McGregor Dihentam Teruk Kerana Menghina Arwah Ayah Khabib

Conor McGregor telah memuat naik status yang agak keterlaluan sebelum beliau segera memadam semula status tersebut.

Beliau telah memuat naik status yang jelas menghina arwah ayah Khabib, AbdulManap Nurmagomedov malam kemarin dan para peminat merasakan beliau sudah keterlaluan.

Petarung dari Ireland itu tewas kepada Dustin Poirier dalam aksi perlawanan kemuncak di acara UFC 264, dan selepas kekalahannya itu, seteru nombor satunya, Khabib Nurmagomedov telah memuat naik status menganjing beliau.

Bekas Juara lightweight dunia UFC, Khabib Nurmagomedov ketika itu memuat naik status yang menyatakan bahawa:

“Kebaikan akan selalu mengalahkan kejahatan.”

Khabib juga ketika itu mengucapkan tahniah pada Dustin sambil menyatakan yang petarung dari Amerika itu berhak untuk bertarung dalam pertarungan merebut kejuaraan.

McGregor langsung tidak membalas kenyataan tersebut sebelum ini, dan kemarin, beliau telah menulis kenyataan balas, namun segera memadamnya semula.

“Covid adalah kebaikan dan ayah adalah kejahatan?”

Tulis McGregor di laman twitter miliknya.

Ayah yang juga jurulatih kepada Khabib, Abdulmanap telah meninggal dunia tahun lalu selepas mengalami komplikasi yang berpunca dari wabak C0V-19.

‘The Eagle’ sememangnya mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan arwah ayahnya, beliau bahkan turut memutuskan untuk bersara terus dari dunia MMA pada tahun lalu, dengan memegang rekod 29 kemenangan tanpa kalah.

Tidak dapat dinafikan lagi yang hubungan Khabib dengan McGregor sangat teruk dengan kedua-dua mereka tak pernah saling sefahaman dan suka satu sama lain.

Perbalahan dan permusuhan mereka berdua bermula sejak build up pertarungan mereka di acara UFC 229 pada tahun 2018, yang mana McGregor tewas dalam perlawanan tersebut.

Tindakan McGregor kemarin telah mengundang kemarahan ramai pihak termasuk penyokong setia beliau sendiri.

Hantaran McGregor di laman twitter miliknya sebelum beliau memadam semula hantaran tersebut

Tidak pasti beliau mabuk, atau dibawah pengaruh apa-apa, namun kenyataan yang beliau keluarkan sangat tidak boleh diterima dan ia jelas sudah keterlaluan.

Para peminat di media sosial mengecam teruk The Notorious walaupun beliau sudah memadam ciapan tersebut.

“Saya awalnya simpati dan kesian dengan dia, saya rasa macam tak patut orang ketawakan kecederaan dia, tapi melihat sikap dia, saya rasa dia berhak diperlakukan sebegitu.”

“Saya sangat berharap Khabib akan setuju masuk gelanggang semula bertemu dengan dia, dan beri dia pengajaran yang tak akan pernah dia lupakan.”

“Menghina orang yang sudah tiada bagi saya sangat keterlaluan, saya peminat setia kamu, tapi tindakan kamu melampau.”

“Betul apa yang Khabib katakan sebelum ini, memberi sokongan kepada McGregor hanya sekadar akan merosakkan dunia sukan yang indah ini. Saya dah nampak apa maksud Khabib itu.”

Begitulah komen-komen dari para peminat yang jelas tidak berpuas hati dengan status yang ditulis oleh Conor McGregor.

Khabib sebelum ini pernah menegaskan yang dunia sukan MMA akan menuju ke arah kehancuran seandainya peminat terus menunjukkan sokongan kepada McGregor.

Khabib yang pernah menewaskan McGregor ketika perlawanan blockbuster mereka pada tahun 2018 di acara UFC 229, telah menghentam pertarungan dari Ireland itu atas tindakan kontroversi beliau di dalam dan luar gelanggang.

Petarung dari Rusia yang kini berusia 32 tahun itu turut mengungkit sejarah McGregor dengan menceritakan semula kisah ketika petarung dari Ireland itu menumbuk seorang lelaki tua di sebuah pub di The Marble Arch di Dublin pada tahun 2019 lalu.

Khabib yang bersara dari dunia sukan tempur ini dengan rekod 29 perlawanan tanpa kalah, merasa bingung tentang mengapa peminat masih memberi sokongan pada McGregor.

“Duit dan kemasyuran akan menunjukkan siapa diri kamu yang sebenarnya.”

Jelas beliau kepada ESPN.

“Sepanjang masa kita dengar tentang duit dan kemasyuran akan ubah seseorang. Tak. Ketika duit dan kemasyuran datang, kedua-dua hal ini akan tunjukkan siapa kamu yang sebenarnya.”

“Dan apa yang McGregor telah lakukan? Dia tumbuk orang tua. Kamu semua boleh tengok apa yang dia lakukan dan boleh faham, ia sama seperti apa Dustin katakan, ‘lelaki ini merupakan satu bag sampah’.

“Saya nampak banyak ciapan yang menunjukkan sokongan pada dia. Bagaimana kamu semua boleh sokong orang macam ini?”

“Ketika budak-budak, generasi muda melihat dia, melihat sukan ini? Jika kamu mahu promosikan perlawanan, promosikan saja.”

“Jika komuniti MMA akan terus sokong tabiat buruk dia, ini akan membawa sukan ini ke lembah kehancuran.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Reaksi Palmer Berkait Dakwaan Khabib Tentang 'Ring Girl' Tak Perlu Ada