Nkuku Cedera, Tersisih 4 Bulan Dan Tamparan Hebat Kepada Chelsea

Penyerang Chelsea, Christopher Nkunku akan diketepikan sekurang-kurangnya selama 4 bulan selepas selesai menjalani pembedahan akibat kecederaan lutut kiri yang dialaminya.

Pemain berusia 25 tahun itu, yang berpindah dari RB Leipzig pada musim ini mendapat kecederaan itu ketika mengikat Borussia Dortmund dengan keputusan 1-1 di Chicago pada minggu lalu.

Nkunku akan akan mengambil masa selama 16 minggu sebelum dia benar-benar boleh kembali berlatih. Kenyataan ini telah diterbitkan dalam satu kenyataan rasmi kelab.

Padang yang digunakan dalam perlawanan itu telah mendapat kritikan kerana telah digunakan untuk konsert Ed Sheeran beberapa hari sebelum perlawanan Chelsea-Dortmund berlangsung.

Namun pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino menepis pendapat kualiti padang itu perlu dipersalahkan sehingga Nkunku mendapat kecederaan teruk selepas berlanggar dengan Matt Hummels.

“Saya rasa dia agak tidak bernasib baik dalam situasi itu, tetapi kami tidak boleh menrungut tentang padang dan menyalahkan padang kerana dia mendapat kecederaan. Bagi saya ia adalah nasib malang” kata Pochettino selepas perlawanan itu.

Kecederaan Nkunku menyebabkan Chelsea hanya mempunyai satu pemain penyerang senior dalam pasukannya iaitu Nicolas Jackson. Jackson telah dibeli dari Villarreal pada bulan Jun lepas.

Romelu Lukaku masih kekal sebagai pemain Chelsea tetapi dia tidak berada dalam perancangan kelab dan tidak terlibat dalam siri perlawanan persahabatan di Amerika Syarikat.

Sementara itu Armando Broja masih dalam proses pemulihan kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) yang dialami pada Disember 2022.

Siapa Nkunku dan mengapa ia sangat penting kepada Chelsea?

Chelsea telah menggunakan perlawanan terakhirnya, menentang Dortmund untuk memberi bayangan kesebelasan utama yang akan diturunkan dalam perlawanan Liga Perdananya nanti.

Pochettino sendiri berkata, perlawanan kelima dia akan menurunkan pemain yang dia mahu digunakannya nanti. Dalam perlawanan itu dia merancang untuk memberi 90 minit permainan kepada beberapa beberapa pemain. Bermakna ini menjadi pembayang besar skuad utama pengurus itu.

Pemilihan pemain yang dilakukan cukup seimbang dengan Thiago Silva dan Levy Colwill silih berganti keluar dari garisan pertahan untuk melakukan progessive passes (hantaran ke bahagian atas). Sementara itu Connor Gallagher dan Enzo Fernandez berlari tanpa mengenal penat bagi melindungi pertahanannya ketika pasukan hilang penguasaan.

Raheem Sterling kekal dibahagian sisi-kanan sambil disokong oleh Reece James dibelakangnya. Di bahagian kiri pula, Christopher Nkuku akan masuk kebahagian-tengah untuk menyokong Nicolas Jackson dan Ben Chilwell diberi lebih kebebasan berbanding James.

Perlawanan kelima adalah evolusi semulajadi dan kombinasi taktikal dari 4 perlawanan sebelumnya. Ketika menentang Brighton, Chilwell bertindak sebagai left winger (de facto) walaupun di atas kertas dia berada di posisi left back. Nkuku pula memegang peranan hybric ketika bertemu Fulham untuk bersama Jackson berada di garisan pertahanan lawan.

Sistem 4231 sesuai dengan majoriti pemain Chelsea. Dengan sistem ini Chelsea tidak perlu mengambil masa lama untuk membina serangan baharu yang lebih dinamik dan menarik tanpa mengorbankan sesuatu dibahagian pertahanannya.

Set kemahiran Nkuku yang versatil telah menjadi pencetus serangan di bahagian final third. Dia merupakan pemain yang dicari selama ini oleh Pochettino. Namun kecederaan yang dialaminya pada perlawanan terakhir telah mencetuskan rasa bimbang ketika Chelsea hanya mempunyai 10 hari sebelum turun menentang Liverpool.

Nkuku menginterpretasikan peranannya melalui kepintaran dengan memilih masa tepat bila mahu turun kebawah atau bergerak ke sisi untuk menerima bola. Dia cekap dalam menyerang kotak penalti dan bijak meletakkan dirinya dalam posisi terbaik untuk menjaringkan gol. Jaringannya ketika menentang Fulham adalah satu contoh kombinasi posisi, peranan dan kepintarannya.

Peranan ini membolehkan Nkuku lebih terlibat dengan permainan berbanding berada diposisi NO9. Dia boleh mengekploitasikan ruang terbuka hasil dari ancaman berterusan yang dilakukan oleh Jackson, dia mempunyai kebebasan untuk berlari ke bahagian belakang pertahanan lawan. Tanpa Nkuku serangan Chelsea akan menjadi lebih longgar.

Mykhailo Mudryk pula lebih gemar kekal di bahagian sisi-kiri dan ini meletakkan dirinya agak jauh dari Jackson dan Chukwuemeka. Malah kedudukan Mudryk merupakan kawasan Chilwell ingin masuk. Keadaan ini mengganggu kelancaran permainan Chelsea dan Jackson pula perlu mencipta sesuatu untuk dirinya sendiri. Apa yang positif mengenai Mudryk, dia mempunyai kepantasan.

Merujuk kepada apa yang berlaku dalam 5 perlawanan persahabatan, Nkuku akan menjadi pemain penting dalam serangan pasukan dan Pocchetino akan membina serangannya melalui pemain ini.

BACA:  Hazard Tidak Risau Dengan Statistik Buruk Beliau Musim Ini