Manchester United Intai Peluang Nak Sailang Messi Dari PSG

Manchester United dilaporkan sangat berminat untuk mendapatkan Lionel Messi, selepas pemenang enam kali gelaran Ballon d’or itu sah meninggalkan Barcelona baru-baru ini.

Messi telah bersetuju untuk menerima pemotongan gaji sebanyak 50% dan menyambung kontraknya yang sudah berusia 21 tahun bersama Barcelona.

Namun keinginan kelab dan Messi sendiri untuk terus bekerjasama tidak dapat ditunaikan dek kerana masalah kewangan kelab dan bagi mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh La Liga.

Penjaring terbanyak sepanjang zaman Barcelona itu ketika ini merupakan salah seorang pemain berstatus free ejen dan beliau hangat dikaitkan bakal menyertai Paris Saint Germain.

Tidak dinafikan Messi ketika ini semakin hampir pasti untuk menjadi milik PSG, namun perbincangan masih berlangsung dan rundingan juga masih belum ditamatkan.

Menurut laporan dari penulis, Duncan Castles, United berpotensi untuk menyailang Lionel Messi dari PSG dengan mereka mahu memberi tawaran yang lebih baik pada pemenang enam kali gelaran Ballon D’or itu.

“Dia boleh didapati sekarang dan dia juga sedang mencari kelab baru. Ia sangat menarik untuk melihat keputusan yang akan dibuat oleh kelab.”

Jelas Castles kepada Ian McGarry di Transfer Window podcast.

“Ia sangat menarik melihat, Manchester United yang bercakap tentang plan perancangan strategi mereka dengan mereka sudah melakukan yang terbaik pada jendela perpindahan musim panas ini, mereka segera menyelesaikan dua penandatanganan penting, yang mana ia merupakan dua posisi yang mereka memang perlukan pemain baru, dan menarik jika mereka terlibat dalam urusan perpindahan Messi.”

“Saya tak akan rasa pelik melihat PSG bersungguh untuk mendapatkannya.”

Peminat tentunya teruja mahu melihat gabungan dua individu ini

Terdapat juga laporan dari media UK yang menyatakan bahawa Manchester United sudah berjumpa dengan wakil Messi untuk membincangkan soal tawaran mereka.

Selain PSG, Tottenham Hotspur turut sempat menyatakan minat mereka untuk mendapatkan Lionel Messi, namun sedihnya tiada siapa peduli.

Tiada media luar yang berminat untuk mengetahui tentang hasrat Tottenham Hotspur, dan rumours tersebut sekadar bertiup sepi.

Selepas selesai sidang media penuh beremosi hujung minggu lalu, Messi masih berada di rumahnya, walaupun banyak laporan menyatakan yang beliau sedang dalam perjalanan ke Paris.

Walau bagaimanapun, Fabrizio Romano sendiri mendedahkan yang Messi tidak akan ke Paris selagi rundingan mereka tidak selesai, dan beliau hanya akan terbang ke Perancis jika semuanya sudah jelas.

Berita sensasi berkait Messi dalam perjalanan ke Paris membuatkan para penyokong PSG membanjiri lapangan terbang Paris Charles dan ramai juga para penyokong yang menanti Messi di Parc des Princes.

Mereka sepertinya perlu menunggu lagi beberapa hari untuk menyambut kedatangan Messi, dengan ramai yang yakin bintang Argentina itu akan ke Paris berbanding pasukan lain.

Messi berkemungkinan akan memakai jersi bernombor 19 di Paris, dengan beliau dijangka akan menandatangani perjanjian selama dua tahun dan tambahan setahun jika mahu dilanjutkan.

Menurut sumber laporan dari The Athletic, beliau akan menerima £21 juta sebagai bonus penandatanganan dan akan turut menerima nilai yang sama setiap tahun jika beliau masih bersama PSG.

Gergasi Ligue 1 itu sememangnya berkemampuan dari segi kewangan untuk melakukan hal tersebut, dan mereka tentunya sangat berharap agar kelab akan bina keuntungan berganda dari pengiklanan dan penjualan jersi selepas menandatangani Messi.

Walau bagaimanapun, pihak kelab ketika ini perlu untuk menstrukturkan semula kadar pembayaran gaji para pemain mereka.

Oleh yang demikian, PSG dilaporkan sudah menyenaraikan hampir 10 pemain dari skuad utama mereka, untuk dilepaskan pada jendela perpindahan musim panas ini.

PSG sangat terbuka untuk melepaskan pemain seperti Abdou Diallo, Thilo Kehrer, Idrissa Gueye dan Rafinha, dan mereka turut mahu melepaskan Mauro Icardi dan Ander Herrera walau kedua-dua pemain itu bertekad untuk kekal bersama kelab.

Walau bagaimanapun, masih terdapat keraguan berkait masa depan Kylian Mbappe, dengan kontraknya bersama kelab akan berakhir tahun hadapan.

Pihak kelab sangat berharap dengan penandatanganan Messi ini nanti, Kylian Mbappe akan lebih yakin untuk terus kekal dan mahu segera menandatangani lanjutan kontrak.

Messi sementara itu turut mengakui yang beliau ada bertemu dengan para pemain PSG ketika sedang menikmati percutiannya di Ibiza selepas kejayaannya membantu Argentina memenangi Copa America.

“Saya bertemu mereka di Ibiza, kami bertemu selama satu hari, kami berkumpul, kami semua kawan.”

Jelas Messi.

“Saya pergi untuk bertemu Paredes dan Di Maria. Ney hubungi saya dan kata, ‘kamu mahu jumpa saya?”

“Kami muat naik gambar bersama pada ketika itu kerana kami sedang menikmati percutian bersama, mereka asyik cakap pada saya, ‘mari ke Paris, mari ke Paris.”

“Tapi itu semua sekadar bergurau, itu saja.”

Sumber: SB

BACA:  Europa League 2020/21 Final: *Villarreal 1-1 Manchester United (Pen. 11-10)