Mbappe Mungkin Perlu Duduk Dibangku Simpanan PSG Jika Tidak Mahu Tandatangani Kontrak Baru

Menurut Eric Di Meco, Kylian Mbappe seharusnya diletakkan di bangku simpanan sepanjang tahun sekiranya beliau menolak untuk menandatangani perjanjian baru bersama kelab.

Bintang Perancis berusia 22 tahun itu telah menjadi pemain terpenting dalam sistem serangan Paris Saint Germain sejak beliau ditandatangani secara pinjaman pada 2017 yang lalu.

Beliau pada tahun berikutnya telah ditandatangani secara tetap oleh pihak kelab dari Monaco dengan yuran perpindahan bernilai £165.7 juta.

Walau bagaimanapun, masa depan Kylian Mbappe di ibu kota Perancis itu masih menjadi tanda tanya dengan kontrak asal beliau akan tamat pada Jun 2022 nanti.

Penyerang PSG itu sering dikaitkan bakal menyertai Real Madrid sebelum ini, namun hal itu telah dinafikan oleh Presiden kelab, Florentino Perez yang menegaskan bahawa Los Blancos tidak akan mampu untuk menandatangani bekas bintang Monaco itu.

Di Meco yang ketika ini sudah berusia 57 tahun itu telah mencadangkan kepada PSG supaya tidak berlembut dengan Mbappe.

Beliau meminta kepada Paris Saint Germain supaya lebih tegas untuk berdepan dengan Mbappe jika beliau masih menolak untuk menandatangani perjanjian baru bersama kelab.

Bekas pemain kebangsaan Perancis itu dalam satu kenyataan kepada RMC Sport, beliau telah menyatakan bahawa:

“Masalah terbesar dalam kisah ini adalah untuk melepaskan dia pergi di tahun terakhir dalam kontraknya, dia sendiri yang bermain tarik tali sekarang.”

“Apa yang boleh kamu lakukan jika kamu PSG sekarang dan saya rasa paling menarik kalau kamu cakap: ‘kamu tak mahu terus bersama kami? Jadi kamu duduk saja di bangku simpanan sehingga habis kontrak kamu nanti.”

“Paris ada hak untuk melakukan itu. Dan dengan melakukan itu, mereka telah memberi amaran kepada pemain lain supaya sedar yang mereka tak boleh nak besar kepala.”

Mbappe menikmati karier yang gemilang sebagai penjaring gol bersama PSG pada musim lalu, dengan beliau telah berjaya menjaringkan 42 gol dari 47 penampilan dalam semua pertandingan.

Walau bagaimanapun, 27 gol jaringan Kylian Mbappe dalam saingan Ligue 1 tidak cukup untuk membantu Paris Saint Germain mempertahankan kejuaraan liga mereka.

Lille pada musim lalu berjaya merampas kejuaraan saingan Ligue 1 dari Paris Saint German dan ia merupakan antara kejutan yang mengejutkan ramai pihak.

Mbappe turut melalui musim yang mengecewakan dalam saingan Euro 2020 ini dengan beliau gagal untuk menjaringkan sebarang gol untuk skuad Perancis sepanjang kejohanan ini.

Beliau juga dianggap sebagai punca kepada kekalahan Perancis bertemu Switzerland sebelum ini kerana gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti yang menyebabkan skuad kendalian Didier Deschamps tersingkir dari saingan musim ini.

Mbappe kemudiannya turut memuat naik status di laman twitter miliknya untuk meminta maaf kepada para peminat atas kegagalannya itu.

“Saya mintak maaf atas penalti ini, saya mahu membantu pasukan tapi saya gagal.”

“Mesti sukar untuk saya lelapkan mata, tapi sayangnya inilah risiko yang perlu saya ambil dalam dunia sukan yang sangat saya cintai ini.”

“Saya tahu kamu peminat semua tentu kecewa, tapi saya tetap ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan kamu semua dan terima kasih kerana sentiasa mempercayai kami.”

“Apa yang penting kami berjanji untuk kembali bangkit dan menjadi lebih baik di masa akan datang.”

Deschamps ketika temu bual selepas tamat perlawanan, beliau mendedahkan yang Mbappe benar-benar terkesan dengan kegagalannya menyempurnakan sepakan penalti tersebut.

Pengurus berusia 52 tahun itu menyatakan bahawa:

“Tidak ada yang boleh marah dengan dia. Ketika seseorang pemain itu sanggup memikul tanggungjawab tersebut, hal seperti ini boleh berlaku. Dia jelas sekali terkesan dengan hal tersebut.”

LIoris sendiri menegaskan yang tidak perlu menyalahkan sesiapa dalam hal tersebut dengan beliau mahu semua pihak bertanggungjawab atas kekalahan tersebut.

“Kita menang sama-sama, kita kalah sama-sama.”

Macam Ola bola bukan? Tapi memang itulah apa yang dikatakan oleh LIoris berkait kekalahan Perancis di tangan Switzerland minggu lalu.

“Kita semua bertanggungjawab jawab atas kegagalan ini. Tidak ada sesiapa yang boleh dipersalahkan.”

Walaupun pelbagai spekulasi telah dikaitkan dengan masa depan Mbappe pada ketika ini, Nasser Al-Khelaifi dengan tegas mendedahkan yang beliau tidak akan menjual bekas pemain Monaco itu.

Presiden PSG itu mendedahkan kepada L’Equipe pada Jun lalu bahawa:

“Saya akan jelaskan di sini, Mbappe akan terus kekal di Paris.”

“Kami tidak akan jual dia dan dia tidak akan meninggalkan kami sebagai free ejen. Mbappe ada segalanya yang dia perlu di Paris.”

“Di mana dia boleh pergi? Kelab mana yang boleh tandingi PSG jika berbicara tentang cita-cita? Apa yang boleh saya katakan adalah semuanya akan berjalan dengan lancar dan saya harap kami dapat memuktamadkan perjanjian untuk melanjutkan kontrak dia.”

“Ini Paris, ini negara dia. Dia ada misi, bukan hanya untuk bermain bola sepak, tapi untuk mempromosikan Ligue 1, negara dia dan bandar dia sendiri.”

Sumber: SB

BACA:  Chelsea Mahu Sailang Mbappe Daripada Liverpool