Jika kesemua saingan bola sepak dunia tidak di gantung, kemungkinan besar Lionel Messi sudah berjaya meraikan jaringan ke 700 sepanjang kariernya.
Pemenang enam kali Ballon d’or itu sudah berjaya menjaringkan 697 gol sepanjang karier profesionalnya.
Pencapaian yang luar biasa bukan?
Dan dalam kesemua jaringan yang berjaya dicipta, hanya ada satu darinya yang menyebabkan beliau rasa bersalah.
If you score 30 goals a years for 20 consecutive years, You would have 600 goals….Leo Messi has scored 697 goals in just 13 years.
The greatest footballer in the history of football, Leo Messi ❤️ pic.twitter.com/9YWGxORdEl
— Syed Najam-ul-Hassan Sherazi (@najamsherazi2) March 24, 2020
Jaringan yang dimaksudkan itu terhasil dalam perlawanan akhir FIFA Club World Cup 2015.
Barcelona berjaya mara ke perlawanan akhir kejohanan tersebut yang telah diadakan di Japan pada waktu itu.
Didalam perlawanan akhir FIFA Club World Cup 2015 Barcelona telah turun bertemu dengan pasukan gergasi Argentina, River Plate.
Messi berjaya menjaringkan gol pendahuluan untuk pasukan Barcelona mendahului River Plate pada minit ke-36 perlawanan.
Congratulations to Barcelona, 2015 FIFA Club World Cup winners. #FCB pic.twitter.com/wHYzXTl5Lb
— Squawka Football (@Squawka) December 20, 2015
Namun gol itu tidak diraikan oleh Messi seperti jaringan yang berjaya dilakukan oleh beliau dalam perlawanan lain.
Bahkan, Messi sebenarnya meminta maaf kepada para penyokong River Plate selepas menjaringkan gol itu.
Para pemain Barcelona meraikan jaringan bersama Messi sebelum beliau mengangkat tangan meminta maaf kepada 16,000 penyokong pasukan River Plate.
Messi te vi hacer 600 goles y pedir perdón solo en 1 pic.twitter.com/3uM64nm3qK
— Rιʋҽɾ Pʅαƚҽ 🇦🇷 (En 🏠) (@LaBaandaCARP) March 5, 2018
Tetapi mengapa Messi berbuat demikian?
Kebiasaannya para pemain memperlakukan hal sebegitu apabila mereka menjaringkan gol ketika bertemu bekas pasukannya atau menjaringkan gol yang menyebabkan pasukan lawan tersingkir liga.
Selain dari itu jarang untuk seseorang pemain melakukannya. Jadi apa alasan Messi bertindak meminta maaf selepas menjaringkan gol menentang River Plate?
Messi telah ditanya tentang reaksinya meminta maaf kepada penyokong River Plate dalam satu sesi temu bual.
Messi berasa simpati kepada penyokong River Plate yang datang jauh-jauh untuk menyokong pasukan kesayangan mereka lalu beliau merosakkan keseronokkan para penyokong dengan menjaringkan gol untuk Barcelona.
📰 [SPORT] | River Plate youth coach, Eduardo Abrahamian revealed that Lionel Messi was denied by the club's managers despite an impressive trial.
🔶 Messi visited River Plate's academy when he was a kid during a short stay in Buenos Aires. pic.twitter.com/5GZzroWT9p
— BarçaTimes (@BarcaTimes) September 7, 2018
“Saya tahu bertapa sukarnya usaha kesemua penyokong untuk datang sejauh itu untuk menyokong pasukan kesayangan mereka. Dan saya tahu seronoknya mereka untuk meraikan suasana itu.”
“Dan saya ada disana, saya orang Argentina, saya juga yang menjaringkan gol pertama untuk pasukan lawan mereka dan merosakkan keseronokkan mereka.”
“Saya tidak tahu mereka sedar atau tidak reaksi yang saya lakukan menandakan saya meminta maaf kepada mereka.”
D'Onforio(President, River Plate) "Messi is a gentleman. When he scored the goal he raised his hand in apology" pic.twitter.com/YPp80q9LTf
— Argentina Football (@ARG_soccernews) December 21, 2015
River Plate sebenarnya pernah berkesempatan untuk mendapatkan khidmat dari Lionel Messi, tetapi mereka tidak memanfaatkan kesempatan itu.
Messi pernah menyertai uji bakat untuk menyertai River Plate ketika zaman beliau masih bersama Newell’s Old Boys.
Messi bahkan berjaya menjaringkan 12 gol dalam sesi latihan yang diadakan untuk memilih bakat baru itu.
Tetapi menurut Eduardo Abrahamian, beliau pernah mendedahkan dalam satu temu bual pada tahun 2018, Messi tidak berjaya menarik minat panel pemilih lalu beliau disingkirkan.
“Messi benar-benar meninggalkan kesan kepada saya pada kali pertama saya melihat aksinya, dia bertubuh kecil, tetapi itu tidak menjadi masalah, saya nampak skill dan bakat yang beliau ada.”
“Messi sangat mengagumkan, ketika itu beliau menjaringkan 12 gol, ia luar biasa. Dia tinggal di Buenos Aires selama tiga atau empat hari. Saya terus menelefon ketua pengarah kelab dan meminta beliau datang untuk berbincang tentang Messi.”
“Bagi saya Messi menakjubkan, tekniknya, kecepatannya dan cara dia jauh lebih baik dari pemain lain.”
EXCLUSIVE The story of how Lionel Messi almost signed for … River Plate https://t.co/qS7YXXwmdy pic.twitter.com/DaZMUrlHCf
— Goal News (@GoalNews) December 19, 2015
“Saya mahu mereka berunding dengan ayah Messi. Saya mahu Messi bersama pasukan, saya akan pastikan dia bawa keluarganya untuk tinggal disini. Saya mahu sentiasa perhatikan dia dan saya yakin sukar untuk bertemu pemain seperti Leo di masa mendatang.”
“Saya sudah memberi pandangan yang mereka tidak boleh melepaskan pemain seperti Leo, tetapi mereka cuma mengatakan bahawa pasukan sudah memiliki ramai pemain yang lebih berbakat dari Messi.”
** Former River Plate youth coach reveals club turned down Lionel Messi despite his 'incredible' trial : It appears that scoring 12 goals in one training session wasn't enough for Lionel Messi to convince River Plate offic.. : https://t.co/MyNKhtUTfE pic.twitter.com/TVcpiEUg9X
— Daily Betting Offers (@dbofbb) September 7, 2018
Tapi kalau River Plate terima Messi waktu tu mesti peminat semua tidak berpeluang menyaksikan perseteruan terhebat antara Messi dan Cristiano Ronaldo.