Messi Beritahu Suarez, Dia Tak Jaringkan Banyak Gol Kerana Faktor Cuaca Di Paris

Bekas rakan sepasukan dan sahabat karib Lionel Messi iaitu Luis Suarez menyatakan bahawa Messi meluah kepadanya tentang kesukarannya di Perancis.

Di mana Suarez mendedahkan Messi bergelut dengan cuaca di Perancis kerana tidak terbiasa dengannya. Messi dikatakan sangat menderita kerana faktor cuaca tersebut.

Suarez yang sebelum ini menjadi individu yang diberikan penghormatan untuk menyerahkan Ballon d’Or 2021 kepada Lionel Messi, yang merupakan ketujuh dalam koleksinya.

Suarez tampil dengan menegaskan bahawa cuaca di Perancis yang sangat teruk telah mempengaruhi Messi dalam usahanya mahu menyesuaikan diri dengen persekitaran baharu.

Messi menyertai PSG secara percuma selepas pemergian mengejut dari Barcelona pada musim panas, dengan gergasi Sepanyol itu terpaksa melepaskan kapten kelab mereka selepas 21 tahun kerana krisis kewangan.

Oleh sebab itu Messi sangat terbiasa dengan cuaca di Catalan dan tidak biasa dnegan cuaca di tempat lain.

Pemain Argentina itu membuktikan dirinya antara pemain terbaik dalam sejarah semasa di Camp Nou tetapi masih bergelut dengan prestasinya setakat ini ketika bermain di Parc des Princes.

Suarez tampil mempertahankan sahabatnya itu dengan menyatakan bahawa faktor cuaca adalah salah satu sebab yang mempengaruhi prestasi Messi.

Penyerang Atletico Madrid itu, yang bermain bersama Messi di Barca antara 2014 dan 2022, memberitahu TNT Sports: “Kami bercakap setiap hari, kami sentiasa cuba mengelak spekulasi kerana kami adalah pemain dan kami tahu bagaimana kami harus bertindak pada saat itu, kami bercakap tentang bola sepak, tentang keluarga.”

“Dia memberitahu saya bahawa apabila dia bermain dalam kesejukan, dia sangat menderita dan dengan salji tebal di sana. Anda kena biasakan diri dengan cuaca sejuk di sana.”

Kemunculan sulung Messi untuk PSG terpaksa ditangguhkan beberapa minggu kerana perlu melalui pemulihan daripada kecedera

Pemain berusia 34 tahun itu hanya menjaringkan empat gol dan tiga assist dalam 12 perlawanan pertamanya untuk pasukan Mauricio Pochettino, termasuk hanya satu dalam Ligue 1.

Kegagalan menjaring gol yang terkini Messi adalah ketika keputusan seri 1-1 dengan Lens, tetapi dia berkemungkinan berpeluang untuk memperbaiki jumlah golnya apabila PSG menentang Club Brugge dalam Liga Juara-Juara pada hari Selasa.

Ayah Messi Salahkan Taktikal Pochettino Punca Messi Tak Jaringkan Banyak Gol

Menurut laporan L’Equipe, ayah kepada Lionel Messi iaitu Jorge Messi mempersoalkan kredibiliti dan kemampuan Pochettino dalam mengolah taktikal Pochettino.

Perkara itu menurut Jorge telah menjadi punca kenapa Lionel Messi kurang menyerlah di dalam pasukan PSG. Walaupun sudah mencipta beberapa assist dan gol, namun Messi masih dianggap jauh daripada prestasi terbaiknya.

Lantas Jorge mempertahankan Messi dengan menyatakan bahawa taktikal Pochettino yang tidak memberikan kebebasan kepada Messi menjadi punca kepada perkara tersebut.

Berbeza di Barcelona, Messi adalah pusat kepada sistem taktikal dan bermain dalam peranan bebas.

Messi dibawa masuk untuk menguatkan PSG dalam misi mahu membawa UCL pertama ke kelab mereka. Namun situasi sekarang ini, Messi dikatakan kurang gembira dengan taktikal Pochettino yang menghadkan pergherakannya.

Messi sertai PSG

Messi menyertai PSG secara percuma dari Barcelona selepas dilarang untuk didaftarkan kerana peraturan FFP.

Sebelum ini, Lionel Messi sudah beraksi bersama Barcelona selama 21 tahun dengan beliau mula bersama kelab ketika usianya 13 tahun.

Beliau telah membuat 810 penampilan bersama kelab dengan menjaringkan 683 gol, serta membantu Barcelona memenangi 34 Piala.

Messi meninggalkan kelab sebagai pemain terbaik dalam sejarah Barca, dan tidak dinafikan beliau sememangnya pemain terhebat dalam sejarah dunia bola sepak.

Tiada masalah untuk Messi mencari kelab baru kerana kesemua pasukan yang ada dalam dunia bola sepak hari ini, sangat mahukan khidmatnya.

PSG menjadi calon kegemaran berdasarkan pada kemampuan mereka dari segi dana.

Sebelum itu Man City merupakan pasukan kegemaran untuk menandatangani Lionel Messi, namun selepas mereka melaburkan £100 juta untuk Grealish, maka mustahil untuk kelab membawa Messi ke Etihad.

Nasser Al Khelaifi menegaskan bahawa Messi adalah simbol kejayaan PSG sebagai kelab yang terus menarik bakat elit masuk ke pasukan mereka. Walaupun sering dianggap beraksi di liga pertanian.

Messi musim ini menjadi pemenang Ballon d’Or. Meneruskan kehebatannya sebagai pemain paling berbakat dalam sejarah.

Messi membantu negaranya menjadi juara Copa America tahun ini. Messi menewaskan Lewandowski dalam perebutan Ballon d’Or. Dan kini misinya adalah mahu membantu PSG menjadi juara Eropah.

Messi bukan dibawa untuk sekadar memenangi kejohanan domestik di Perancis.

BACA:  Unai Emery Sahkan Beliau Bakal Tinggalkan PSG Hujung Musim Ini