Merungkai Percakapan Penuh Insiden Rasis PSG vs Istanbul

Perlawanan antara Paris Saint-Germain menentang kelab Turki, Istanbul Basaksehir dalam saingan Champions League di kumpulan maut iaitu kumpulan H berakhir dengan penggantungan perlawanan.

Ini gara-gara perkataan rasis yang telah dilontarkan oleh pengadil keempat daripada Romania, Sebastian Coltescu kepada pembantu jurulatih Istanbul Basaksehir, Pierro Webo.

Kerana mulut badan binasa itulah yang terjadi apabila pertengkaran mulut berlaku antara pengadil dan kem Istanbul Basaksehir yang menuntut penjelasan.

Pengadil Romania itu telah menjelaskan bahawa perkataan yang digunakan beliau kepada Webo merupakan satu pertuturan biasa di Romania.

Namun Webo bukanlah orang Romania dan lihat sahaja insiden Edison Cavani yang bermesra dengan rakan di Instagram kerana perkataan yang digunakan berbaur rasis.

Di Uruguay perkataan itu juga normal dan situasi bagi Sebastian Coltescu kerana menuturkan perkataan itu atas batang hidung orang yang salah dan jelas kelihatan rasis.

Percakpan Penuh Insiden Rasis PSG vs Istanbul

Kejadian yang tidak diingini dan mahu ditendang terus dari bola sepak ini telah di terjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh seorang wartawan dari Romania, Emanuel Rosu yang menyucuk rapat akan peristiwa yang telah terjadi ini.

Emanuel Rosu telah menghabiskan masa 3 jam untuk menyusun dan mengeluarkan skrip sepanjang 15 minit peristiwa ini berlangsung lalu paparkan melalui satu bebenang di Twitter.

Bagi memudahkan pemahaman maka, percakapan ini akan dibentangkan mengikut minit permainan. Berikut merupakan perbualan/pecakapan/skrip penuh kejadian yang berbaur rasis ini:

Minit 9:15

Pengurus Istanbul Basaksehir, Okan Buruk kecewa dengan kad kuning diberikan pengadil di atas padang.

Okan menjerit:

“Faul pertama! Faul pertama! Ini bukan bola keranjang.”

Sebastian Coltescu, datang bersemuka dengan Okan Buruk.

Okan berkata kepada Coltescu:

“Ini bukan Romania! Kami datang dari Turki!”

Minit 13:13

Coltescu bercakap menerusi alat komunikasi dengan pembantu pengadil:

“Tavi [pembantu pengadil], aku dah cakap dah, beliau sangat nakal! Berikan kad, yang hitam tu! Mana boleh buat macam tu! Cepat pergi tengok siapa dia! Yang hitam kat sana tu! Tak boleh buat macam tu”

Sovre [pembantu pengadil] menunjukkan ke arah tempat duduk pemain Basaksehir dan dia mencadangkan agar Hategan melayangkan kad kepada Webo.

Pemain mula mengherdik Sebastian Coltescu. Webo marah dengan perkataan negro yang digunakan.

Sebastian Coltescu sebenarnya menggunakan perkataan negru, dalam Romania merujuk kepada warna hitam dan bukannya indikasi kepada makna negro – penghinaan kepada orang kulit hitam.

Webo berkali kali bertanya dengan mara:

“Why you say ‘negro’? why you say ‘negro?”

Hategan cuba menenangkan keadaan. Pengadil memberitahu bahawa dalam bahasa Romania, negru bermakna warna hitam bukan merujuk kepada negro.

Demba Ba tampil. Okan juga menghangatkan lagi keadaan dan protes kepada pengadil. Demba Ba tidak berpuas hati kerana pembantu pengadil merujuk Webo dengan warna kulitnya.

Coltescu cuba memberitahu pemain PSG sebenarnya dia hanya merujuk kepada warna untuk identiti individu dan bukan menghina. Sama macam orang cakap si panjang, si putih melepak dan sebagainya.

Minit 14:40

Perbalahan berlarutan sehingga minit ke-14 dan pertengkaran masih berterusan tanpa melibatkan aksi fizikal.

Okan:

“Di negara kami Romania adalah gypsy! Tapi aku tak boleh panggil kau gypsy”

Nota:

Gypsy merujuk kepada orang Romania yang bertaburan secara berpindah-randah kebanyakannya di benua-benua Eropah dan Amerika; mereka didapati berasal dari utara subbenua India utara – merangkumi rantau Rajasthan, Haryana dan Punjab di India moden.

Kependudukan masyarakat ini paling tertumpu terutamanya di Eropah Tengah, Timur dan Selatan (termasuk Turki, Sepanyol dan Perancis Selatan).

Masyarakat ini sering dikenali umum sekurang-kurangnya ketika zaman dahulu dengan nama Gipsi (Gypsy); walhal sesetengah golongan yang disasarkan ini menganggap ia istilah yang kasar atau merendahkan kerana konotasi ia dengan perwatakan pendatang haram dan ketidakteraturan.

Minit 15:25

Suara seseorang:

“Ini Champions League, bukan Romanian League”

Minit 15:28

Pengadil Hategan:

“Saudara, kami cuma bercakap Romania sesama kami.”

Minit 15:35

Mbappe menyuruh Hategan halau Coltescu:

“Halau je dia keluar!”

Minit 15:50

Hategan cuba menjelaskan kepada Demba Ba bahawa Negru adalah warna dalam bahasa Romania. Demba Ba sangat marah kerana Coltescu mengidentifikasi Webo dengan warna.

Minit 16:05

Demba Ba meminta kesemua rakannya meninggalkan padang

Minit 16:13

Mbappe kepada Hategan:

“Halau [Coltescu] keluar!”

Minit 16:27

Okan memberitahu Coltescu:

“Mereka semua tidak menerima kamu, kami tak mahu kamu. Kamu seorang rasis. Kami tak mahu kamu.”

Minit 16:60

Demba ba berkata:

“Ref! Ketika dia bercakap tentang orang putih dia berkata ‘lelaki ini’, tetapi jika dia tengok orang kulit hitam dia kata ‘negro’ ini

Minit 17:00

Hategan cuba menjelaskan kepada Okan dan Demba Ba bahawa Coltescu bukan sebut Negro tetapi negru.

Minit 17:29

Gulbrandsen kepada Tuchel ketika Tuchel meminta pemainnya meneruskan perlawanan.:

“Dia membuat komen rasis! Dia sebut tadi!” –

Minit 18:03

Hategan memberitahu Neymar, negru dalam bahasa Romania merujuk kepada warna bukan penghinaan rasis.

Minit 18:06

Demba Ba bersemuka dengan Coltescu:

“Kenapa kamu berkata macam ni? Dan berkata this black guy? Kamu tak kata benda yang sama apabila melibatkan white guy [orang putih]!”

Minit 18:47

Pegawai UEFA turun dan bercakap dengan Hategan dan Coltescu.

Hategan:

“Sebi [Coltescu], kau bagitau mereka apa sebenarnya kau cakap.”

Minit 19:15

Coltescu:

“Negru bermaksud warna hitam.”

Minit 19:37

Demba Ba meminta kesemua rakannya meninggalkan padang, ketika pengadil sedang bercakap dengan pegawai Basaksehir dan pegawai UEFA.

Minit 20:55

Coltescu menerangkan kepada Leonardo (Sporting Director PSG), namun Okan mencelah:

“Kamu rasis, kamu rasis, kamu sebut negro tadi, kamu rasis!”

Minit 21:30

Okan kepada Coltescu:

“Kamu nak buang dia [bagi kad disiplin kepada Webo] kerana warna, ya!”

Minit 21:43

Suara herdikan dalam bahasa Sepanyol:

“Hablamos mucho! La puta!” [kita cakap banyak sangat ni sundal]

Minit 22:00

Suara bahasa Romania, mungkin Coltescu:

“Itu [negru] bahasa seharian dan biasa.”

Minit 22:15

Pemain Basaksehir meninggalkan padang ada menjerit:

“Bersetubulah!”

Dan seorang lagi berkata:

“Kau kena hormat orang! Ini bola sepak!”

Minit 22:45

Kedua dua pasukan keluar padang. Hategan memberitahu Leonardo:

“Kami tunggu 10 minit. Kita akan kembali sambung aksi jika mereka mahu meneruskan perlawanan.”

Leonardo berkata: “Entahlah, saya tak tahu.”

Sesungguhnya pengadil perlawanan mengadili perlawanan antarbangsa dan pemain serta staf pasukan terdiri daripada pelbagai negara, maka tidak wajar menggunakan bahasa Romania.

Bagi mereka berasal dari Romania mungkin itu normal dan bahasa seharian tetapi tidak bagi mereka yang berada diluar sana.

Perlawanan PSG vs Istanbul Digantung

Rentetan kepada insiden percakapan yang berbaur rasis ini menyebabkan perlawanan antara PSG dan Istanbul Basaksehir digantung pada minit ke-14 dan menjadi perbualan dunia bola sepak.

Ramai yang marah dengan pengadil daripada Romania dan ada juga yang menyokong pengadil tersebut dan menambah lagi amarah orang ramai.

Perlawanan antara PSG dan Istanbul Basaksehir kembali disambung pada kemudian hari dengan permainan bermula dari minit ke-14 dan semua pengadil ditukar ganti.

PSG bejaya menewaskan Istanbul Basaksehir dengan jaringan 5-1 di mana Neymar telah menjaringkan hatrik dan Kylian Mbappe pula mencetak dua gol.

Tejemahan ini telah diambil dari laman Axello.net

BACA:  Mbappe Setuju Lupakan Bonus RM406 Juta Tapi Tetap Enggan Tandatangan Kontrak Baharu Bersama PSG