Bintang NBA Terkejut Beruk Melihat Gaji Messi Bersama Barca

Kontrak Lionel Messi bersama Barcelona sememangnya bakal membuat manusia terpegun melihat nilai yang bintang Argentina itu terima.

Bahkan bintang-bintang besar NBA sendiri terkejut dan terkedu melihat berapa nilai pendapatan yang Messi terima dari Barcelona.

Pemenang enam kali gelaran Ballon d’or itu ketika ini merupakan pemain free ejen selepas kontraknya bersama Barca tamat pada 30 Jun lalu.

Secara taknikalnya, Lionel Messi ketika ini merupakan seorang penganggur terhormat yang boleh mencari majikan baru pada bila-bila masa sahaja.

Beliau mungkin akan menandatangani perjanjian baru dengan Barca memandangkan sahabat karibnya, Sergio Aguero yang baru tiba di Nou Camp bulan lalu.

Pemain NBA yang kagum melihat gaji Messi

Namun satu hal yang mungkin jadi penghalang untuk beliau kekal adalah kadar gaji baru yang akan ditawarkan oleh pihak kelab padanya.

Barca mungkin tidak mampu untuk membayar gajinya seperti yang beliau terima sebelum ini memandangkan ekonomi kelab terjejas teruk impak dari penularan wabak pandemik.

Menurut sumber laporan dari El Mundo pada Januari lalu, Messi sebelum ini menerima pendapatan bernilai €555,237,519 (£491 juta) untuk kontraknya selama empat tahun.

Nilai tersebut dikira berdasarkan gaji, pengiklanan, bonus tambahan dan beberapa lagi sumber pendapatan lain beliau sebagai pemain Barcelona.

Messi juga akan menerima pembayaran bernilai £102 juta untuk menandatangani perjanjian dan bonus kesetiaan bernilai €77,929,955 (£69 juta).

Nilai £122,216,242.40 setiap musim sememangnya nilai yang teramat sangat tinggi dalam sejarah dunia sukan dan kerana itulah para pemain NBA sendiri terkejut beruk melihatnya.

Kevin Durant dilaporkan memperoleh pendapatan bernilai $164 juta dengan perjanjian selama empat tahun bersama Brooklyn Nets dan beliau sendiri menganggap gaji Messi sungguh luar biasa.

Isaiah Thomas sementara itu sedang mempertimbangkan supaya anaknya menceburi sukan yang lain berbanding sukan beliau ceburi selepas melihat gaji yang Messi terima.

“OMG. Saya perlu galakkan anak saya bermain bola sepak, lol.”

Jelas dua kali NBA All-star itu di laman twitter miliknya.

Lionel Messi selepas beliau sah bergelar pemain free ejen, beliau telah ditawarkan kontrak yang gila dan tak masuk akal dari salah sebuah kelab yang dianggap terteruk dalam dunia bola sepak.

Selepas melihat pemenang enam kali gelaran Ballon D’or itu tiada majikan pada ketika ini, salah sebuah kelab kerdil di Brazil, Ibis Sport Club, memutuskan untuk mencuba memberi tawaran kepada bintang Argentina itu.

Pasukan yang dianggap paling teruk di dunia itu terkenal dengan rekod mereka tidak mencatatkan sebarang kemenangan selama tempoh 3 tahun 11 bulan pada tahun 1980 hingga 1984.

Ekoran dari rekod tersebut, kelab itu telah dimasukkan ke dalam Guinness World Record sebagai pasukan paling lama tidak mencatatkan kemenangan dan memegang rekod kekalahan paling teruk dalam sejarah.

Mereka walau bagaimanapun mempunyai hampir 300,000 pengikut di laman twitter dan pihak kelab telah berkongsi kertas kerja perancangan mereka mahu menandatangani Lionel Messi.

Dalam pelan perancangan mereka, pihak kelab mahu menawarkan Messi kontrak selama 15 tahun dan terdapat beberapa syarat gila dalam perjanjian tersebut.

Seperti yang mereka tawarkan, Messi tidak akan dibenarkan untuk memakai nombor 10 kegemarannya, kerana nombor tersebut telah dibersarakan.

Messi juga tidak dibenarkan sama sekali untuk menjaringkan gol yang banyak sepanjang kariernya selama 15 tahun di sana.

Lebih teruk lagi, Messi juga tidak dibenarkan sama sekali untuk memenangi apa seandainya beliau bersetuju untuk menandatangani perjanjian bersama kelab gila itu.

Lionel Messi juga diminta untuk bersumpah di hadapan cermin sebanyak tiga kali, untuk mengakui bahawa Pele sememangnya lebih hebat berbanding mendiang Diego Maradona.

Berikut merupakan syarat yang mereka letakkan dalam kontrak yang ditawarkan kepada Lionel Messi:

-Kontrak selama 15 tahun bermula 1 Julai 2021

-Gaji berdasarkan sumbangan (seandainya dia layak)

-Dia tak dibenarkan menjaringkan banyak gol

-Dia tak boleh jadi Juara

-Dia tak boleh pakai jersi No.10 (sudah dibersarakan kerana menghormati Mauro Shampoo)

-Dia mesti bersumpah tiga kali di depan cermin untuk mengakui Pele adalah lebih bagus berbanding Maradona

Messi sebenarnya telah menerima tawaran dari pelbagai kelab gergasi yang sangat berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Beliau turut menerima tawaran gaji yang cukup lumayan serta tawaran-tawaran lain yang mengagumkan dari beberapa pasukan ternama lain.

Messi bersama Barcelona

Paris Saint Germain, Manchester City, Inter Milan, Inter Miami dan pelbagai lagi kelab gergasi lain turut menyatakan minat untuk mendapatkan khidmatnya.

Presiden Barca, Joan Laporta sangat berharap beliau mampu jumpa jalan penyelesaian untuk memastikan Messi meneruskan karier gemilangnya di Nou Camp.

“Kami mahu dia untuk kekal dan Leo juga memang mahu kekal, semuanya berada di landasan yang betul, apa yang tinggal untuk diselesaikan adalah isu berkait fair play dan kami sedang dalam proses untuk cari jalan penyelesaian terbaik untuk kedua-dua belah pihak.”

Jelas Laporta kepada El Transistor.

“Saya sangat yakin untuk mengumumkan yang dia akan kekal tapi pada ketika ini saya tak boleh untuk lakukan itu, kerana kami sedang dalam proses untuk mencari jalan penyelesaian terbaik untuk kedua-dua belah pihak.”

Sumber: SB

Boardroam

GMS

BACA:  Maradona: Messi Bukan Seorang Pemimpin, Dia Ke Tandas 20 Kali Sebelum Perlawanan