Bekas pemain sayap Blackburn Rovers, Morten Gamst Pedersen telah menjaringkan gol dari sepakan percuma yang jauh amat, bukan satu tapi dua untuk pasukan Alta Idrettsforening atau Alta IF di Norway.
Alta IF merupakan kelab sukan di Alta, Norway dan terkenal dengan pasukan bola sepaknya yang kini beraksi di 2. divisjon yang berada di divisyen ketiga dalam sistem bola sepak Norway.
Morten Gamst Pedersen pakar bola mati telah menyertai pasukan Alta IF pada tahun 2020 dan nyata masih berbisa dan melakukan sepakan percuma yang menjadi cap dagang ketika zaman kemuncak beliau.
Pada usia 39 tahun, Morten Gamst Pedersen mencuri perhatian dunia dengan dua gol sepakan percuma yang gila ketika membantu Alta IF menewaskan FK Senja 4-1.
Pemain veteran yang mungkin tidak berapa dikenali oleh generasi kini masih belum bersedia untuk menggantung kasut dan bersara walaupun dalam masa yang sama sedang melengkapkan lesen kejurulatihan.
“Aku masih cergas dan baik. Aku rasa aku akan bermain hingga berumur 40 tahun dan lepas tu aku tengok la macam mana.”
“Aku rasa sangat istimewa dapat bermain permainan yang aku suka. Kenapa tidak aku lakukan selagi mana aku mampu? Karier bola sepak sangat pendek jadi aku menikmati setiap detik.”
“Aku tidak bermain kerana duit. Aku bermain hanya kerana aku sangan cintakan permainan ini.”
Begitulah kecintaan Morten Gamst Pedersen kepada sukan bola sepak yang pernah menghiburkan ramai saban minggu ketika bersama Blackburn Rovers dengan jaringan-jaringan yang merecik lagi padu.
Perjalan Karier Morten Gamst Pedersen
Perjalanan karier bola sepak Morten Gamst Pedersen ketika remaja bermula bersama pasukan Norlid yang terletak di tempat kelahiran beliau Vadso, Finnmark pada tahun 1997.
Pada tahun 2000, Morten Gamst Pedersen telah menyertai pasukan Tromso yang beraksi liga divisyen teratas Norway.
Namun pada tahun 2004 barulah Morten Gamst Pedersen berjaya beraksi bersama pasukan utama dengan menjaringkan 7 gol dan segera menarik minat Blackburn Rovers.
🇳🇴 Signed from Tromsø in 2004, Morten Gamst Pedersen is a certified @Rovers legend
– Signed for £1.5 Million 😨
– 260 PL Apps
– Wicked left peg🧙♀️
– Spent 9 years at the club 👴🏻A player the streets won’t forget 🥶 #Rovers pic.twitter.com/pbEO0NP4i0
— Inter Big Safe (@InterBigSafe) July 28, 2020
Pada bulan ogos Morten Gamst Pedersen telah diikat Blackburn dengan yuran perpindahan £1.5 juta dan boleh meningkat kepada £2.5 juta berdasarkan kepada penampilan.
Morten Gamst Pedersen di beli bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Damien Duff yang menyertai Chelsea pada tahun 2003 yang dalam proses dibentuk menjadi juara.
Insan yang bertanggungjawab membawa Morten Gamst Pedersen ke Blackburn adalah Graeme Souness yang ketika itu menjadi pengurus.
🎂 Happy birthday to former #Rovers midfielder Morten Gamst Pedersen!
🅰️ 349 appearances
⚽️ 47 goalsWhat a player! pic.twitter.com/0dyWjVMNyQ
— Rovers Chat (@rovers_chat) September 8, 2020
Banyak kening terangkat dengan pembelian Graeme Souness ini yang tidak dikenali, datang sebagai pengganti Damien Duff yang semua tahu kepowerannya yang terbukti hebat.
Morten Gamst Pedersen pada ketika itu baru berusia awal 20-an dan sangat kurang pengalaman beraksi di liga bola sepak peringkat tertinggi.
Pedersen telah melakukan debut bersama Blackburn ketika menentang Manchester United di Old Trafford, kelab yang disokong Pedersen sejak kecil lagi.
Pada perlawanan pertamanya di Premier League, Pedersen telah membuat ramai kagum dengan bakatnya termasuklah Sir Alex Ferguson.
Sir Alex Ferguson menyatakan , Pedersen pernah berada dalam radar pemantauan beliau tetapi pada ketika itu Cristiano Ronaldo baru diikat, dengan kehadiran Ryan Giggs dan Kieran Richardson yang mula membuat kemunculan.
Ferguson mengakui beliau tidak boleh mengambil Pedersen kerana posisinya ketika itu sudah mempunyai limpahan pemain. Jika dibeli hanya akan menjadi tukun.
The streets will never forget Morten Gamst Pedersen. 👏🔥
📽 @premierleaguepic.twitter.com/8btoYAZ8c9
— Football Tekkers (@BallTekkers) July 12, 2020
Pada musim pertamanya, Pedersen telah membuat 27 penampilan dalam semua kejohanan untuk Blackburn dengan mengahsilkan 8 gol lalu membuktikan kesangsian keatas dirinya itu salah.
Ditanah airnya, muka Pedersen mula menjadi benda wajib hampir disetiap isi rumah dan posternya terpampang di kedai gunting rambut seluru Norway selepas ditaja syarikat minyak rambut.
Selama lapan musim, Pedersen dengan rambut perang yang ikonik seperti ahli kumpulan Boyband telah menjadi nadi penting Blackburn di Premier League.
Who’s the most outlandish Premier League player you can think of? One that was a pretty decent player on his day but everyone just kinda forgot about. I’ll start:
Morten Gamst Pedersen. Unreal left peg pic.twitter.com/Rnuv3Dh4Kj
— Josh (@UtdJL) March 24, 2020
Sudah pasti gandingan Pedersen bersama Benni McCarthy, Christopher Samba, Roque Santa Cruz dan Tugay menjadi ingatan buat semua peminat Premier League walaupun tidak menyokong Blackburn.
Pada Ogos 2013 Pedersen telah meninggalkan Blackburn dan beraksi bersama kelabg Turki, Karabükspor secara percuma selepas membuat 288 penampilan di liga.
Selepas Karabukspor, Pedersen telah menyertai Rosenborg dan kemudian kembali ke Tromso pada 2016 dan kini beraksi bersama Alta IF padausia 39 tahun.
Magical Morten Gamst Pedersen pic.twitter.com/GmLkhaFqIz
— James (@KqizFtbl) June 3, 2020