Hubungan Kylian Mbappe dan Antoine Griezmann bersama pasukan Perancis berantakan apabila Mbappe dilaporkan iri hati dan cemburu dengan peranan Griezman bersama Les Blues.
Persediaan akhir Perancis untuk saingan EURO 2020 telah diganggu dengan pertelingkahan antara Kylian Mbappe dan Olivier Giroud yang menuduh Mbappe tidak menghantar bola kepada beliau.
Bekas penyerang Arsenal dan Montpellier itu memberitahu wartawan:
“Kadang-kadang kau lakukan larian tapi bola tak sampai. Mungkin kalau kami saling nampak antara satu sama lain, haaa tu dia.”
Kylian Mbappé was angry on Tuesday night following Olivier Giroud's comments that certain individuals weren't passing to him frequently enough – he felt so attacked & so angry, that he wanted to appear in a press conference to make a statement, according to L'Équipe.
— Get French Football News (@GFFN) June 9, 2021
Adalah dipercayai penyerang berusia 34-tahun itu membuat komen yang tidak berlapik itu terhadap Mbappe.
Kylian Mbappe naik hantu dan marah kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dilemparkan oleh Olivier Giroud itu secara umum dalam sidang media.
Kylian Mbappe merupakan pemain Perancis paling teruk dikritik lantaran prestasi yang merudum teruk di EUR0 2020 dan Mbappe juga dilaporkan menjadi semakin sombong serta besar kepala dengan status pemain bintang.
Sepanjang EURO 2020, aksi Mbappe sangat mengecewakan apabila terlepas beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol dan pemain muda ini gagal mencetak sebarang gol, dan hanya memiliki satu assist sepanjang kejohanan.
Malah sepakan penalti dari beliau berjaya diselamatkan Yann Sommer untuk memastikan laluan Switzerland ke suku akhir.
Selepas dituduh sombong, tamak dan besar kepala, Kylian Mbappe dilaporkan mempunyai hubungan yang buruk dengan Antoine Griezmann yang dikaitkan dengan masalah hati.
Menurut laporan dari media Perancis yang tersohor, L’Equipe bahawa terdapat ketegangan dalam hubungan Mbappe dan Griezman dan sangat jauh dari satu kemesraan antara mereka.
“Diantara Griezman dan Mbappe ada benda yang tidak kena. Ia sangat rumit.” Ujar laporan tersebut.
There is a conflict between Griezmann and Mbappe. Mbappe is ‘jealous’ of Griezmann’s dominance in the French national team. Mbappe personally told Deschamps that he is the best free kick taker in the squad and he needs to be the #1 set piece option, according to L’Equipe. 😳🇫🇷 pic.twitter.com/QTTCQwmNGA
— FutbolBible (@FutbolBible) July 1, 2021
Antoine Griezmann mempunyai pengaruh yang hebat dalam pasukan Perancis dan perkara ini disedari oleh Didier Deschamps, kerana peranan Griezmann inilah perasaan cemburu timbul di hati Mbappe.
Lantaran itu Mbappe telah kehilangan fokus kerana memikirkan kepentingan peranan Griezmann bersama pasukan berbanding prestasi dirinya sendiri.
Mbappe mahukan dirinya menjadi pemain paling penting dan berpengaruh dalam pasukan, mungkin Mbappe lupa bahawa Griezmann lebih senior dan berusia berbanding beliau.
Selain itu juga Mbappe dan Griezmann juga dilaporkan telah bertengkar kerana Karim Benzema dipanggil semula untuk bersama pasukan Perancis selepas 6 tahun disisihkan.
🗞 According to L'equipe, there have been frictions between Antoine Griezmann and Kylian Mbappé.
Mbappe is said to be jealous of Antoine's role in the national team. pic.twitter.com/6TdWXYNP2U
— Footy Accumulators (@FootyAccums) July 1, 2021
Mbappe menyokong penuh keputusan Didier Deschamps kerana mahu Karim Benzema dipanggik kembali tetapi tidak bagi Griezmann yang tidak mempunyai pendapat yang sama.
Kehadiran Karim Benzema sudah pasti akan menyebabkan Griezmann akan memainkan peranang yang berbeza.
Tingkah laku dan perangai Mbappe didakwa telah menyebabkan pemain yang lebih tua dalam pasukan Perancis berbulu mata dan tidak senang hati.
Selepas perlawanan pembukaan EURO 2020 menentang Jerman telah tercetus pergeseran antara Mbappe dan Griezmann gara-gara sepakan percuma.
GRIEZMANN APPRECIATION:
– He gave up his role of penalty taker to Benzema
– He gave up his role of free-kick taker to Mbappe
– He adapted to a different position to accommodate them both in attack
– He is no longer the main man in attack.
(1/2) pic.twitter.com/chren2Yw26
— ® (@culeprop) July 1, 2021
Kylian Mbappe dilihat telah merampas tugas Antoine Griezman selaku penendang bola mati walaupun tidak pernah menjaringkan gol dari sepakan percuma disepanjang karier profesionalnya setakat ini.
Antoine Griezmann yang menjaringkan tujuh gol sepakan percuma ketika bersama Atletico Madrid telah digantikan dengan Kylian Mbappe untuk sepakan percuma terus.
Namun untuk sepakan percuma tidak terus yang memerlukan hantaran dilakukan ke kotak penalti, Griezmann masih lagi menjadi pilihan.
Selepas kekalahan kepada Switzerlan dan para pemain saling bercakaran, Didier Deschamps mengambil langkah bijak menyatakan pasukannya masih lagi sebulat suara.
❗️| During #EURO2020 there was friction between Antoine Griezmann and Kylian Mbappe in the French NT. Mbappe is jealous of Antoine’s role in the team and their relationship is not good at all. [@tjuanmarti] pic.twitter.com/d7SbwbP31p
— La Senyera (@LaSenyera) July 1, 2021
Didier Deschamps menafikan laporan media bahawa ada pertelingkahan serta salah menyalah terjadi antara pemain.
“Seluruh pasukan bersatu di bilik persalinan, ” Ujar Deschamps kalah kepada Switzerland.
“Tidak ada yang bercakap mengenai ‘anda melakukan kesalahan ini’ atau ‘anda melakukan kesalahan itu.’ Kylian tahu tanggungjawabnya.”
“Sudah pasti jika Mbappe tidak menjaringkan gol beliau masih lagi memainkan peranan dan menentukan apa yang pasukan lakukan di padang.”
“Mbappe mengambil tindakan untuk sepakan penalti dan tidak ada pemain lain yang marah.”