Nilai Terkini Pemain Liverpool Berbanding Awal Musim 2019/20 Didedahkan

Share on facebook
Share on twitter

Nilai terkini pemain pasukan paling hebat di muka bumi, Liverpool power this is our year berbanding dengan nilai pada awal musim 2019/20 telah didedahkan dengan jayanya.

Dalam senarai yang dikeluarkan ada pemain yang mencatatkan peningkatan, ada yang mencatatkan susut nilai dan ada yang bangun pagi-pagi sebab nak buka pintu rezeki.

Bekas pemain pertahanan Liverpool, Jamie Carragher tidak putus-putus memuji kehebatan Jurgen Klopp kerana mempunyai rekod padu dalam meningkatkan prestasi pemain.

Carragher percaya kerja keras Klopp di padang latihan menyebabkan Liverpool tidak perlu membeli pemain bintang.

“Robertson datang dari Hull, Wijnaldum turun liga bersama Newcastle, Salah pernah berada di Chelsea, Mane telah berada di Premier League.”

“Liverpool tidak pergi ke kelab terbaik dunia dan membeli pemain terbaik.”

“Liverpool tidak membeli pemain superstar tetapi mencipta mereka.”

Benar juga apa yang dikatakan oleh Carragher jika melihat kepada nilai semasa pemain Liverpool yang kini sudah menjadi antara pemain terbaik dunia.

Peningkatan nilai beberapa pemain utama membuktikan itulah impak dengan apa yang dilakukan Klopp sejak awal musim.

Berikut merupakan nilai terkini pemain Liverpool berbanding nilai mereka pada awal musim berdasarakan data daripada Transfermarkt.co.uk

Alisson Becker

Nilai penjaga gol utama Liverpool ini meningkat sehingga £9 juta dalam musim dan kini merupakan penjaga gol terbaik dunia.

Alisson meraih anugerah tangan emas dalam perlbagai kejohanan tahun lalu samada bersama Brazil atau Liverpool.

Nilai awal musim 2019/20 : £72 juta
Nilai Sekarang : £81 juta

Adrian

Penjaga gol dari Sepanyol ini membuktikan beliau juga merupakan seoranga penjaga gol yang hebat dan mampu menggantikan ketiadaan Alisson Becker.

Sebaik menyertai Liverpool, Adrian menjadi penjaga gol utama ekoran kecederaan yang dialami oleh Alisson Becker pada awal musim.

Ketika menyertai Liverpool Adrian dinilai pada harga £4.5 juta dan Liverpool mendapatkan beliau secara percuma.

Nilai awal musim 2019/20 : £3.15 juta
Nilai Sekarang : £4.5 juta

Caoimhin Kelleher

Caoimhin Kelleher penjaga gol muda dan dikatakan bakal menjadi pengganti Alisson Becker di masa depan telah membuat tiga penampilan di Carabao Cup.

Namanya Kelleher namun sebutannya bukan ‘ke leher’ tapi ‘Keller’ telah menggandakan nilai pada pasaran perpidahan kini.

Nilai awal musim 2019/20 : £450,000
Nilai Sekarang : £900,000

Andy Lonergan

Penjaga gol pada usia veteran, Andy Lonergan tidak mempunyai sebarang peningkatan harga dan mujur tidak turun, kekal pada nilai £225,000.

Pada usia 36 tahun Andy Lonergan belum lagi beraksi dalam sebarang perlawanan kompetitif musim ini.

Nilai awal musim 2019/20 : £225,000
Nilai Sekarang: £225,000

Virgil van Dijk

Pemain pertahanan terbaik dunia ketika ini dan tersenarai dalam tiga teratas anugerah Ballon d’Or 2019 membuktikan kehebatan Virgil Van Dijk.

Pembelian memecahkan rekod sebagai pemain pertahanan termahal dunia sebelum dipintas oleh Harry Maguire. Potong dari segi harga bukan prestasi.

Dengan aksi yang terus cemerlang musim 2019/20 nilai van Dijk meningkat £9 juta dari £81 juta kepada £90 juta je.

Liverpool membayar £75 juta untuk mendapatkan van Dijk pada Januari 2018 dan kini bernilai £90 juta.

Nilai awal musim 2019/20 : £81 juta
Nilai Sekarang : £90 juta

Joel Matip

Joel Matip menunjukkan peningkatan harga sehingga £9 juta di mana pada awal musim Matip dinilai dengan harga £27 juta.

Matip menjaringkan gol ketika menentang Manchester City di Community Shield dan ketika menewaskan Arsenal 3-1.

Pemain pertahanan termahal dunia pun tak jaring sebiji pun gol lagi musim ini.

Nilai awal musim 2019/20 : £27 juta
Nilai Sekarang : £36 juta

Joe Gomez

Nilai Joe Gomez tiada sebarang peningkatan sejak awal musim dan kekal pada nilai £31.5 juta hingga ke hari ini.

Pemain berusia 22 tahun ini mempamerkan aksi konsisten di pertahanan tengah ketika ketiadaan Matip yang cedera.

Jika Gomez mampu mengekalkan tempatnya dikesebelasan utama maka harganya akan meningkat.

Nilai awal musim 2019/20 : £31.5 juta
Nilai Sekarang : £31.5 juta

Dejan Lovren

Pemain yang melabel diri sendiri sebagai pemain pertahanan terbaik dunia selepas membantu Croatia muncul naib juara Piala Dunia 2018.

Nilai Lovren seperti Gomez juga tidak mengalami sebarang perubahan harga dan kekal sama.

Nilai awal musim 2019/20 : £18 juta
Nilai Sekarang : £18 juta

Andrew Robertson

Pemain pertahanan kiri Scotland, Andrew Robertson mencatatkan peningkatan yang ketara sejak awal musim hampir mencecah £20 juta.

Robertson menikmati musim yang tenang dengan melakukan enam bantuan gol dalam 21 penampilan di Premier League.

Nilai awal musim 2019/20 : £54 juta
Nilai Sekarang : £72 juta

Trent Alexander-Arnold

Pemain pertahanan muda Liverpool yang terkenal dengan hantaran lintang yang tidak boleh di bawa berbincang kini bernilai hampir £100 juta.

Berusia 21 tahun dan kelahiran akademi Liverpool, Trent Alexander-Arnold dalam perjalanan menjadi right-back terbaik dunia.

Kalau jual ni terus untung bersih £100 juta.

Nilai awal musim 2019/20 : £72 juta
Nilai Sekarang : £99 juta

Nathaniel Clyne

Nathaniel Clyne menunjukkan penyusutan nilai berbanding awal musim kerana kecederaan ACL yang dialami pada perlawanan pra-musim.

Kontrak Clyne akan tamat pada penghujung musim ini dan belum ada khabar bahawa beliau akan ditawarkan kontrak lanjutan.

West Ham dilaporkan berminat untuk mendapat pemain ini.

Nilai awal musim 2019/20 : £10.8 juta
Nilai Sekarang : £9 juta

Fabinho

Fabinho membuat keputusan yang betul dengan menyertai Liverpool berbanding Manchester United dan menikmati kejayaan demi kejayaan.

Fabinho memulakan musim penuh bergaya dan memberikan yang terbaik sehinggalah mengalami kecederaan buku lali pada bulan November lalu.

Fabinho mencatakan kenaikan sehingga £18 juta dan sudah ada yang mula melabel beliau sebagai defensive midfielders terbaik di Eropah.

Nilai awal musim 2019/20 : £45 juta
Nilai Sekarang : £63 juta

Georginio Wijnaldum

Pemain tengah Liverpool yang dipanggil Gandum oleh sesetengah peminat Liverpool tidak mencatatkan sebarang kenaikan atau penurunan.

Ini bermakna nilai Wijnaldum kekal pada harga £45 juta hingga kini dan dilaporkan kerana usianya. Baru 29 tahun.

Nilai awal musim 2019/20 : £45 juta
Nilai Sekarang : £45 juta

Naby Keita

Naby Keita mencatatkan susut nilai yang sangat tinggi iaitu £16.2 juta walaupun bermain dengan pasukan yang paling hebat di muka bumi.

Sejak tiba di Liverpool pada 2018, Naby Keita masih gagal mempamerkan aksi sebenar ekoran sering ditimpa kecederaan.

Pada usia 24 tahun masih banyak masa untuk Keita mendapatkan kembali kehebatan sebenar beliau.

Nilai awal musim 2019/20 : £54 juta
Nilai Sekarang : £37.8 juta

Jordan Henderson

Pemain pra sejarah Liverpool dan ketua pasukan yang sering menimbulkan pertikaian kerana aksinyadi padang ada yang membenci dan ada yang sayang.

Henderson bersama Liverpool sejak 2011 dan menikmati hasil daripada kesengsaraan ketika zaman gelap sehinnga menjadi Liverpool yang gayat.

Kini berusia 29 tahun Henderson menikmati segalanya dan gelaran Premier League akan melengkapkan karier Henderson.

Nilai awal musim 2019/20 : £31.5 juta
Nilai Sekarang : £31.5 juta

Alex Oxlade-Chamberlain

Musuh utama Oxlade-Chamberlain bukanlah pasukan lawan tetapi kecederaan yang sering dialami sehingga membantutkan aksinya bersama Liverpool.

Oxlade-Chamberlain jarang mengecewakan apabila diberikan peluang oleh Jurgen Klopp untuk beraksi.

Nilai awal musim 2019/20 : £31.5 juta
Nilai Sekarang : £31.5 juta

James Milner

Pada usia 34 tahun, kecergasan yang ada James Milner tidak sepadan dengan usianya yang masih lagi mampu berlari ke segenap padang tanpa rasa melekit.

Sebagai pemain serba guna dan berpengalam Milner diberikan kontrak baharu dan akan kekal bersama Liverpool sehingga 2022.

Dengan usia 34 tahun maka tidak hairan nilai Milner semakin menyusut. Usia persaraan bagi sesetengah pemain.

Nilai awal musim 2019/20 : £13.5 juta
Nilai Sekarang : £10.8 juta

Adam Lallana

Kontrak Adam Lallana akan tamat pada musim panas ini dan setakat ini belum pasti Lallana akan ditawarkan kontrak baru untuk kekal atau tidak.

Lallana tiada masalah mendapatkan pasukan baru dengan perpindahan percuma kerana masih mampu bermain dengan baik.

Faktor usia membuatkan nilainya menyusut.

Nilai awal musim 2019/20 : £13.5 juta
Nilai Sekarang : £10.8 juta

Sadio Mane

Sadio Mane merupakan pemain Liverpool yang mencatatkan kenaikkan tertinggi sejak musim panas lalu dengan kenaikkan sehingga £27 juta.

Dengan memegang gelaran sebagai pemain terbaik Afrika 2019 maka tidak hairanlah anak pak Imam ini semakin meningkat nilainya.

Sebenarnya sama je dengan kenaikkan Arnold. Bakal presiden Senegal?

Nilai awal musim 2019/20 : £108 juta
Nilai Sekarang : £135 juta

Takumi Minamino

Awal musim lalu bersama RB Slazburg nilai Takumi Minamino hanya £4.5 juta sahaja dan beliau meyertai Liverpool dengan harga £7.25 juta.

Itulah nilai dalam klausa pelepasan Minamino dan nilai terkini pemain Jepun itu £11.25 juta. Tu baru main satu game.

Nilai awal musim 2019/20 : £4.5 juta
Nilai Sekarang : £11.25 juta

Mohamed Salah

Mohamed Salah dibeli oleh Liverpool dari AS Roma pada tahun 2017 dengan harga £30 juta dan ketika itu ramai mengutuk bahawa Salah tidak berbaloi dan mahal.

Kini walaupun tiada penambahan nilai Salah sejak awal musim tetapi nilainya sangat tinggi iaitu £135 juta je. Salah terbukti power dan tidak mengecewakan.

Sejak dibeli dari Roma harga Salah meningkat sehingga £100 juta. Berbaloi tak sekarang?

Nilai awal musim 2019/20 : £135 juta
Nilai Sekarang : £135 juta

Xherdan Shaqiri

Pemain berbadan sasa dan sado ini jarang mendapat tempat dalam pasukan dikatakan kerana tidak berapa sesuai dengan corak permainan Klopp dan malas bertahan.

Dengan hanya bermain 175 minit di Premier League musim ini maka tidak hairanlah nilainya susut namun masih tinggi dari harga ketika dibeli.

Klopp tidak rela membenarkan Shaqiri keluar pada Januari ini walaupun jarang diturunkan.

Nilai awal musim 2019/20 : £22.5 juta
Nilai Sekarang : £19.8 juta

Roberto Firmino

Jarang pemain daripada Brazil mampu bermain dan mempamerkan prestasi sebenar apabila beraksi di Premier League. Boleh kira dengan jari je.

Firmino yang terkenal dengan gol nakal beliau iaitu no look goal yang mampu mengalahkan kenakalan Ayda Jebat. Nakal nakal nakal.

Kini Firmino bernilai £81 juta dan menjadi nadi utama yang membentuk gandingan mantap bersama Mane dan Salah.

Nilai awal musim 2019/20 : £72 juta
Nilai Sekarang : £81 juta

Divock Origi

Lord Divock Origi mempunyai sumpahannya tersendiri. Pengurus pasukan yang Origi jaringkan gol akan dipecat dan hanya dua orang saja terselamat setakat ini.

Di Premier League, Origi hanya bermula dari kesebelasan utama hanya untuk 4 perlawanan sahaja musim.

Namun Lord sentiasa menjaringkan gol penting.

Nilai awal musim 2019/20 : £18 juta
Nilai Sekarang : £18 juta

Akhyar Rashid

Nilai musim 2019 : RM12 juta
Nilai sekarang : Di mana dia Akhyar Rashid kita?

BACA:  Pele Percaya Liverpool Bakal Muncul Juara Liga Perdana Inggeris Musim Ini
Share on facebook
Share on twitter