Messi Akhirnya Buka Mulut Dan Bedal Kembali Kenyataan Mengarut Laporta

messi tikus

Lionel Akhirnya membuka mulut dan melakukan serangan balas pantas apabila membedal kembali kenyataaan yang mengarut dan tidak masuk akal dari Joan Laporta yang sakan bercakap selepas Messi menyertai PSG.

Pemain Argentina itu telah mengecam Presiden Barcelona, Joan Laporta, buat pertama kalinya dalam sejarah kerana sebelum ini hubungan Messi dengan Laporta sangat baik.

Namun selepas beberapa siri penipuan Laporta tentang situasi Messi membuatkan pemain itu sudah tak tahan lagi. Kalau buat video boleh buat drama bersiri kat Netflix.

Kenyataan terbaru dari Joan Laporta yang disifatkan sebagai tidak wajar nyata memberi kesan yang mendalam kepada hati dan jiwa Messi lantaran hubungan baik mereka selama ini.

Baru baru ini Laporta menyatakan bahawa Messi sebenarnya boleh terus kekal di Barcelona. Membuatkan pemain itu benar benar terluka dengan kenyataan itu.

Laporta menegaskan bahawa Messi boleh kekal di Barca jika dia mahu bermain secara percuma.

Laporta berkata:

“Saya benar benar berharap Messi akan membuat pusingan U dan menyatakan bahawa dia mahu bermain di sini secara percuma.”

“Saya nak buat macam tu jika saya dapat. Pada pandangan saya, jika Messi sanggup bermain percuma, La Liga akan menerimanya. Namun takkanlah kami nak mintak pemain macam Messi bermain percuma kan?”

Kenyataan Laporta menggambarkan bahawa Messi sudah memutuskan mahu ke PSG ketika dia menegaskan berharap Messi akan pusingan U sebagaimana yang sering dilakukan oleh ahli politik.

Messi membidas Laporta dengan menyatakan bahawa Laporta tak pernah pun meminta Messi bermain secara percuma untuk kelab yang dia sayangi.

Sebaliknya Messi hanya diberitahu bahawa kelab dalam situasi krisis kewangan. Pemain pemenang Ballon d’Or enam kali itu menyatakan bahawa beliau sudah sedia menerima pengurangan gaji 50% daripada persetujuan asal mereka.

Tanda Messi sanggup berkorban demi Barcelona. Namun malangnya, pada saat saat akhir Barca memberitahu bahawa mereka tidak boleh memberikan Messi kontrak baharu dan terpaksa melepaskan pemain itu.

Messi menyatakan bahawa dia sudah melakukan segalanya untuk kekal.

“Saya cuba segalanya untuk kekal, tak pernah sekali pun dia tanya kalau saya nak main percuma untuk mereka.”

“Saya sanggup menerima pemotongan gaji 50% dan saya lakukannya tanpa masalah. Keutamaan kita masa tu adalah membantu kelab. Saya dan keluarga saya semua berazam mahu terus kekal di Barca.”

“Tiada seorang pun pernah tanya saya, nak ke saya main free dengan mereka, seperti mana yang dikatakan tuan presiden. Mereka [Barca] melukakan hati saya, kerana saya rasa dia tak patut menyatakan perkara itu. Itu ibarat kamu melakukan sesuatu itu tanpa memikirkan kesannya.”

“Kenyataan itu akan membuatkan orang ramai berfikir banyak perkara dan meragui kesetiaan saya yang tidak sepatutnya berlaku.”

Kasih sayang Messi kepada Barcelona jelas melebihi jiwa dan raganya sendiri dan keadaan memaksa beliau pergi. Kenyataan Laporta seolah-olah menggambarkan Messi tidak setia dan meninggalkan kelab ketika berdepan krisis.

Messi kemudian menegaskan bahawa beliau sentiasa mahu kembali ke Barca suatu hari nanti untuk menjadi jurulatih ataupun pengarah teknikal untuk membantu kelab itu.

Lionel Messi menabur bakti bersama Barcelona selama 21 tahun telah memenangi 7 Ballon d’Or, menjaringkan 672 gol dalam 778 perlawanan serta memenangi 34 trofi utama.

Messi telah menyertai PSG demi kelansungan masa depannya dan langsung tidak merungut walaupun diberikan jersi bernombor 30 yang telah diguna pakai oleh Neymar sejak sekian lama.

Neymar sebelum ini sanggup menawarkan nombor 10 yang beliau pakai untuk Messi, namun bintang Argentina itu menolak dan hanya mahu memakai nombor 30, yang mana ia nombor yang beliau pakai ketika debutnya bersama Barcelona dahulu.

BACA:  Messi Rentap Maruah Sterling Dengan Aksi Nutmeg Yang Sungguh Kemas