Mourinho Yakin England Akan Bermula Dengan Langkah Kanan, Tidak Seperti Kuasa Besar Lain

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho percaya England tidak akan mengalami nasib yang sama seperti negara kuasa besar lain dengan memungut 3 mata penuh dalam perlawanan pembukaan mereka menentang Tunisia awal pagi esok.

Anak buah Gareth Southgate akan turun menentang Tunisia di Volgograd awal pagi esok dengan sejarah membuktikan England sering bergelut untuk mempamerkan aksi terbaik dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia.

Untuk rekod, England gagal memenangi sebarang perlawanan pembukaan dalam 4 kejohanan besar yang mereka sertai sebelum ini.

Mourinho yakin Tunisia tidak cukup power untuk kejutkan England

Edisi Piala Dunia kali ini telah menghadirkan beberapa kejutan dengan kuasa besar bolasepak seperti Argentina, Sepanyol, Jerman, dan Brazil gagal memenangi perlawanan pembukaan masing-masing.

Walau demikian, pengurus berasal dari Portugal ini percaya England tidak akan mengalami nasib yang sama kerana mereka terlalu bagus jika dibandingkan denganTunisia.

“Saya menonton perlawanan Tunisia menentang Portugal dalam aksi persahabatan terakhir sebelum Piala Dunia. Secara jujurnya, saya tidak berapa berkenan dengan corak permainan Tunisia.”

“Saya meletakkan Tunisia pada kedudukan yang sama dengan Morocco dari segi potensi dan corak permainan. Saya percaya England akan mencatatkan kemenangan.”

“Tetapi seperti kita lihat sebelum ini, Brazil sepatutnya menang, Jerman dan Argentina juga sepatutnya menang. Jadi sekarang, saya pon tidak tahu apa yang akan berlaku.”

England terlalu kuat untuk pasukan kerdil seperti Tunisia

“Esok merupakan hari dimana dua pasukan yang memiliki skuad yang hebat, iaitu Belgium dan England turun bermain dengan 3 pemain pertahanan disamping dua wing-back. Sekarang kita lihat bagaimana pasukan yang lebih kerdil menangani taktikal ini.”

Mourinho juga berkata semalam merupakan hari yang hebat buat peminat bola sepak selepas dua pasukan pilihan, Jerman dan Brazil gagal memenangi perlawanan pembukaan masing-masing.

Juara bertahan Piala Dunia 2014, Jerman dikejutkan Mexico 1-0 di Moscow manakala Brazil sekadar seri 1-1 menentang Switzerland dalam perlawanan yang berlangsung di Rostov.

“Ia merupakan hari yang hebat buat peminat bolasepak. Saya sangat pasti Gianni Infantino gembira ketika ini. Saya juga pasti peminat yang benar-benar mencintai bola sepak, bukan yang hanya menyokong satu pasukan sahaja, gembira dengan keputusan tersebut.”

“Inilah ‘kecantikan’ dalam bola sepak. Keputusan seperti ini jarang untuk kita lihat berlaku dalam sukan lain. Realiti bola sepak hari ini menunjukkan sesetengah pasukan bola sepak mampu bermain lebih baik dari di atas kertas.”

This year is our year !

“Adakah Switzerland memiliki pemain istimewa ? Tidak, mereka tidak memilikinya. Tetapi penjaga gol mereka bermain dengan baik, Fabian Schar bermain dengan baik, dan bahagian tengah juga sama. Seferovic tidak begitu berbahaya tetapi beliau bekerja keras untuk pasukannya.”

Tetapi Mourinho masih percaya pasukan besar seperti Argentina dan Jerman akan menunjukkan bisa mereka yang sebenar selepas ini.

“Saya tidak rasa ini satu drama buat mereka. Saya rasa mereka pon tahu betapa bagusnya pasukan mereka. Saya rasa mereka pon tahu pasukan mereka akan menjadi lebih baik selepas ini.”

BACA:  Mourinho Buat Hal Lagi, Kali Ini Enggan Dedahkan Berita Terkini Pasukan Kepada MUTV