Lionel Messi ditahan oleh pihak berkuasa China sebaaik sahaja mendarat di Lapangan Terbang Beijing bersama-sama skuad kebangsaan Argentina.
Argentina dijadualkan berhadapan Australia di perlawanan persahabatan di Stadium Pekerja di Beijing pada Khamis ini.
Juara Piala Dunia itu tiba di China untuk meneruskan rentak kemenangan dan prestasi baik mereka sepanjang kejohanan Piala Dunia yang lalu.
Namun demikian persiapan Argentina untuk perlawanan ini sedikit terganggu apabila kapten pasukan, Lionel Messi ditahan oleh pihak berkuasa di China sebaik sahaja mendarat di negara itu.
Lionel Messi got difficulty to enter China for his visa issue.
He was controlled by China‘s border police 😂— 巴丢草 Bad ї ucao (@badiucao) June 10, 2023
Puncanya adalah kerana isu pasport yang dimiliki oleh Messi yang memiliki kedua-dua pasport dari Argentina dan Sepanyol.
Masalahnya adalah kerana pasport dari Sepanyol tidak boleh memasuki China sewenang-wenangnya walaupun ia boleh digunakan untuk memasuki Taiwan tanpa menggunakan Visa.
Messi dilaporkan tidak tahu mengenai perkara itu dan bertanggapan Taiwan adalah sebahagian daripada China menyebabkan beliau tidak memohon visa perjalanan yang diperlukan.
Masalah yang dihadapi oleh Messi itu turut tidak dibantu dengan masalah komunikasi kerana kedua-dua pihak lemah Bahasa Inggeris.
There’s was passport issue with Messi’s arrival to China causing delay but look at De Paul continuing to body guard Messi, we all need a friend like that, don’t we?
Video🎥 Via @nextonemaybe
— FCB Albiceleste (@FCBAlbiceleste) June 10, 2023
Mujurlah masalah tersebut dapat diselesaikan dan beliau diberikan visa sementara untuk memasuki negara tersebut.
Messi baru-baru ini mengesahkan dirinya meninggalkan PSG sebagai ejen bebas untuk menyertai Inter Miami.
Bintang veteran yang dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik pernah dilahirkan di dalam dunia bola sepak itu turut dicemuh peminat PSG di perlawanan terakhir bersama kelab itu.
Bekas rakan sepasukan, Sergio Aguero mempertahankan Messi dengan berkata: “Tempoh Messi bersama PSG sudah relevan.
Lionel #Messi arrived in Beijing on Saturday morning, which is the football star’s seventh trip to China. Messi will lead world champions Argentina against Australia in a friendly in Beijing on June 15. pic.twitter.com/PeSqYjUc5R
— Global Times (@globaltimesnews) June 10, 2023
“Mengambil kira lima liga utama dan pertandingan Champions League, hanya ada dua pemain di eropah yang berjaya menghasilkan 20 gol dan 20 assists. Salah seorang adalah Leo dan seoranh lagi adalah Vinicius.
“Beliau juga merupakan pemain dengan assist tertinggi di Ligue 1 dengan 16 hantaran yang menghasilkan jaringan.”
“Tambahan lagi selama dua musim di sana, Messi turut menjuarai dua kejuaraan liga dan Piala Super Perancis.”
“Bukan semua kejayaan perlu dinilai dengan nombor. Tetapi saya berpendapat anda perlu menilai sumbangannya bersama PSG secara betul.”