Milner Menjadi Pemain Liverpool Paling Cergas 5 Tahun Berturut-Turut

James Milner kembali ke kem latihan pra musim Liverpool di Amerika Syarikat dengan penuh berketerampilan dengan bada sasa berserta urat yang timbul bak badang untuk persediaan musim baru.

Pemain veteran berusia 33 tahun itu masih memainkan peranan penting buat Liverpool musim lalu dan perebutan takhta Premier League dan juga julangan trofi Champions League buat kali ke-6.

Milner telah muncul sebagai pemain Liverpool paling cergas buat tahun kelima berturut-turut selepas sekembalinya dari cuti musim panas.

Tahun ini tiada beza buat Milner sejak menyertai Liverpool apabila tenang melepas ujian tahunan ‘bleep test’ dan menjadi pemain paling cergas.

Milner bakal berusia 34 tahun Januari ini tiada masalah untuk mengatasi pemain jauh lebih muda seperti Joe Gomez, Alex Oxlade Chamberlain dan Fabinho.

Disiplin yang tinggi serta contoh yang baik ditunjukkan oleh Milner ini nyata disenangi oleh peminat.

BACA:  Andreas Pereira Melabel Van Dijk Dan Milner Pemain Paling Angkuh