Mourinho Tidak Tolak Kemungkinan Dapatkan Pemain Baru Januari Depan

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho mengakui beliau terbuka dengan idea untuk mendapatkan pemain baru apabila tirai perpindahan pemain dibuka kembali Januari ini.

Bekas pengurus Real Madrid dan Chelsea ini tidak akan sekali-kali menolak cadangan untuk mendaptkan pemain baru walaupun beliau bukanlah peminat tirai perpindahan pemain musim sejuk. Mourinho dipetik berkata demikian dalam satu sidang media menjelang pertemuan menentang West Bromwich Albion.

“Saya bukanlah seorang yang berminat dengan jendela perpindahan Januari tetapi kadangkala terdapat peluang untuk mendapatkan pemain yang bagus dan kami tidak mahu terlepas peluang tersebut.”

“Saya tidak suka untuk menganggap jendela perpindahan Januari hanya tempat untuk membeli pemain. Adalah lebih baik jika kami menandatangani pemain pada bulan Jun.”

Mourinho sedang mencari penumpang bas yang baru

Manchester United terus dikaitkan dengan bintang Arsenal, Mesut Ozil yang dilaporkan sudah bersetuju secara lisan untuk kembali bergandingan dengan bos lamanya di Old Trafford.

Mourinho adalah individu yang bertanggungjawab membawa masuk Ozil ke Real Madrid beberapa tahun yang lepas dan membentuk pemain ini menjadi salah seorang playmaker terbaik di dunia.

Selain Ozil, bek kiri Spurs, Danny Rose turut dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford bagi mengisi posisi bek kiri skuad Mourinho yang agak lemah musim ini. Luke Shaw gagal memenuhi potensi beliau dengan Mourinho lebih gemar menggunakan Ashley Young di posisi tersebut.

Rose pula mengharungi musim yang agak suram setakat ini dengan Mouricio Pochettino lebih gemar memilih Ben Davies untuk posisi bek kiri pasukan utama.

Dan berita yang paling ditunggu-tunggu pemina Red Devils adalah berita berkenaan kesanggupan Atletico Madrid untuk melepaskan Antoine Griezmann sekiranya pemain ini mahu berpindah.

Pogba bakal diarahkan Mourinho untuk meyakinkan Griezmann supaya menyertai Manchester United

Griezmann merupakan sasaran utama United beberapa musim yang lepas tetapi Diego Simeone enggan melepaskan pemain ini secara mudah ditambah pula Griezmann yang masih mahu kekal di Sepanyol.

Mourinho turut ditanya wartawan mengenai minatnya terhadap Griezmann selepas mengetahui Atletico Madrid kini terbuka untuk mendengar tawaran yang masuk, dan ini jawapan beliau.

“Saya tidak bercakap mengenai perpindahan pemain, terutamanya yang melibatkan pemain kelab luar.”

Dalam perkembangan lain, pemain pertahanan Manchester United, Eric Bailly telah disahkan bakal berehat selama 3 bulan kerana mengalami kecederaan di bahagian pergelangan kakinya. Berita ini merupakan satu tamparan yang hebat kepada Mourinho yang kini sedang berusaha untuk mengejar kedudukan pendahulu liga, Manchester City dengan perbezaan 11 mata diantara dua pasukan tersebut.

United menang tipis 2-1 ke atas West Bromwich Albion dalam perlawanan terakhir mereka, hasil jaringan Romelu Lukaku dan Jesse Lingaard manakala West Brom pula memperoleh gol tunggal mereka melalui Gareth Barry.

BACA:  Mourinho Sinis Perli Papu Gomez Dengan Analogi Ubat Batuk Milik Anak