, Mbappe perlu sedar dia hanya boleh ditawarkan jumlah gaji yang jauh lebih rendah daripada apa yang diterimanya pada ketika ini.

Perancangan Real Madrid untuk membawa Mbappe sebagai ejen bebas pada musim panas akan datang masih kekal – perpindahan yang hampir mereka lengkapkan pada tahun lalu.

Disebabkan sumber kewangan yang terhad walaupun selepas Karim Benzema berpindah ke Arab Saudi, skuad kendalian Carlo Ancelotti dijangka tidak akan mengambil pemain penyerang untuk memperkuatkan pasukan di jendela perpindahan kali ini.

Bulan lalu Real Madrid mendapatkan tadatangan penyerang berusia 33 tahun daripada Espanyol, Joselu secara pinjaman selama semusim.

Bekas penyerang Stoke City dan Newcastle itu melalui musim yang sukar ketika beraksi di Premier League, namun berjaya mengangkat kembali kariernya di Sepanyol.

Musim lalu Joselu menjaringkan 16 gol untuk Espanyol, selain daripada tiga gol daripada empat perlawanan antarabangsa sejak dipangggil menyertai skuad kebangsaan Sepanyol pada awal tahun ini.

BACA:  Salah Akui Belum Lagi Capai Tahap Messi Dan Ronaldo