Ole Pertahankan dan Respect Tindakan Pogba Dan Amad Kibarkan Bendera Palestin

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer yang sentiasa positif telah mempertahankan dan menghormati tindakan Paul Pogba dan Amad Diallo mengibarkan bendera Palestin tanda solidariti.

Paul Pogba telah diberikan bendera Palestin oleh penyokong Manchester United ketika berkeliaran di padang sebelum masuk ke bilik persalinan.

Melihat Paul Pogba memegang bendera Palestin itu, Amad Diallo turut sama menyertai Paul Pogba bagi menyatakan sokongan dan bersolidariti bersama Palestin.

Sebelum itu Hamza Choudhury dan Wesley Fofana telah melakukan aksi yang sama mengibarkan bendera Palestin dan FA tidak mengambil apa-apa tindakan kepada kedua-dua pemain Leicester City itu.

Ole Gunnar Solskjaer ketika ditanya mengenai tindakan Paul Pogba dan Amad Diallo telah berkata:

“Kami mempunyai pemain daripada pelbagai latar belakang, berbeza budaya, berbeza negara dan aku rasa kita kena hormati pandangan mereka jika berbeza dari orang lain.”

“Jika pemain aku memikirkan perkara lain selain bola sepak dan perkara itu benda positif, aku ok je.”

“Aku rasa kita dah tengok benda ni pemain lain dah buat, Marcus Rashford contohnya telah membawa perbezaan. Kami hormati hak mereka untuk mempunyai pandangan yang berbeza.”

Ole Gunnar Solskjaer nyata tidak kisah dengan apa pemain beliau lakukan selagi benda yang dilakukan itu positif seperti Marcus Rashford dengan kerja kebajikannya.

Perbezaan budaya, negara dan latar belakang menyebabkan pemain mempunyai pandangan yang berbeza dan jika pandangan yang berbeza membawa kepada kebaikan Ole menghormatinya.

Ketika sesi memberikan selamat tinggal kepada penyokong sempena perlawanan terakhir di Old Trafford, seorang penyokong meminta Pogba mengibarkan bendera Palestin.

Pogba dengan senang hati menerima pelawaan itu dan berlari anak ke arah tempat duduk penyokong lalu mendapatkan bendera tersebut.

Dua orang penyokong tersebut memberikan Assalamualaikum kepada Pogba dan mereka sangat gembira apabila megastar itu dengan rendah hati mengambil bendera Palestin tersebut.

Pogba kemudian diiringi Amad Diallo sama sama memegang bendera Palestin tanda solidariti dan sokongan kepada rakyat Palestin yang sedang dalam bahaya di negara mereka ketika ini.

Tindakan Pogba dan Amad itu membuatkan ramai netizen terharu dengan sokongan mereka. Dua pemain yang bermain dalam kelab besar menyatakan sokongan mereka dalam satu acara yang menjadi tumpuan jutaan peminat bola sepak di seluruh dunia.

Pogba merupakan pemenang Piala Dunia bersama Perancis sebelum ini sudah menyatakan solidaritinya menerusi akaun media sosial beliau. Begitu juga dengan Amad Diallo.

Sebelum ini dalam aksi final Piala FA, Hamza Choudhury dan Fofana turut mengibarkan bendera Palestin sebagai tanda solidariti mereka.

Apa Kata FA?

Pengendali liga, dilihat mengambil pendekatan tidak kisah dan membenarkan tindakan Hamza Choudry, Wesley Fofana, Paul Pogba dan Amad Diallo tersebut dan bagi mereka, tidak salah bagi mana-mana pemain atau pihak untuk mengibarkan bendera mana-mana negara.

Akan tetapi, tindakan tersebut mengundang kecaman ke atas mereka kerana mereka dilihat menggalakkan sentimen anti-Semitisme di negara baginda ratu tersebut.

Secara asasnya, undang-undang umum menyatakan bahawa tiada halangan bagi pemain untuk mengibarkan bendera negara seperti mana yang dilakukan Pogba dan Fofana tersebut.

Akan tetapi, selepas tersebar satu video di mana petugas stadium di Tottenham mengarahkan supaya para penyokong menurunkan bendera Israel, mengundang rasa tidak puas hati bagi sesetengah pihak terutamanya bagi mereka yang menyokong negeri pimpinan Benjamin Netanyahu tersebut.

Para pemimpin suku Yahudi di sana menyatakan bahawa mengibarkan bendera negara bukanlah satu tindakan bermotifkan politik, tetapi dengan pergolakan di rantau tersebut ketika ini, kibaran bendera Palestin tersebut seolah-olah menunjukkan sokongan kepada pihak politik tertentu.

Sebelum ini FA England pernah berdepan kecaman kerana mewajibkan pemakaian bunga poppie di jersi, makanala pengurus Manchester City pula pernah diberi amaran kerana memakai lencana yang menunjukkan sokongan kepada kemerdekaan Catalonia.

Tetapi dalam kes bendera Palestin ini, tiba-tiba semua orang diam sahaja. Itu yang buat suku yahudi dan penyokong Israel berada sakit hati. Malah ketika perlawanan di Wembley dan White Hart Lane tempoh hari, didapati terdapat sebahagian penyokong mencemuh dan mengeboo para pemain ketika mereka melutut sempena kempen Black Lives Matter.

“Hujung minggu lepas telah dipaparkan sentimen anti-semitisme di jalan-jalan di London. Serangan tanpa provokasi ke atas Yahudi semakin banyak,” tulis seorang penyokong dari suku Yahudi kepada ketua eksekutif FA, Mark Bullingham.

“Seperti yang dinyatakan di atas, FA telah mengambil langkah yang proaktif dalam menyokong kempen Black Lives Matter. Engkorang ada satu tugas moral untuk melakukan perkara yang sama terhadap komuniti Yahudi.

“Engkorang perlu mengatakan dengan jelas kepada para pemain bahawa mengibarkan bendera Palestin menyemarakkan lagi sentimen anti-Semitisme,” tulis jejaka Yahudi tersebut lagi.

Tidak seperti FA di sebuah negara Asia Tenggara yang mempunyai gambar harimau di logonya yang tidak menjawab sebarang email daripada penyokong, FA England dengan cepat dan tangkas memberi jawapan,

“Kami dengan ini mengesahkan bahawa perkara ini tidak melanggar mana-mana peraturan FA untuk mengibarkan bendera negara yang diiktiraf antarabangsa, sama ada di atas padang atau di kalangan penyokong di stadium, kerana ia bukanlah satu tindakan yang membawa maksud diskriminasi, berniat politik atau membawa mesej atau simbol agama.”

Sementara itu, pihak Kick It Out – badan anti perkauman, enggan memberi sebarang komen kerana isu ini adalah isu yang kompleks, atau sukar untuk dijelaskan.

Guardiola memakai lencana kemerdekaan Catalonia. Gambar : Goal

Bagi pihak Liga Perdana pula, mereka menyerahkan kepada kelab untuk berbincang sendiri dengan para pemain. Tetapi ada kemungkinan besar bahawa meraka akan berdepan tindakan balas daripada sesetengah penyokong dalam kempen anti perkauman mereka yang lain, dek tindakan berdiam diri mereka ini.

Dalam banyak-banyak kelab, ada satu kelab sahaja yang telah membuat kenyataan berkenaan isu ini – Tottenham Hotspur.

“Sebuah perlawanan bola sepak bukanlah satu arena yang sesuai untuk mempamerkan bendera berkaitan politk atau agama atau apa sahaja yang boleh dikatakan sebagai menghasut – ini termasuklah mengibarkan bendera negara ketika berlakunya konflik politik,kempen atau isu.”

Lain macam bukan kenyataan dari Tottenham Hotspur ini bukan, kemudian Chelsea pula hadir dengan menyatakan pendirian mereka mempertahankan komuniti Yahudi.

Kenyataan yang sangat berani Chelsea ini hanya dikeluarkan melalui laman Twtitter rasmi mereka dengan poster yang berbunyi ‘Say no to Antisemitism’ jika dibaca dengan kuat.

Chelsea FC berdiri bersama komuniti Yahudi Inggeris, dan komuniti Yahudi di seluruh dunia, dalam menghadapi peningkatan antisemitisme.

Kebencian dan intimidasi ini terhadap masyarakat Yahudi tidak dapat diterima dan mesti dihentikan.

————

Chelsea FC stands with the UK’s Jewish community, and Jewish communities across the world, in the face of rising antisemitism.

This hatred and intimidation towards the Jewish community is unacceptable and must stop.

Eran Zahari Tidak Putus Melakukan Provokasi

Pemain penyerang PSV, Eran Zahavi sekali lagi menjadi bodoh bukan kepalang dan kali ini gambar Paul Pogba dan Amad Diallo menjadi mangsa provokasi murahan melalui suntingan dengan cara yang sangat tidak professional.

Eran Zahavi, pemain berbangsa Israel, telah menukar gambar bendera Palestin yang dipegang Paul Pogba dan Amad Diallo selepas tamat perlawanan Manchester United menentang Fulham kepada bendera Israel.

Paul Pogba telah diberikan bendera Palestin oleh penyokong Manchester United ketika berkeliaran di padang sebelum masuk ke bilik persalinan.

Melihat Paul Pogba memegang bendera Palestin itu, Amad Diallo turut sama menyertai Paul Pogba bagi menyatakan sokongan dan bersolidariti bersama Palestin.

Sebelum ini,Hamza Choudry dan Wesley Fofana membuat perkara yang sama ketika sambutan kemenangan Leicester dalam perlawanan akhir Piala FA tempoh hari.

Tindakan Paul Pogba dan Amad Diallo mengibarkan bendera Palestin selepas tamat perlawanan Manchester United menentang Fulham yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 mendapat pujian ramai.

Dan mungkin kerana inilah Eran Zahavi menyunting gambar Pogba dan Amad Diallo kerana beliau mahukan perhatian dan mahu tindakan negaranya yang zalim disokong oleh orang ramai.

Itu merupakan satu perkara yang mustahil untuk dilakukan oleh manusia yang waras akal fikiran.

Eran Zahavi diikat oleh PSV pada musim panas yang lalu selepas beraksi cemerlang selama beraksi cemerlang hampir lima musim bersama kelab China, Guangzhou R&F.

Imej suntingan yang dilakukan oleh Eran Zahari ini kemudiannya telah di muat naik Insta Story miliknya yang mungkin bertujuan untuk mencetuskan provokasi.

Selain gambar, Eran Zahavi turut memuatkan kapsyen yang berbunyi:

“Terima kasih gais, kami hargai sokongan anda dari seluruh dunia (Bendera Israel)”

“Thanks guys we appreciate your support all over the world (Israel Flag).”

Eran Zahavi pernah menjadi tular ketika bermain bersama Guangzhou R&F kerana telah menjaringkan gol kememangan melalui teknik rabona dipenghujung perlawanan.

Ketika permainan dilihat bakal berakhir dengan keputusan seri, Eran Zahavi muncul wira dengan jaringan Rabona dari jarak dekat ketika dikepung pemain Tianjin Tianhai yang nyata terpegun dengan jaringan tersebut.

Kini Eran Zahavi kembali tular namun bukan dengan aksi dipadan tetapi kerana provokasi tidak berakal yang dilakukkannya.

Sebelum ini Zahavi telah menukar gambar bendera Palestin yang dipegang Hamza Choudry dan Wesley Fofana ketika sambutan kemenangan Leicester dalam perlawanan akhir Piala FA tempoh hari, kepada bendera Israel.

Hamza Choudry dan Wesley Fofana telah mencuri tumpuan dunia disebalik kemenangan penuh bersejarah Leicester City yang merangkul trofi Piala FA buat pertama kali selepas menewaskan Chelsea 1-0.

Tindakan Hamza Choudry dan Wesley Fofana mengibarkan bendera Palestin sebelum acara penyampaian pingat sebagai tanda sokongan telah mendapat pujian dan bualan ramai.

Tahap suntingan macam tu sepatutnya terhenti di group WhatsApp je lah kan, tapi penyerang PSV ini telah memuat naik gambar tersebut ke Instagram Story dan memuatkan kapsyen “Thanks for your support” atau dalam bahasa Melayunya berbunyi:

“Terima kasih di atas sokongan semua.”

Tidak dapat dikenalpasti kenapa pemain ini membuang hantaran tersebut sama ada dia takut diserang tentera siber Malaysia atau takutkan tindakan daripada kelabnya.

Setakat ini Eran Zahavi telah menjaringkan 25 gol dalam 66 perlawanan buat pasukan kebangsaannya.

Dia memulakan kariernya bersama kelab Israel, Hapoel Tel Aviv, sebelum berpindah ke Serie A dan Liga Super China dan kemudian ke PSV pada permulaan musim lepas.

Kalau nak ikutkan, Zahavi telah melalui minggu yang penuh trauma di mana rumah dia telah dirompak bersenjata di Amsterdam dan membahayakan isteri serta tiga anaknya.

Walaupun banyak barang dalam rumah dicuri, keluarganya selamat saja tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Dah kena macam tu pun ada hati nak bakar line orang ramai lagi, kan?

BACA:  Pogba: Kante Lebih Layak Menang Ballon d'Or Berbanding Messi Dan Ronaldo