Ketua pengadil AFCON telah mendedahkan yang Janny Sikazwe membunyikan wisel penamat sebanyak dua kali dan kedua-duanya terlalu cepat kerana beliau sedang menderita strok haba dan berada dalam keadaan yang sangat dehydrated.
Aksi perlawanan peringkat kumpulan antara Mali bertemu Tunisia kemarin terjejas dek kerana Sikazwe dua kali menamatkan perlawanan lebih awal berbanding yang sepatutnya.
Nama beliau menjadi sebut-sebutan para peminat kerana keputusan-keputusan yang beliau lakukan banyak mencetuskan kontroversi.
Ref suffers a HEAT STROKE!
Zambian official Janny Sikazwe who was at the center of controversy yesterday at #AFCON2021 after making a number of shocking decisions was confirmed to have suffered a HEAT STROKE during the match. pic.twitter.com/Gb0LzwX2bp
— Soccerzela (@soccerzela) January 13, 2022
Menurut dakwaan dari Essam Abdel-Fatah, pengadil dari Zambia, Janny Sikazwe telah dikejarkan ke hospital selepas tamat perlawanan kerana menderita strok haba dan dehydrated.
Suhu 34 darjah terlalu panas untuk Sikazwe dan beliau telah meniupkan wisel penamat pada minit ke-85 kerana dirinya sudah tidak mampu untuk bertahan lagi.
Sebaik sedar yang beliau terlalu awal membunyikan wisel penamat, beliau memulakan semula perlawanan tersebut, dan kemudian sekali lagi membunyikan wisel penamat lebih awal dari yang sepatutnya.
” Pengadil perlawanan menderita masalah strok haba dan dia berada dalam keadaan sangat dehydrated. Hal itu menyebabkan beliau hilang tumpuan dan beliau telah dikejarkan ke hospital selepas tamat perlawanan.”
AFCON referee Janny Sikazwe was taken to hospital with 'heatstroke and very severe dehydration' after Tunisia vs Mali drama https://t.co/yY3zDlXl4n
— MailOnline Sport (@MailSport) January 13, 2022
Jelas Essam Abdel-Fatah kepada MBC Egypt.
“Dia sudah mula hilang tumpuan sejak minit ke-80 dan akhirnya dia menamatkan perlawanan pada minit ke-85. Dia tarik balik keputusan selepas pembantu memberitahu dia, dan perlawanan kembali bersambung sebelum ditamatkan pada minit ke-89.”
“Ketika ada krisis melanda dan pengadil di atas padang sudah hilang kawalan, pengadil keempat merupakan satu-satunya individu yang akan bantu sambung tugas, tapi salah satu dari dua pasukan itu tak setuju.”
Pasukan mana yang tak setuju gunakan pengadil keempat masih belum dapat dikenal pasti, namun alasan begini sebenarnya agak tak masuk akal dan tak boleh diterima.
🇲🇱🇹🇳 Janny Sikazwe, the Zambian referee for the Mali-Tunisia match who blew the final whistle before the time even hit 90 minutes, was apparently suffering from a case of heat stroke. It would explain a lot of his decisions in the final 15 minutes of the game. #AFCON2021 pic.twitter.com/bvtyPcpWeu
— Walid Ziani (@bylka613_) January 12, 2022
Seandainya kesihatan beliau boleh terjejas kerana tak tahan panas, maka pengadil keempat sememangnya perlu masuk untuk menggantikan beliau.
Keputusan-keputusan dari Sikazwe jelas sekali telah merencatkan aksi dalam perlawanan tersebut, dan ia secara tak langsung membuktikan mutu pengadilan pengadil di Afrika merupakan yang paling teruk di dunia.
Aksi dungu Sikazwe mencemar aksi Tunisia bertemu Mali
Aksi perlawanan Tunisia bertemu Mali dalam saingan AFCON malam semalam berakhir dengan suasana cukup kontroversi dek kerana keputusan pengadil yang ultimate dungu.
Pengadil perlawanan, Janny Sikazwe dua kali membunyikan wisel penamat, dan kedua-duanya lebih awal dari yang sepatutnya.
Selain dua kali menamatkan perlawanan lebih awal termasuk lima minit terlalu awal, kebanyakan keputusan beliau dalam perlawanan ini turut sangat meragukan.
😳 The referee has blown the whistle after 89 minutes in Tunisia vs Mali #AFCON
😡 Tunisian coach Mondher Kebaier is furious with the decision to finish the game with no additional time pic.twitter.com/RISJCnclAK
— Football Daily (@footballdaily) January 12, 2022
Mali berjaya mencatatkan kemenangan 1-0 selepas Ibrahima Kone meledak gol pada aksi babak kedua dalam perlawanan ini.
Namun tidak ramai yang peduli tentang keputusan perlawanan ini dek kerana mereka lebih berminat untuk membincangkan tentang kedunguan yang ditunjukkan oleh pengadil perlawanan.
Dua penalti kontroversi, kad merah yang tak sepatutnya, keputusan-keputusan yang aneh dan paling mengejutkan tiup wisel penamat terlalu awal.
Mali di hadiahkan sepakan penalti pada minit ke-48 permainan ketika pemain Tunisia Ellyes Skhiri didakwa menghalang percubaan lawan dengan menggunakan tangan.
Beliau hanya dilayangkan kad kuning kerana menghalang percubaan lawan dengan menggunakan tangan.
The ending of Tunisia vs. Mali was WILD 😳 pic.twitter.com/NJKIZPQ4Gy
— ESPN FC (@ESPNFC) January 12, 2022
Ibrahima Kone kemudiannya tampil untuk menyempurnakan sepakan penalti tersebut, dengan beliau cemerlang meletakkan Mali satu gol dihadapan.
Tunisia kemudiannya diberikan kesempatan untuk menyamakan kedudukan juga menerusi sudut sepakan penalti.
Pada minit ke-75, selepas menyemak VAR, pengadil memberikan sepakan penalti kepada Tunisia kerana mendakwa bola terkena tangan bintang Southampton, Moussa Djenepo.
Malang untuk Tunisia, bekas bintang Sunderland, Wahbi Khazri gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti tersebut, selepas ia diselamatkan oleh penjaga gol Mali, Ibrahim Mounkoro.
Very dodgy behaviour during Tunisia vs Mali. With Mali leading 1-0, Zambian referee Janny Sikazwe first tried to blow for full time on 85 minutes, and then finished the game in the 89th minute – despite a number of VAR stoppages pic.twitter.com/lgnhwGEWkf
— Project Football (@ProjectFootball) January 12, 2022
Keadaan semakin aneh dan huru-hara selepas pengadil dari Zambia, Janny Sikazwe meniupkan wisel penamat pada minit ke-85 permainan.
Ya ada lima minit lagi masa sebenar permainan, namun pengadil sudah membunyikan wisel panjang untuk menamatkan perlawanan.
Para pemain kedua-dua pasukan nampak benar-benar bengang dengan keputusan pengadil perlawanan, dengan Sikazwe kemudiannya sedar kesilapan beliau dan memanggil semua pemain untuk kembali bermain.
Seminit sahaja selepas permainan dimulakan semula, Sikazwe telah melayangkan kad merah kepada pemain midfield Mali, El Bilal Toure atas kekasaran biasa di bahagian midfield.
#AFCON2021: Confusion As Referee Blows Whistle Too Soon During Mali Vs Tunisia Match
The performance of Zambian referee, Janny Sikazwe during the match between Mali and Tunisia at the ongoing African Cup of Nation resulted in confusion. pic.twitter.com/lmBJ7JA8Ze
— Punch Newspapers (@MobilePunch) January 12, 2022
Pihak VAR sendiri mengesahkan yang tiada kad merah dan meminta Sikazwe menyemak semula keputusan beliau, namun pengadil dari Zambia itu tetap dengan pendirian beliau.
Tunisia kemudiannya berusaha sehabis daya mereka untuk mencari gol penyamaan bertemu Mali yang terpaksa bermain dengan 10 orang pemain.
Malang untuk kem Tunisia, pengadil dungu itu kemudiannya sekali lagi meniupkan wisel penamat sebelum minit ke-90 dalam perlawanan ini.
Tunisia v Mali
– VAR review for a penalty, given (pen missed)
– Ref blows for full-time on 85 minutes
– Play does restart
– Player sent off
– VAR tells the ref it's not a red
– Ref rejects the red review (it was never a red card)
– Ref blows for full time on 89.40Chaos!
— Dale Johnson (@DaleJohnsonESPN) January 12, 2022
Bukan hanya tiada masa tambahan, bahkan masa sebenar permainan juga tidak cukup 90 minit dimainkan kerana pengadil membunyikan wisel penamat pada minit ke-89 permainan.
Para pemain Tunisia benar-benar bengang dengan keputusan pengadil kerana meniup wisel terlalu awal dan lebih teruk lagi langsung tidak ada tambahan masa.
Walaupun perlawanan kerap terhenti dan sempat ditamatkan terlalu awal, namun pengadil langsung tidak memperdulikan segala bantahan yang diberikan.
Sikazwe kemudiannya terpaksa meminta bantuan dari petugas keselamatan untuk memberi perlindungan kepadanya selepas tamat perlawanan.
Referee sparks fury during Tunisia-Mali AFCON after trying to blow for full time after only 85 MINUTES… then gets escorted off the pitch by security after ending the game before 90 minutes https://t.co/bi0kwWgvXC pic.twitter.com/uLQz8sBajp
— MailOnline Sport (@MailSport) January 12, 2022
Ketua jurulatih Tunisia, Mondher Kabaier bengang dan hampir sahaja mahu memukul Sikazwe di tengah padang selepas tamat perlawanan tersebut.
Para pemain kedua-dua pasukan kemudiannya kembali ke bilik persalinan masing-masing, namun drama sebenar dalam perlawanan ini masih belum selesai.
Mali coach Mohamed Magassouba's press conference has just been interrupted
CAF officials barged in and are saying that the match will be re-started to play out the final three minutes
The coach is beside himself
— Maher Mezahi (@MezahiMaher) January 12, 2022
Pegawai dari badan induk bola sepak Afrika, CAF, membuat kenyataan selepas tamat perlawanan mengesahkan yang perlawanan tersebut perlu disambung semula.
Kesemua pemain diminta bermain selama tiga minit masa sebenar, dan akan ada tambahan masa kecederaan yang akan diberikan.
“Sidang media jurulatih Mali, Mohamed Magassouba telah diganggu.”
Tulis wartawan dari Algeria, Maher Mezahi di laman twitter miliknya.
“pegawai CAF masuk campur dan mengatakan yang perlawanan akan dimulakan semula dengan mereka akan beraksi selama tiga minit.”
Tunisia and Mali players are back on the pitch to resume the game after the referee blew his whistle after 89 minutes with no added time.
😳 Unbelievable scenes #AFCON pic.twitter.com/IFEasyxcDr
— Football Daily (@footballdaily) January 12, 2022
Para pemain Mali kemudiannya menolak untuk kembali ke padang, sebelum mereka akhirnya bersetuju untuk beraksi semula.
Walau bagaimanapun, para pemain Tunisia sudah tidak mahu meneruskan permainan dengan Mali secara rasminya dinobatkan sebagai pemenang dalam perlawanan ini.
Sikazwe pernah digantung atas kesalahan terlibat dengan rasuah
Pengadil kontroversi yang teruk dihentam oleh peminat kerana membuat keputusan dungu ketika aksi Mali bertemu Tunisia malam semalam dikatakan pernah ada sejarah dikaitkan dengan kes rasuah.
Beliau bahkan pernah menjalani hukuman penggantungan kerana dituduh terlibat dengan rasuah pada tahun 2018 yang lalu.
Aksi Mali bertemu Tunisia dalam saingan AFCON malam semalam telah dicemari dengan keputusan-keputusan dungu dari pengadil perlawanan, Janny Sikazwe.
Referee Janny Sikazwe had been provisionally suspended by CAF for suspicions of corruption after an African Champions League match in 2018.
The CAF disciplinary panel found that there was not sufficient evidence to ban him though. pic.twitter.com/BhnKgkRvFp
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) January 12, 2022
Selepas melihat kedunguan tak terhingga beliau ketika mengadili aksi Tunisia bertemu Mali, para peminat mula mengorek sejarah lampau pengadil dari Zambia itu.
Kini tular di media sosial yang ada dakwaan mengatakan Sikazwe sebenarnya pernah digantung pada tahun 2018 yang lalu kerana dituduh mengambil rasuah.
Beliau berdepan dengan pertuduhan itu selepas membuat beberapa keputusan dungu ketika aksi peringkat separuh akhir saingan African Champions League antara Esperance bertemu Primeiro Agosto.
Penyokong Tunisia mungkin bengang dan benci dengan Sikazwe, namun sepertinya para penyokong kelab dari negara mereka, Esperance mungkin terhutang budi dengan pengadil dari Zambia itu.
Janny Sikazwe's was suspended by CAF in 2018 for corruption in the CAF Champions League .#AFCON2021 #TUNMLI pic.twitter.com/T3Xf4J9R2U
— Noure Eddine (@Norddin4ever2) January 12, 2022
Sikazwe dikatakan terlalu berat sebelah dalam membantu Esperance yang ketika itu mencatatkan kemenangan 4-2 bermain di halaman mereka sendiri.
Antara keputusan paling kontroversi yang beliau lakukan dalam perlawanan itu adalah menghadiahkan sepakan penalti kontroversi kepada pasukan tuan rumah.
Sementara kelab dari Angola, Primeiro Agosto pula dikecewakan kerana gol jaringan mereka dibatalkan oleh Sikazwe kerana mendakwa pemain pasukan pelawat mengasari penjaga gol lawan sebelum gol dijaringkan.
Selepas memenangi aksi leg pertama dengan keputusan 1-0, seandainya gol itu tidak dibatalkan, Agosto sudah tentu akan memenangi aksi separuh akhir tersebut.
Awe imwe ba Zambians….come out …i just want to talk 😂😂😂😂😂😂https://t.co/h5F3YJm3eM
— WESLEY LOTS 🇲🇼🚦 (@wesleylots) January 12, 2022
Gol kemenangan Esperance yang dijaringkan pada minit ke-85 dalam perlawanan tersebut juga dikatakan telah mencetuskan kontroversi kerana penjaring gol mereka telah melakukan foul terlebih dahulu ketika build up serangan mereka.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh CAF pada ketika itu, mereka telah menyatakan bahawa:
“Pengurusi lembaga disiplin Caf memutuskan yang mereka menerima alasan yang masuk akal untuk mendengar aduan yang mengatakan Mr Janny Sikazwe ada mengambil rasuah.”
Janny Sikazwe was previously suspended back in 2018 https://t.co/zErs26Z7Rw
— FootballJOE (@FootballJOE) January 12, 2022
“Mr Janny Sikazwe digantung buat sementara dari segala aktiviti bola sepak sehingga Caf selesai mengadakan perbicaraan dengan ahli lembaga disiplin Caf.”
Esperance selepas berjaya mara ke perlawanan akhir pada ketika itu, mereka muncul Juara saingan African Champions League pada tahun 2018.
Sumber: SPORTbible