Ole Gunnar Solskjaer Bengang Kena Fitnah Dengan Carragher

Ole Gunnar Solskjaer dilaporkan bengang dengan tuduhan Jamie Carragher yang menfitnah beliau mendapat layanan istimewa dari media, terutama dari bekas rakan sepasukannya.

Bekas pertahanan Liverpool itu sebelum ini mendakwa yang Solskjaer Sebenarnya terlalu dimanjakan oleh pihak media, kerana para pundit kebanyakkannya kawan beliau sendiri.

Bekas rakan sepasukan Solskjaer, Gary Neville, Rio Ferdinand, Paul Scholes dan Roy Keane semuanya mula masuk ke bidang media selepas bersara dari dunia bola sepak.

Bercakap kepada Podcast di bawah kelolaan BBC yang diberi nama Tony Bellew is angry, Jamie Carragher telah meluahkan apa yang beliau rasakan tentang rakan sekerjanya itu.

“Ia perlu ada kaitan dengan bola sepak… Dan mesti ada kaitan dengan Gary Neville. Dia selalu membuat alasan untuk bekas rakan sepasukannya, Ole, Bukan?”

“Aku ada satu kolum bersama suratkhabar, aku bersama Gary Neville beberapa hari sebelum itu dan kami sembang di Youtube mengenai musim ini juga bersama Roy Keane.”

“Mereka berdua hanya mengambil kesempatan itu untuk mencipta alasan untuk Ole Gunnar Solskjaer kerana mereka telah bermain bersama Ole dan Ole adalah rakan mereka.”

Jamie Carragher kemudian mendedahkan bahawa Gary Neville dan Roy Keane akan mencipta alasan untuk Ole Gunnar Solskjaer dengan menyalahkan itu ini termasuklah pemilik pasukan.

“Mereka akan kata ‘Mereka tidak boleh memenangi liga, mereka masih kurang itu, mereka kurang ini. Keluarga Glazer pula tidak melaburkan wang yang mencukupi. Mereka patut dapatkan Harry Kane’.”

“Aku duduk kat situ sambil berfikir ‘Kau baru je ikat pemain yang menang Champions League empat kali, kau dah belanjakan 75 juta untuk pemain sayap. Kau tamatkan musim lepas tempat kedua kot.”

“Kau tak pernah kalah perlawanan yang berlangsung ditempat lawan sepanjang musim,’ aku macam… Kau hanya satu langkah je lagi nak berjaya.”

Jamie Carragher merasakan jilat keterlaluan ini telah membuatkan beliau kecewa dan menegaskan berhentilah memberi alasan kerana hampir semua pemain berharga lebih 50 juta kot.

“Sejujurnya, ini membuat aku sangat kecewa. Aku pergi, ‘Itu dia. Aku membuat kolum surat khabar pasal ni”

“Sentiasa beralasan mesti dihentikan di Manchester United, aku bosan dengannya. Setiap pemain berharga melebihi 50 juta kot, sukar dipercayai.”

Dari apa yang terbuku dari mulut Jamie Carragher kedengaran seperti Carragher ini merupakan seorang penyokong tegar Manchester United namun hakikat semua tahu siapa Carragher.

Kelemahan terbesar ada pada skuad Manchester United kini mungkin hanya dibahagian Defensive Midfielder dengan kemasukan beberapa pemain baru dibahagian lain.

Mungkin harapan Jamie Carragher kepada Manchester United musim ini agak besar namun tewas kepada Young Boys, West Ham United, Aston Villa dan bergelut untuk mencuri mata dari pasukan seperti Everton

Namun rakannya di studio yang merupakan legenda Manchester United masih beralasan mempertahankan Ole tak cukup itu, tak cukup ini, nak Harry Kane, Glazer kedekut dan bla..bla..bla.

Musim ini sahaja Ole Gunnar Solskjaer telah berbelanja £126 untuk mendapatkan Jadon Sancho, Raphael Varane dan Cristiano Ronaldo.

Secara keseluruhannya sejak mengambil alih Manchester United untuk tempoh 2 tahun setengah, Ole telah berbelanja sebanyak £441 juta. Patut la Carragher pun baran dengan alasan tak masuk akal.

Jamie Carragher turut mendedahkan yang Ole Gunnar Solskjaer tidak gembira dengan apa yang beliau katakan.

Manchester United akan kembali beraksi bertemu Leicester City pada hujung minggu ini, dan mereka tentunya mahu mencatatkan kemenangan dalam usaha untuk terus mencabar kejuaraan liga.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Evra Beri Amaran Keras Kepada Para Pemain Man Utd Selepas Solskjaer Dipecat