Lionel Messi beri amaran kepada para pemain Argentina supaya berhenti mengejek bintang Brighton, Alexis Mac Allister ‘Halia’ kerana tuan punya badan tak gembira dengan gelaran itu.
Bintang Brighton itu telah dipanggil untuk sertai kem Argentina buat pertama kalinya pada Ogos 2019, dan beliau berkesempatan untuk bekerjasama dengan pemain terhebat sepanjang zaman itu.
Mac Allister melakukan debutnya bersama skuad kebangsaan Argentina ketika bertemu Chile di Los Angeles Coliseum, namun beliau menganggap detik itu tidak membuat beliau begitu gementar.
Alexis Mac Allister has headed off to the World Cup qualifiers with Argentina, boosted by his longest run as a Brighton regular. #BHAFC
Lionel Messi isn’t there this time but there’s a big incentive for Mac Allister in World Cup year after his recall. https://t.co/iPwbTutWw6— Andy Naylor (@AndyNaylorBHAFC) January 26, 2022
Beliau sebenarnya lebih gementar untuk bertemu dan bekerjasama dengan Lionel Messi dan itu sememangnya cita-cita beliau.
“Saya malu, betul-betul malu.”
Jelas Mac Allister kepada The Athletic.
“Saya bahkan langsung tak mahu katakan helo. Saya betul-betul gementar untuk bertemu salah seorang pemain terhebat di dunia, tapi ia adalah detik terhebat saya, itu sudah tentu.”
“Ia merupakan sesuatu yang tidak akan pernah saya lupakan. Ia adalah satu keajaiban ketika ayah saya bermain bersama Maradona dan saya boleh berlatih bersama Lionel Messi. Kami semua sangat berbangga.”
Messi sendiri turut menunjukkan sikap terpuji sebagai seorang pemimpin, dengan beliau turut mempertahankan pemain junior Argentina itu ketika ramai yang mengejeknya.
Para pemain Argentina memanggil Mac Allister ‘Colo’ yang mana ia bermaksud halia dan bintang Brighton itu sendiri tak suka dengan gelaran tersebut.
Mac Allister por Messi vs Chile es literalmente un meme pic.twitter.com/d23LzJ1aTV
— Peaky (@PeakyInmortal) January 19, 2022
Para pemain memanggil Mac Allister dengan gelaran itu sebenarnya kerana melihat warna rambut beliau.
Dek kerana Messi sedar yang Mac Allister tak suka dengan gelaran itu, maka beliau memberi amaran kepada semua pemain supaya berhenti memanggilnya dengan gelaran itu.
“Saya berlatih dengan dia ketika saya dua kali berada dalam skuad Argentina, tapi saya tak sempat bermain dengan dia.”
Jelas Mac Allister.
“Ia sangat menakjubkan, dapat berlatih bersama dengan dia. Ia adalah sesuatu yang kamu sukar untuk percaya.”
“Saya masih ingat semua orang memanggil saya ‘Colo’, yang mana ia bermaksud halia di Argentina. Saya tak berapa suka dan dia beritahu semua pemain lain tentang itu. Dia kata, ‘dia tak suka dipanggil Colo, jadi jangan panggil dia dengan gelaran itu.’
Messi has played with Mac allister 👀 #BHAFC pic.twitter.com/JmWoQPgYCF
— Danny Brooks (@Dannybrooks963) August 25, 2020
Mac Allister memakai jersi bernombor 10 dan ramai yang mengaitkan nombor tersebut dengan Messi dan ia sebenarnya memang ada kaitan dengan pemenang tujuh kali gelaran Ballon D’or itu.
Walau bagaimanapun pemain berusia 23 tahun itu ada kisah unik beliau sendiri. Warna rambut beliau yang menyebabkan beliau digelar halia adalah kerana keturunan beliau dari Ireland.
Ayah beliau Carlos merupakan salah seorang pemain full-back untuk Boca Juniors dan turut pernah bergandingan dengan Diego Maradona.
Ayahnya juga turut pernah mendapat gelaran yang sama atas alasan yang sama dengan Mac Allister.
Carlos Mac Allister has given some insight into son Alexis' future
"If @OfficialBHAFC accept a loan for a year it will be between Racing, Independiente, San Lorenzo & Boca. If it's for 6 months, he will remain at Argentinos." pic.twitter.com/Ag82YXmUKV
— GOLAZO (@golazoargentino) June 12, 2019
Brighton sign Alexis Mac Allister, son of Carlos Mac Allister, the most Scottish Argentinian of all time pic.twitter.com/BGSjso7Qqw
— Adam Hurrey (@FootballCliches) January 24, 2019
Apa yang lebih menarik lagi,beliau memiliki seorang abang yang bernama Kevin Mac Allister dan abangnya itu juga merupakan pemain bola sepak.
Mac Allister sudah membuat 17 penampilan bersama skuad Brighton sepanjang musim ini dalam saingan Premier League dengan beliau cemerlang menjaringkan empat gol sepanjang tempoh tersebut.
Beliau juga merupakan antara nadi penting dalam sistem kendalian Graham Potter pada ketika ini dengan Brighton pada musim ini dianggap sebagai pasukan underdog terbaik.
SCOUT: Budget midfielder Alexis Mac Allister (£5.3m) is Brighton’s most in-form player with 24 points across his last three appearances
Following a Gameweek 24 blank, the Seagulls face Watford, Burnley, Aston Villa and Newcastle#FPL #BHACHE pic.twitter.com/isQ2SFTiKT
— Fantasy Premier League (@OfficialFPL) January 18, 2022
Brighton pada ketika ini berada di kedudukan kesembilan dalam carta saingan liga, dan mereka hanya lapan mata sahaja dipisahkan dari Manchester United yang kini berada di kedudukan keempat.
Sumber: SPORTbible