Nilai pasaran pemain bola sepak jatuh merundum ekoran dari penularan wabak Covid-19, hal ini meninggalkan impak yang begitu besar kepada industri bola sepak.
Menurut laporan dari AS, yang menggunakan hasil kajian dari KPMG, mereka menganggarkan nilai pemain diukur berdasarkan situasi yang berlaku dalam liga tersebut terhadap krisis yang sedang melanda.
KPMG mendapati nilai pasaran pemain dari saingan liga yang memutuskan untuk menamatkan musim mereka lebih awal akan mengalami penurunan nilai pasaran pemain.
Paris St-Germain and France striker Kylian #Mbappe will see his value drop to 35-40m euros after the coronavirus pandemic.#PSG #Football #StayHomeSaveLives pic.twitter.com/OLxV4mMVgH
— Pitchside TV (@pitchside_tv) April 19, 2020
hal ini kerana, pihak penaja mungkin akan sedikit hilang kepercayaan kepada liga mereka. Ekoran dari itu pastinya akan memberikan impak kepada nilai liga serta kesemua perkara termasuk harga pasaran pemain.
Menurut KPMG, liga yang gagal untuk menyelesaikan baki saingan musim ini, nilai pasaran pemain mereka akan turun sebanyak 26.5%.
Sementara liga yang memutuskan untuk tetap menghabiskan baki saingan musim ini, nilai pasaran mereka turut akan terjejas tetapi cuma sekadar 17.7% sahaja.
Penurunan pasaran pemain melebihi 15% bukanlah satu perkara yang positif dan ia membuktikan impak yang ditinggalkan ekoran dari penularan virus Covid-19 sangat besar.
Namun berita ini sebenarnya khabar gembira untuk peminat pasukan Los Blancos yang terdesak mahukan Real Madrid menandatangani bintang sensasi Paris Saint Germain, Kylian Mbappe.
A study from KPMG has identified how much Real Madrid will need to spend if they want to bring Mbappé to the Bernabéu.https://t.co/F0Dbp5DaGb
— AS English @ 🏡 (@English_AS) May 31, 2020
Saingan Ligue 1 memutuskan untuk membatalkan saingan liga mereka pada musim ini dengan memberikan kejuaraan kepada pasukan PSG.
Kerana gagal untuk menghabiskan baki musim ini, nilai pasaran pemain dari Ligue 1 juga mengalami penurunan yang mendadak dengan Mbappe sendiri mengalami susut nilai sebanyak €48 juta.
Mbappe sebelum ini dinilai berharga €225 juta dan seandainya mengikut teori itu, nilai pasaran Mbappe akan turun menjadikan tanda harga baru beliau bernilai €177 juta.
Namun PSG masih mampu untuk menaikkan kembali harga pemain kebangsaan Perancis itu dengan bergantung harap kepada penandatanganan kontrak perjanjiannya yang baru.
Mbappe masih belum menandatangani perjanjian baru bersama PSG, dan beliau sebelum ini meminta untuk memasukkan klausa perlepasan kedalam perjanjian barunya.
La société KPMG, spécialisée dans valorisation des clubs de football et des joueurs, estime aujourd'hui à 177 M€ la valeur marchande de Kylian Mbappé ! pic.twitter.com/WCi5Vu58Yo
— BeFoot (@_BeFoot) May 31, 2020
Selain Real Madrid, banyak pasukan lain yang sebenarnya turut berminat mahu menandatangani Mbappe dan mungkin ini adalah kesempatan yang baik untuk mereka mencuba nasib.
PSG sendiri sehingga kini masih mempunyai masalah untuk melanjutkan kontrak Mbappe dan beberapa tawaran mereka juga belum mampu untuk memuktamadkan perjanjian ini.
Paris Saint Germain telah mendedahkan bahawa mereka akan menjadikan kontrak baharu Mbappe sebagai keutamaan mereka disamping mahu memujuk Neymar untuk menandatangani perjanjian baru.
Nowy raport KPMG nie pozostawia złudzeń. Palmę najdroższego piłkarza świata – być może na wiele lat – przejął Kylian Mbappe. Pokazuje on też generalny spadek wartości cen piłkarzy!https://t.co/9yxglUdANp
— Format Sportowy (@FormatSportowy) June 1, 2020
Neymar sendiri turut belum menandatangani perjanjian baru bersama PSG dan beliau turut menyimpan niat untuk kembali semula ke bekas pasukannya, Barcelona.
Selepas kehilangan khidmat dari Edinson Cavani pada musim hadapan, PSG sudah menandatangani Icardi dengan perjanjian tetap.