Netizen Indonesia Tibai De Paula Kerana Pamer Aksi Keji Ke Atas Rachmat Irianto

Netizen Indonesia tibai De Paula tanpa belas selepas pemain naturalisasi Harimau Malaya itu memijak kaki Rachmat Irianto di dalam kotak penalti Indonesia.

De Paula dilihat dengan sengaja telah memijak kaki Rachmat Irianto dan kemudiannya beliau berpura-pura tak bersalah sambil menunjukkan reaksi seolah-olah bintang Garuda itu yang sedang berlakon.

Tindakan beliau itu telah dihentam teruk oleh para penyokong Indonesia yang merasakan De Paula sebenarnya melakukan aksi keji yang patut dimaki.

Indonesia turun dengan misi hanya untuk mencatatkan keputusan seri sahaja bagi melayakan diri mereka ke pusingan separuh akhir.

Mereka juga tidak menurunkan kesebelasan terbaik dalam perlawanan ini, mungkin kerana sedar yang Malaysia tidak akan beri ancaman bahaya.

Berbanding bermain secara ultra defensive seperti ketika aksi bertemu Laos dan Vietnam sebelum ini, skuad Garuda dilihat bermain secara lebih terbuka ketika bertemu Malaysia.

Hasilnya skuad kendalian Tan Cheng Hoe berjaya merobek gawang gol Indonesia terlebih dahulu untuk Malaysia mendahului perlawanan 1-0.

Gol jaringan Kogileswaran itu tidak bertahan lama selepas Irfan Jaya meledak dua gol pada aksi babak pertama untuk Indonesia mendahului Malaysia 2-1.

Masuk aksi babak kedua permainan, Indonesia berjaya peroleh dua lagi gol menerusi Pratama Arhan dan Elkan Baggot untuk mendahului Malaysia 4-1.

Perlawanan tamat Indonesia berjaya menewaskan Malaysia 4-1 seterusnya melayakkan mereka ke peringkat separuh akhir untuk bertemu Singapura.

Aksi keji De Paula

Netizen Indonesia bengang melihat aksi keji De Paula yang dilihat dengan sengaja memijak kaki Rachmat Irianto di dalam kotak penalti.

Pemain yang paling dipercayai oleh Tan Cheng Hoe itu dilihat berjalan masuk ke kawasan kotak penalti, dan beliau dengan tiba-tiba menghampiri Rachmat Irianto sebelum bergerak ke sisi.

Ketika menghampiri Rachmat, De Paula jelas dilihat memijak kaki pemain Indonesia itu hingga menyebabkan beliau terbaring menjerit kesakitan.

Tidak dinafikan reaksi yang ditunjukkan oleh Rachmat Irianto agak keterlaluan, namun kesalahan De Paula memijak kaki beliau adalah sangat tidak wajar untuk berlaku.

Beliau tidak seharusnya datang, pijak kaki, kemudiannya berpura-pura tak tahu apa yang berlaku.

Tindakan keji beliau itu sebenarnya boleh menyebabkan pengadil melayangkan kad merah kepadanya namun mujur sahaja beliau terselamat dari dihantar mandi awal.

Tindakan yang sangat memalukan dari seorang pemain professional yang sedang beraksi dalam perlawanan penting untuk negara.

Adakah beliau koyak? Habis dia tak fikir berjuta rakyat Malaysia koyak tengok dia santai berjalan-jalan di atas padang?

Kekalahan 4-1 bertemu sudah cukup memalukan untuk skuad negara, dan tindakan De Paula sepertinya menambah lagi rasa malu itu.

Malaysia mempamerkan aksi yang sangat hambar selepas kejayaan menjaringkan gol pertama menerusi Kogileswaran.

Aksi babak kedua dilihat lebih teruk lagi untuk skuad Harimau Malaya dengan mereka bermain seolah-olah tiada arah dan tiada perancangan.

Peminat jelas sekali boleh menerima kekalahan di tangan musuh utama negara itu, namun kalah dengan cara bermain teruk seperti ini jelas sekali tidak boleh diterima dengan baik oleh para peminat.

Semoga sahaja badan induk bola sepak Malaysia nampak dan sedar dengan banyaknya kekurangan skuad Harimau Malaya di kejohanan ini, dan mampu mengubah kesilapan-kesilapan itu untuk kebaikan masa hadapan.

Selepas melihat aksi dan sumbangan beliau bersama skuad Harimau Malaya, sepertinya tidak perlu lagilah untuk memanggil De Paula untuk mana-mana perlawanan selepas ini.

Beliau sangat jelas tidak mampu memberikan yang terbaik setiap kali diturunkan untuk beraksi dan De Paula juga gagal memberikan impak seperti yang diharapkan oleh peminat.

Sumber: Twitter

BACA:ย  Perlawanan Antarabangsa Tier 1: Uzbekistan 5-1 Malaysia