Newcastle Mahu Sekali Lagi Sailang Arsenal Untuk Dapatkan Pemain Bernilai €70 Juta Dari Serie A

Newcastle United dilaporkan sedang bersedia untuk mengeluarkan dana bernilai €70 juta untuk mendapatkan pemain penyerang berprofil tinggi pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Selain Newcastle, Arsenal juga dilaporkan sangat meminati pemain yang sama dan mereka juga turut mahu memulakan langkah untuk mendapatkan pemain penyerang itu.

​Menurut laporan dari media Itali, Arsenal kini sedang dalam usaha mereka untuk mendapatkan seorang lagi bintang Serie A, selepas usaha mereka mahu memancing Dusan Vlahovic berakhir dengan kegagalan.

​Newcastle United juga turut sama berminat walaupun mereka baru sahaja menandatangani Chris Woods dari Burnley awal bulan baru-baru ini.

Media Itali, Gazzetta Dello Sport telah melaporkan yang Newcastle dan Arsenal sedang bersaing untuk mendapatkan pemain penyerang Napoli, Victor Osimhen.

Pemain berusia 23 tahun itu menyertai Napoli dari Lille dengan yuran perpindahan bernilai €80 juta (£69 juta) termasuk bonus.

​Beliau kini sedang memasuki musim keduanya bersama Napoli dengan Victor Osimhen turut berjaya menarik minat pelbagai kelab lain selepas menunjukkan kualiti penyudah yang beliau miliki.

Pemain kebangsaan Nigeria itu berjaya menjaringkan 10 gol ketika musim debutnya bersama Napoli, dan pada musim ini, beliau sudah berjaya menjaringkan sembilan gol dari semua pertandingan.

Laporan sama turut menyatakan yang Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis turut mengeluarkan kenyataan yang beliau akan sanggup melepaskan pemain paling bernilai kelab itu seandainya menerima tawaran yang sesuai dengan yang diharapkan.

Nilai pasaran semasa untuk Osimhen pada ketika ini dipercayai bernilai €70 juta (£58 juta), dan Napoli sebenarnya berhak untuk menentukan berapa sahaja mereka mahu untuk lepaskan bintang Nigeria itu.

Skuad kendalian Mikel Arteta itu masih aktif dalam pasaran pemain selepas usaha mereka untuk mendapatkan Vlahovic sebagai penyerang utama kelab berakhir dengan kegagalan.

Arsenal sememangnya terdesak mahukan pemain penyerang kerana mereka selepas ini tidak mahu lagi bergantung harap kepada Pierre Emerick Aubameyang.

Untuk Newcastle pula, memandangkan mereka langsung tidak mempunyai masalah dari segi kewangan, maka mereka jelas sekali tidak teragak-agak untuk membida mana-mana sahaja pemain yang mereka mahukan.

The Magpies terdesak mahukan penandatanganan tambahan dalam usaha mereka untuk memperkuat skuad sedia ada, agar mampu untuk keluar dari zon penyingkiran.

Eddie Howe pada ketika ini sedang berada di Arab Saudi dengan beliau turut menegaskan yang pihak kelab sedang melakukan sehabis daya mereka untuk mendapatkan pemain baharu.

“Terlalu banyak kerja keras yang sedang dilakukan oleh mereka di England sekarang.”

Jelas Howe menurut The Shields Gazzette.

“Saya tak ada berita baru mahu beritahu semua orang pada ketika ini, tapi days akan terus beri perkembangan berkait jendela perpindahan ini.”

“Jelas sekali ia merupakan jendela perpindahan yang agak sukar dan kami harap pihak kelab akan berjaya mendapatkan lagi satu ke dua pemain untuk perbaiki skuad sedia ada.”

Ini merupakan pemain kedua yang Newcastle cuba sailang dari Arsenal sejak sebulan beberapa hari ini sahaja.

Mereka sebelum ini telah menghantar bidaan mega untuk mendapatkan Bruno Guimaraes dari Lyon sedangkan Arsenal sendiri sudah bersedia untuk melakukan rundingan.

Arsenal kini sedang berjuang habis-habisan untuk memastikan mereka berjaya mengakhiri saingan Premier League di kelompok empat teratas pada penghujung musim nanti.

Sementara Newcastle pula mereka bakal melakukan yang terbaik untuk memastikan mereka terkeluar dari zon penyingkiran dengan skuad kendalian Howe itu hanya dua mata sahaja mahu ke zon selamat.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Penyokong Spurs Bengang, Lepas Alasan Tak Cukup Pemain, Arsenal Bantai Loan Seorang Lagi Pemain Ke Itali