Merah Padam Muka Scholes Selepas Sembang Kencang Sebelum Perlawanan Makan Diri

Merah padam muka Paul Scholes seperti udang dibakar api selepas sembang kencang beliau sebelum perlawanan Manchester United menentang Villareal memakan diri apabila skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer kecundang.

Di atas kertas boleh dikatakan segalanya berpihak kepada Manchester United dan secara meluas ramai menjangkakan Manchester United akan menang mudah dalam perlawanan ini.

Villareal menamatkan musim 2020/21 ditangga ketujuh La Liga dengan hanya mencatatkan 15 kemenangan 13 seri dan 10 kali tewas dengan mengumpul 58 mata.

Paul Scholes yang merupakan legenda Manchester United dan juga bekas rakan sepasukan Ole Gunnar Solskjaer begitu yakin Setan Merah akan muncul juara.

Keyakinkan dan mahukan pasukan kesayangan menang adalah perkara biasa serta sudah mencari lumrah dalam dunia bola sepak.

Namun keyakinan Paul Scholes ini disertakan dengan sikap riak dan angkuh apabila memperlekehkan Villareal dan juga La Liga yang berbaur penghinaan sejurus sebelum sepak mula.

โ€œKau lawan Villareal je pun. Kau lawan pasukan yang menamatkan musim ditempat ketujuh di La Liga yang sangat teruk.โ€

โ€œKau tengok jelah Real Madrid dan Barcelona, betapa teruk mereka musim ni? Manchester United pasti menang game ni dengan selesa.โ€

Jika dilihat kepada permainan Villareal di final ini langsung tidak meyakinkan dan hampir tidak mampu mendatangkan ancaman dan hanya bermain dengan penuh disiplin.

Sembang kencang Scholes tanpa menyedari bahawa Unai Emery merupakan Tokoh Tajdid Europa League dan mereka layak ke fina dengan menumbangkan RB Salzburg dan juga Arsenal.

Villareal yang dipimpin Unai Emery merupakan satu-satunya pasukan yang tidak tewas di kempen Eropah (Champions League dan Europa League) musim ini.

Mungkin Scholes terlepas pandang fakta itu.

Sebelum itu juga Scholes telah memperlekehkan Juan Foyth yang sudah tiga musim bersama Tottenham Hotspur namun telah kehilangan tempat selepas pemergian Mauricio Pochettino.

Juan Foyth kemudian telah menyertai Yellow Submarine sebagai pemain pinjaman dan mendapat tempat di hati Unai Emery walaupun bermain diposisi righ-back lari dari posisi asalnya sebagai center-back.

Bermain di right-back bermakna Juan Foyth akan berhadapan dengan Marcus Rashford sepanjang perlawanan ini dan Scholes yakin Fotyh akan menjadi makanan Rashford.

โ€œFoyth ni centre-back yang teruk masa kat Spurs, sekarang main right-back pulak. Macam mana la Rashford tak dapat menghancur kan dia?โ€

Seperti benar kata-kata Scholes pada awalnya apabila Foyth telah terpijak bola lalu jatuh mengalami kecederaan dan hidungnya tidak berhenti berdarah.

Juan Foyth kembali menyambung perlawanan dengan kepala berbalut dan hidung disumbat untuk menghentikan pendarahan namun gagal menjadi makanan Rashford.

Bukan itu sahaja, Villareal telah mendahului Setan Merah selepas setengah jam perlawanan dengan sepakan percuma biasa-biasa Daniel Parejo yang membuatkan pertahanan Setan Merah kelam kabut.

Bola sampai kepada Gerard Moreno, David De Gea seakan akan tidak menyangka Gerard Moreno tidak dikawal oleh barisan pertahanan di depannya.

Selepas ketinggalan, Scholes yakin akan kemampuan Manchester United untuk bangkit dengan menjaringkan tiga gol.

โ€œAku masih yakin. Mereka dah banyak kali ketinggalan musim ni. Aku fikir jika mereka sabar, mereka akan dapat pecahkan disiplin Villareal.โ€

โ€œMereka akan dapat satu gol dan dua atau tiga akan menyusul.โ€

Sekali lagi tekaan Scholes seakan benar dan seakan menjadi kenyataan apabila Edison Cavani menjaringkan gol penyamaan dengan tolakan jarak dekat.

Namun permainan berdisiplin Villareal gagal disaingi Manchester United di mana Marcus Rashford entah apa dibuat di dalam padang dan Bruno Fernandes pula ada seperti tiada.

Tiada gol kedua dan gol ketiga, hanya ada sepakan penalti, 22 sepakan, 21 masuk kecuali satu.

Juan Foyth telah dikeluarkan pada minit ke-88 selepas mengutip kad kuning dan Rashford berada dalam poket Foyth yang dihina oleh Scholes.

Akhirnya perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti dan Manchester tewas 11-10 apabila sepakan ke-22 daripada David De Gea gagal diselamatkan.

Dengan kenyataan angkuh, sembang kencang dan penghinaan, merah padam muka Scholes dan serta merta kenyataannya itu menjadi tular di media sosial.

BACA:ย  Scholes Percaya Pogba Akan Tetap Buat Benda Bodoh Walau Sudah Berusia 35 Tahun