Media di China melaporkan kali terakhir Lionel Messi ke China, pemain itu telah bertanyakan soalan yang boleh mencetuskan provokasi di lapangan terbang.
Messi dijangka akan menyertai Inter Miami dalam lawatan ke China untuk dua perlawanan persahabatan pada bulan hadapan.
Skuad kendalian Gerardo Martino gagal melayakkan diri ke pusingan play-off MLS, dan kelab itu kini merancang lawatan ke China untuk berhadapan dua kelab Liga Super China (CSL) menentang Qindao Hainiu dan Chengdu Rongcheng.
Kedua-dua perlawanan dijangka akan dihadiri oleh ribuan penonton dan kehadiran bintang Argentina itu sekali lagi dijangka akan mencetuskan ‘Messi Mania’ di negara itu.
Lionel Messi’s Inter Miami have announced two exhibition games in China next month.
Full story here ⬇️https://t.co/jswOXnEJhS
— The Athletic | Football (@TheAthleticFC) October 15, 2023
China adalah negara yang unik buat Messi daripada segi pencapaian dalam kariernya.
Kali terakhir Messi berada di negara itu pada Jun lalu kapten Argentina itu mejaringkan gol kurang seminit berada di atas padang untuk membantu negaranya menewaskan Australia di Beijing.
Pemenang Ballon d’Or sebanyak tujuh kali itu turut memenangi pingat emas Sukan Olimpik bersama Argentina pada 2008.
Namun lawatan terakhir Messi ke China pada Jun lalu turut berhadapan kesukaran apabila pemain itu ditahan oleh pihak berkuasa China sebaik tiba di lapangan terbang kerana pasport yang dimilikinya.
Ketika tiba bersama anggota skuad Argentina yang lain pada Jun lalu Messi ditahan kerana status pemain itu yang memiliki dua dokumen perjalanan dari dua negara berbeza.
Messi layak memiliki pasport Sepanyol setelah berhijrah ke Barcelona ketika zaman kana-kanak, manakala Argentina pula adalah negara kelahirannya.
Masalahnya Messi tidak membawa pasport Argentina walaupun terbang dari negara itu dan hanya membawa pasport Sepanyol ketika lawatan pada Jun lalu.
🚨 Lionel Messi asked controversial question at airport in last trip to China pic.twitter.com/J0YQS0hY3m
— SPORTbible (@sportbible) October 15, 2023
Ini menyebabkan Messi tidak dibenarkan untuk memasuki negara tersebut dan terpaksa ditahan sementara,
Dan ketika ditahan, Messi bertanya dan mempersoalkan mengapakah dia tidak boleh menggunakan pasport dari Sepanyol. Malah pemain itu bertanyakan soalan yang cukup sensitif di negara itu: “Adakah Taiwan bukan sebahagian dari China?”
Messi mungkin tidak menyedari tahap sensitiviti soalan sedemikian di China. Ini kerana mereka yang memiliki pasport Sepanyol dibenarkan memasuki Taiwan – kepulauan yang terletak 100 perbatuan daripada tenggara China – asalkan mereka tidak berada lebih daripada 90 haru di negara itu.
Peraturan sama bagaimanapun tidak digunapakai di China.
China dan Taiwan sekian lama berhadapan dengan masalah geo-politik, dan hubungan kedua-dua negara turut tegang sejak berdekad lamanya.
Mujurlah Messi kemudian diberi visa sementara untuk dibenarkan masuk ke negara itu, dan Messi pasti enggan perkara sama berulang pada November nanti.