Mourinho Dituduh Lakukan Seni Hitam Ke Atas Pemain Lazio B14

Jose Mourinho dilaporkan telah dituduh melakukan seni hitam atau ‘tingkah laku tidak mempamerkan semangat kesukanan’ semasa perlawanan antara AS Roma Bawah 14 dan Lazio Bawah 14 tahun.

Pada perlawanan remaja antara dua kelab seteru itu Jose Mourinho turut hadir dan jurulatih Portugis yang dihormati itu menjemput anak-anak muda ke gimnasium untuk bergambar dan bertemu skuad pasukan utama berikutan kemenangan mereka.

Apa yang telah dilakukan Jose Mourinho ke atas pemain pasukan remaja Lazio?

Jose Mourinho sememangnya terkenal sebagai salah seorang ahli seni gelap bola sepak yang hebat dalam permainan perang saraf – sentiasa menjadi tajuk berita utama sukan atas sebab yang sangat berbeza.

Laporan dari Itali – melalui Get Football News Italy – telah mendakwa bahawa kelab bola sepak Lazio telah menuduh Mourinho enggan menonton perlawanan dengan aman dan damai.

Pengurus berusia 60 tahun itu telah dituduh melakukan provokasi dengan mengejek pemain Lazio Bawah-14 tahun bernama Alexandru Milou, ketika pemain muda itu mengambil sepakan penalti dalam pertembungan itu.

Dan apabila pasukan Bawah 14 tahun Roma mendahului, Mourinho dikatakan telah memberitahu pemain pasukan Roma untuk berpura-pura cedera dan mengambil jalan membuang masa untuk memenangi perlawanan.

Get Football News Itali menambah bahawa jurulatih Lazio Bawah 14 tahun Tobia Assumma mengkritik Mourinho pada ketika ini, mengulas:

“Tidak, tuan. Ini belum selesai.”

Laporan itu mengatakan Lazio tidak berpuas hati dengan kelakuan Jose Mourinho yang telah melakukan provokasi yang melampau kerana membabitkan pasukan remaja bawah 14 tahun.

Walaupun laporan itu kedengaran hampir terlalu direka dan diada-adakan untuk menjadi kenyataan, rakaman telah muncul mengenai Alexandru Milou diejek ketika dia mengambil penalti.

Tiada bukti pada video yang menunjukkan bahawa Jose Mourinho adalah salah seorang daripada mereka yang mencemuh, mengejek dan mengeboo Alexandru Milou tetapi percubaan untuk mengganggu pemain remaja Lazio itu jelas berlaku.

Ia bukan sesuatu yang anda jangkakan untuk dilihat dalam perlawanan membabitkan pasukan Bawah-14 tahun. Kemudian sekali lagi, kedua-dua kelab yang berpangkalan di Rom ini adalah musuh ketat yang bersaing sengit, jadi mungkin ia tidak sepatutnya mengejutkan.

The Special One sememangnya terkenal dengan kontroversi dan provokasi lantaran mulutnya yang mungkin diinsurankan berjuta-juta dollar namun melakukan perkara itu ke atas pemain remaja sangat tidak masuk dek akal.

BACA:  Mourinho Pernah Menangis Selepas Tamat Perlawanan Kerana Pasukannya Tewas