Liverpool telah mempamerkan aksi kebangkitan dengan penuh dan mengembalikan semula aura sang juara yang menakluk dunia.
Minggu yang suram buat Liverpool sehingga ada yang meroyan dengan satu drama yang menggunakan jersi Liverpool untuk mengelap air kencing.
Ada peminat yang membuat laporan kepada Liverpool UK tentang drama ini dan paenyokong bola sepak lain hanya bergelak tawa melihat kebodohan ini.
Hanya kemenangan dapat mengurangkan koyak itu.
Bournemouth terlebih dahulu di depan pada minit ke-9 hasil jaringan Callum Wilson.
Namun Liverpool tidak panik seperti penyokong mereka dan segera kembali mengatur serangan bagi memecahkan kekebalan pertahanan Bournemouth.
Liverpool menjaringkan dua gol dalam tempoh 8 minit dari kaki Sadio Mane dan Mohamed Salah pada minit ke-25 dan 33.
Jaringan ini kekal hingga tamat perlawanan.
Pada separuh masa kedua, Adrian seperti biasa membuat kelakar yang menjadi kekoyakan peminat Liverpool.
Ryan Fraser telah membuat satu bola lob yang telah melemaskan Adrian yang hanya mampu melihat dan berdoa sahaja.
Bola hanya menunggu masa untuk masuk, entah dari mana James Milner datang dengan sepantas kilat sempat menghulur kaki untuk mengeluarkan bola.
Pada masa dan detik yang tepat bola dan kaki Milner bertemu dan bola berjaya dikeluarkan ketika hampir melepas garisan gol.
James Milner. That’s the tweet. pic.twitter.com/20k48ARoM3
— – (@EnRouteAnfield) March 7, 2020
Satu aksi menyelamat yang sangat penting, jika masuk keputusan perlawanan pasti berubah dan ada lagi yang koyak.
James Milner would still start in City’s first 11.
But City fans aren’t ready for that conversation yet… pic.twitter.com/VX4q0hFzCb
— Shev ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ (@dannyshevlin) March 7, 2020
Pemain berusia 34 tahun itu bukan saja telah membuat satu aksi menyelamat yang penting malah mempamerkan permainan yang bagus dalam perlawanan ini.
Ini statistik perlawanan Milner menentang Bournemouth.
4 Clearances
3 Blocked shots
1 interceptions
2 Tackles
5/7 Ground Duels
2/2 Aerial Duels
87% Passing Accuracy
1 Clearance off the line.
Liverpool turut menang 22 perlawanan berturut-turut di Anfield. Rekod terbanyak dalam sejarah EPL.
22 – Liverpool have now won their last 22 Premier League home games, the longest such winning run in English top-flight history. Catch. #LIVBOU pic.twitter.com/PJ4Mb6y1YW
— OptaJoe (@OptaJoe) March 7, 2020
Kemenangan ini membolehkan Liverpool mendahului City dengan 25 mata sekurang kurangnya untuk 24 jam.
Liverpool turun dibezakan hanya 3 kemenangan lagi daripada kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas kemarau kejuaraan yang sangat panjang.