Mudryk Dedah Hanya Tampilkan 20% Kemampuan Bersama Chelsea Selama Ini

Mykhailo Mudryk berkata dengan yakinnya bahawa dirinya masih mempunyai banyak perkara untuk ditampilkan bersama Chelsea pada musim akan datang selepas musim pertama mengecewakan di Stamford Bridge.

Pemain sayap dari Ukraine itu menjadi rebutan banyak kelab di jendela perpindahan Januari lalu sebelum memilih untuk menyertai Chelsea, selepas bidaan £89 juta gagal disaingi oleh Arsenal.

Kelab dimiliki oleh Todd Boehly itu turut menawarkan kontrak lapan tahun setengah sebagai tanda kepercayaan terhadap potensi pemain itu.

Mudryk kemudiannya bergelut sepanjang 6 bulan pertamanya bersama The Blues dan gagal menjaringkan gol dalam 17 perlawanan  bersama kelab London itu pada musim lalu.

Namun pemain itu tampak tajam sepanjang pra musim dan menjaringkan satu gol cantik untuk membantu Chelsea menewaskan Brighton 4-3 dalam perlawanan persahabatan pada Ahad lalu.

Ia adalah jaringan pertama yang dinanti-nantikan oleh Mudryk sejak sekian lama.

Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan tersebut, Mudryk kemudiannya mendedahkan musim lalu dia sebenarnya belum menampilkan kemampuan sebenarnya bersama Chelsea.

“Saya sangat gembira dengan kerja keras yang dilakukan sehingga terhasilnya jaringan tersebut.

“Tetapi saya belum menampilkan kemampuan sebenar. Itu cuma 20%. Saya rasa hebat kerana kini di bawah kendalian Pochettino, jurulatih baharu kami.

“Ia amat hebat, ia juga menyeronokkan dan ini adalah pasukan baru yang lebih hebat.

Mengulas gol pertamanya bersama Chelsea di pra musim, Mudryk berkata: “Saya sedang menikmati saat itu!”

“Apabila saya merembat saya tidak fikirkan apa-apa. Saya sudah berlatih situasi sebegiti di pusat latihan dengan kerap dan jaringan itu terhasil daripada latihan yang diikuti,” tambahnya lagi.

Mengilas mengenai gandingannya dengan Jackson, Mudryk kemudiannya berkata: “Korang bayangkan sendiri, ini baru perlawanan pertama kami beraksi bersama.”

BACA:  Sarri: Kepa Masih Lagi Jauh Untuk Capai Tahap Courtois