Pemain Terbaik Pilihan Solskjaer Ketika Aksi Bertemu Tottenham Hotspur

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer memberikan pujian yang menggunung kepada pemain midfield, Scott McTominay ekoran dari kemenangan selesa 3-0 mereka menewaskan Tottenham Hotspur malam semalam.

Bercakap selepas tamat perlawanan, Solskjaer menganggap McTominay sebagai pemain terbaik dalam perlawanan tersebut, atas persembahan yang beliau persembahkan.

Pengurus United itu berpuas hati dan berbangga melihat aksi Scott McTominay dalam perlawanan ini, dan menganggap bintang Scotland itu jauh lebih hebat dari pemain lain.

Beliau kagum melihat McTom berjaya melakukan tackle sempurna, membantu jentera serangan, dan turut cemerlang dalam mengekalkan penguasaan bola.

“Pemain terbaik bagi saya, jauh berbeza dari Scott yang kita lihat beberapa kali sebelum ini. Dia menderita kecederaan, melakukan pembedahan musim ini, tapi hari ini, saya rasa, dia sungguh menakjubkan.”

“Dia memenangi tackle, membantu jentera serangan, mengawal bola dengan mudah, bertukar permainan, mengatur gerak permainan, sungguh menakjubkan.”

United akhirnya berjaya mencatatkan kemenangan pertama mereka dalam saingan Premier League, selepas mengharungi lima perlawanan.

Solskjaer berada di bawah tekanan yang teramat sangat untuk mencatatkan kemenangan bertemu Tottenham Hotspur malam semalam.

Pengurus United itu bahkan terpaksa menukar sistem beliau, dan menggunakan back three gandingan Harry Maguire, Raphael Varane dan Victor Lindelof.

Fred, Scott McTominay dan Bruno Fernandes bermain di posisi midfield, dan sistem terbaru beliau ini sepertinya agak berkesan.

Sistem tersebut jelas membuahkan hasil dengan United berjaya mencatatkan kemenangan 3-0 hasil jaringan dari Cristiano Ronaldo, Edinson Cavani dan Marcus Rashford.

Scott McTominay sebelum ini sering dikecam oleh pelbagai pihak atas aksi hambar yang sering beliau pamerkan ketika bermain bersama Fred.

Walau bagaimanapun, mungkin atas nasihat dari Solskjaer, beliau berjaya mendapatkan rentak persembahan terbaiknya semula, dan bermain dengan sangat baik dalam perlawanan ini

Walaupun berjaya mencatatkan kemenangan selesa 3-0 menewaskan Tottenham Hotspur yang sedang bergelut dengan masalah prestasi, Ole Gunnar Solskjaer sebenarnya masih lagi berada di bawah tekanan untuk membuktikan beliau layak mengurus Manchester United.

Ekoran dari kemenangan itu, Solskjaer menyatakan yang minggu ini merupakan minggu yang sukar untuk beliau dan anak-anak buahnya.

Mereka memerlukan persembahan yang konsisten dan berharap anak-anak buahnya mampu untuk melakukan hal itu.

Dalam tempoh beberapa hari selepas kekalahan bertemu Liverpool, Solskjaer mampu menyusun taktikal baru dan ia berkesan, seterusnya membantu United untuk mengutip tiga mata penuh.

Tugas berat menanti beliau selepas ini untuk bertemu Atalanta dalam saingan Champions League dan Manchester City dalam saingan Premier League.

“Ia merupakan minggu yang sukar untuk para pemain, penyokong, kelab, diri saya sendiri. Saya menjauhkan diri dari bunyi bising, tapi kamu semua tahu apa yang berlaku di luar sana. Kamu perlu meletakkan persembahan yang konsisten.”

“Ia satu perasaan yang sangat teruk untuk kalah dalam perlawanan, tapi kita perlu buktikan pada minggu ini, keseluruhan minggu ini, kekalkan persembahan ini.”

“Dan mungkin ini kali terakhir kita perlu keluarkan tenaga yang banyak dalam satu minggu, mental yang kuat dan kita perlu tukar taktikal, jadi agak bagus ada empat hari untuk buat persiapan.”

Manchester United pada ketika ini berada di kedudukan kelima dalam carta saingan Premier League, dengan mereka berjaya mengutip 17 mata dari 10 perlawanan awal musim ini.

Seandainya Ole Gunnar Solskjaer mampu membimbing anak-anak buahnya untuk konsisten mencatatkan kemenangan, tidak mustahil untuk melihat mereka kembali berada dalam persaingan untuk merebut kejuaraan liga.

Solskjaer sebelum ini sudah diberikan peluang untuk buktikan sesuatu dari tiga perlawanan United, dan beliau berjaya melakukannya pada perlawanan pertama.

Bagaimana nasib beliau selepas ini? Nantikan saja aksi Manchester United bertemu Atalanta dan Manchester City untuk tahu apa akan berlaku pada Ole Gunnar Solskjaer.

Sumber: Sportskeeda

BACA:  Bintang Juventus Pujuk Pogba Kembali Ke Turin