Neymar Ke Al Hilal Bukan Sebab Gaji

Neymar pemain bola sepak berbakat besar dan masih lagi diperingkat akhir prestasi puncak telah memilih untuk bermain di Liga Profesional Arab Saudi bersama kelab Al Hilal selepas ditawarkan gaji yang super lumayan.

Pemain antarabangsa Brazil itu telah mendedahkan sebab utama perpindahan yang agak mengejutkan walaupun sudah dijangka ramai dan semua ini terjadi bukanlah kerana wang.

Selepas berminggu-minggu spekulasi, disahkan pada petang Selasa bahawa Neymar telah meninggalkan bola sepak Eropah dengan meninggalkan Paris Saint Germain ke Al Hilal.

Dilaporkan bahawa perjanjian untuk membawa pemain berusia 31 tahun itu ke Arab Saudi menelan kos £86 juta.

Neymar dilaporkan bersedia untuk memperoleh gaji menggiurkan sebanyak £138 juta setiap musim sepanjang beliau bersama kelab Arab Saudi itu.

Semasa temu bual pertamanya sejak menyertai kelab itu, Neymar telah mendedahkan bahawa wang itu bukanlah motivasi utamanya untuk perpindahan.

Menurut talkSPORT, dia berkata:

“Saya telah mencapai banyak kejayaan di Eropah dan menikmati masa istimewa, tetapi saya sentiasa mahu menjadi pemain global dan menguji diri saya dengan cabaran dan peluang baharu di tempat baharu.”

“Saya mahu menulis sejarah sukan baharu, dan Liga Pro Saudi mempunyai tenaga yang luar biasa dan pemain berkualiti pada masa ini.”

“Saya telah mendengar banyak dan mengetahui bahawa saya mengikuti senarai panjang pemain Brazil yang telah bermain di Arab Saudi selama ini, jadi saya percaya ia adalah tempat yang diinginkan.”

Neymar terus memberi sebab kenapa Al Hilal menjadi destinasi kariernya:

“Al Hilal adalah kelab gergasi dengan peminat yang hebat, dan ia adalah yang terbaik di Asia. Ini memberi saya perasaan bahawa ia adalah keputusan yang tepat untuk saya pada masa yang sesuai dengan kelab yang sesuai.”

“Saya suka menang dan menjaringkan gol, dan saya merancang untuk terus melakukannya di Arab Saudi dan dengan Al Hilal.”

Neymar menjadi pemain terkenal terbaharu dari Eropah untuk beralih ke Timur Tengah dengan bayaran mega dan super lumayan.

Setakat musim panas ini, pemain seperti Karim Benzema, N’Golo Kante, Roberto Firmino, Fabinho, Jordan Henderson dan Sadio Mane semuanya telah menyertai Liga Profesional Saudi.

Sementara itu, kelab baharu Neymar telah menandatangani pemain seperti Ruben Neves, Kalidou Koulibaly dan Sergej Milinkovic Savic.

Marilah kita sama-sama mengira Gaji Neymar:

Setahun – £138 juta = RM813.74 juta
Sebulan – £11.5 juta = RM67.81 juta
Seminggu – £2.65 juta = RM15.63 juta
Sehari – £378,000 = RM2,228,947.59
Sejam – 15,750 = RM92,872.82
Seminit – £262.50 = RM1547.88
Sesaat – £4.37 = RM25.77

Seminggu lalu Neymar dikaitkan bakal kembali semula ke Barcelona selepas Neymar dan Paris Saint Germain dilaporkan telah memilih perpisahan sebagai titik persamaan yang merupakan jalan penyelesaian kepada hubungan mereka yang dilihat tidak lagi saling memerlukan.

Namun dengan situasi kewangan Barcelona kini tidak memungkinkan perkara itu terjadi dan hanya boleh berlaku jika Neymar dibeli kelab Arab Saudi dan dipinjamkan ke kelab Catalan itu namun adakah itu akan berlaku selepas jutaan wang dileburkan Pak Arab?

BACA:  Neymar Dedah Rancangan Persaraan dan Mahu Jadi Pemain Poker Profesional