Barcelona Risau Klausa Pelepasan Lionel Messi Diaktifkan Pasukan Lawan

Direktor Kewangan dan Strategi Barcelona, Pancho Schroder berkata beliau tidak akan terkejut jika ada pasukan luar sanggup mengaktifkan klausa pelepasan Lionel Messi yang ditetapkan pada nilai £625juta seperti yang terkandung dalam kontrak terkini beliau bersama Los Cules.

Pemain antarabangsa Argentina ini baru sahaja menandatangani kontrak baru bersama Barcelona pada November tahun lepas, tetapi selepas melihat Paris Saint-Germain membayar nilai rekod dunia untuk mendapatkan Neymar, Schroder sedar apa sahaja boleh berlaku dalam pasaran perpindahan pemain.

Pancho Schroder, individu yang bertanggungjawab mengendalikan urusan kontrak pemain di Barcelona

Kontrak lama Messi akan tamat pada Jun 2018 dan Barcelona bernasib baik dapat meyakinkan Messi untuk menandatangani kontrak baru sebelum Januari 2018, dimana pada masa itu beliau boleh melakukan perbincangan dengan kelab luar yang berminat untuk mendaptkan khidmatnya secara percuma hujung musim nanti.

Kontrak baru yang ditandatangani Messi November lalu akan tamat pada pada tahun 2021 dan €700juta telah ditetapkan sebagai klausa pelepasan pemain buat Messi, satu jumlah yang dirasakan cukup untuk ‘menakutkan’ pasukan luar yang berminat.

Messi yang baru menginjak usia 30 tahun meneruskan persembahan cemerlang beliau musim ini, dimana beliau telah menjaringkan 32 gol dalam semua pertandingan buat kelabnya disamping melepasi 600 gol sepanjang kariernya ketika perlawanan menentang Atletico Madrid hujung minggu lalu.

Barcelona mahu Messi bersara di Nou Camp, tetapi Messi mahu bersara di Argentina.

Shorder mengakui pasaran perpindahan pemain hari ini agak tidak masuk akal dan ia mungkin boleh menjejaskan peluang Barcelona untuk mengekalkan khidmat Lionel Messi sehingga pemain tersebut bersara dari bolasepak.

Ketika bercakap dalam majlis ‘Finance in Sport’ di London, Schroder memberitahu Skysports yang Barcelona mahu Messi bersara dengan kelab tersebut.

“Kami telah menetapkan satu klausa dalam kontraknya yang kami rasa cukup untuk membuatkan Lionel messi bersara di FC Barcelona.”

“Walaupun kami telah menetapkan nilai klausa pelepasan yang sangat tinggi, setahun yang lepas kami juga merasa tiada kelab di luar sana yang akan mengaktifkan nilai klausa pelepasan dalam kontrak Neymar. Apa yang terjad musim panas lalu membuatkan kami selalu berjaga-jaga. Saya tidak mempunyai bola kristal untuk meramal masa depan dan perkara ‘gila’ sering berlaku dalam dunia hari ini.”

Barcelona tidak sangka PSG sanggup memecahkan rekod perpindahan dunia untuk mendapatkan Neymar musim panas lalu

Tidak seperti liga lain di Eropah, kelab bolasepak yang bersaing dalam La Liga perlu meletakkan klausa pelepasan dalam kontrak pemain. Untuk pemain berstatus bintang, pihak kelab sering meletakkan nilai pelepasan yang tidak masuk akal dalam kontrak pemain bagi menghalang mereka dibeli pasukan lawan.

Messi sebelum ini pernah dipetik berkata beliau tidak akan menghabiskan kariernya bersama Barcelona kerana beliau mahu pulang bermain dengan Newell’s Old Boys di Argentina sebelum menggantung kasutnya.

BACA:  La Liga 2020/21: Barcelona 1-2 Granada