Mengapa Tarikh 22 Julai 2017 Begitu Penting Untuk Liverpool?

Tarikh 22 Julai 2017 sebenarnya merupakan antara tarikh penting di dalam kebangkitan Liverpool untuk kembali bergelar gergasi England dan Eropah.

Dianggap sebagai antara pasukan yang kaya dengan sejarah dan kemasyuran terhebat sepanjang zaman sejak purba kala dunia bola sepak, Liverpool pada ketika itu bagaimana pun dianggap lebih banyak dibayangi oleh kejayaan silam.

Tetapi pada 22 Julai 2017, ia ibarat titik tolak kebangkitan Liverpool untuk meraih kejuaraan demi kejuaraan sama ada di pertandingan domestik, eropah, asia dan peringkat dunia.

Tarikh tersebut juga sebenarnya tiba selepas hampir dua tahun Jurgen Klopp membentuk kembali pasukan Liverpool daripada sekadar sebuah kelab pertengahan kepada skuad yang mampu memberikan cabaran untuk kejuaraan.

EPL pertama dalam sejarah

Tarikh 22 Julai 2017 sebenarnya adalah kali pertama Liverpool muncul juara Premier League (EPL) sepanjang sejarah atau 30 tahun sebelumnya. Umum mengetahui Liverpool tidak pernah memenangi kejuaraan Premier League sebelum itu.

Walaupun ianya digelar Premier League Asia Trophy dan merupakan perlawanan pra musim, ia tetap nikmat pertama Liverpool merasakan sendiri menjulang trofi Premier League.

Liverpool menewaskan Leicester City untuk memenangi Premier League Asia Trophy dengan jaringan 2-1 dalam perlawanan yang cukup menghiburkan.

Selepas menewaskan Crystal Palace 2-0 pada perlawanan sebelumnya, skuad kendalian Jurgen Klopp beraksi dengan penuh semangat untuk membenam juara Premier League original musim 2015/16 di Stadium Hong Kong.

Di dalam stadium, hanya penyokong Liverpool di setiap penjuru menyanyikan lagu ‘You’ll Never Walk Alone’ menjadikan Stadium Hong Kong seolah-olah seperti di Anfield.

Sejak dari ketika wisel permulaan ditiup oleh pengadil, Liverpool mulai bermain secara agresif menampilkan kreativiti tinggi dan keyakinan. Jelas sekali juara sebenar Premier League, Leicester gagal mengekang corak permainan gegenpressing Liverpool yang diterapkan Klopp.

Walaupun mendominasi perlawanan sejak dari awal, The Reds tetap ketinggalan selepas tandukan ke belakang Islam Slimani memberikan pendahulan kepada The Fox. Stadium Hong Kong senyap…sunyi…….sepi.

Pendahuluan tersebut bagaimana pun tidak bertahan lama selepas Salah berjaya menyamakan kedudukan, juga melalui tandukan sempurna setiap inci selepas gerakan satu dua menarik dengan Couthinho. Ia disusuli keraian ibarat pesta sudah bermula di Stadium Hong Kong.

Trent Alexander-Arnold pada ketika itu masih muda dan beraksi sejak dari mula selepas ketiadaan Nathaniel Clyne yang cedera.

Walaupun masih mentah, bayang-bayang bakal menjadi pemain bek kanan terbaik dunia sudah kelihatan apabila beliau sentiasa yakin naik dan turut di sebelah sayap kanan untuk menyerang dan bertahan.

Coutinho adalah pemain terbaik Liverpool dalam perlawanan ini (jadi bodoh sebab selepas berhijrah ke Barcelona), dan kemudiannya meletakkan Liverpool di hadapan dengan stunner trademark yang sering dilakukannya sebelum babak pertama perlawanan tamat.

Kejayaan di dalam tangan

Dengan kedudukan sudah menjadi 2-1, laungan ‘This is Our Year’ dan nyanyian ‘We Are The Champion’ yang dipopularkan oleh Freddy Mercury bersama The Queen mulai dinyanyikan dari waktu rehat dan sepanjang babak kedua perlawanan.

Tiada jaringan dihasilkan pada babak keduam dan perlawanan itu dengan mudah disudahkan oleh kelab Merseyside dengan kemenanga.

HONG KONG – JULY 22: (THE SUN OUT, THE SUN ON SUNDAY OUT) Jordan Henderson of Liverpool lifts the Premier League Asia Trophy after winning the Premier League Asia Trophy match between Liverpool FC and Leicester City FC at the Hong Kong Stadium on July 22, 2017 in Hong Kong, Hong Kong. (Photo by Andrew Powell/Liverpool FC via Getty Images)

Jurgen Klopp pantas masuk padang memberikan tepukan dan tabik hormat kepada penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan di Stadium Hong Kong itu.

Kemudian, tiba giliran Jordan Henderson selaku kapten terpaling terbaik di dalam sejarah kelab menjulang Premier League Asia Trophy di hadapan puluhan ribu penyokong di stadium dan jutaan lagi yang tidak berganjak di hadapan televisyen sejak dari mula.

Ia adalah musim panas yang begitu produktif untuk Liverpool. Lebih daripada itu, ia adalah trofi Premier League pertama yang dinikmati sendiri oleh kelab itu sejak berdekad lamanya walaupun bukan yang original.

Jelas ianya turning point untuk Liverpool untuk terus berusaha keras meraih gelaran Premier League yang original, walaupun akhirnya berjaya dicapai dua musim berikutnya pada 2019/20 pada era covid.

BACA:  Liverpool Sudah Merancang Laluan Untuk Sambutan Liga Perdana Inggeris & Liga Juara-Juara