Bekas pemain pertahanan Liverpool, Ozan Kabak yang sebelum ini beraksi bersama The Reds sebagai pemain berstatus pinjaman, kini sedang beraksi bersama Norwich City dalam saingan Premier League.
Beliau walau bagaimanapun telah mempamerkan aksi hambar dan menyebabkan dirinya dianggap sebagai pemain yang lembik dan tak cukup bagus untuk bersaing dalam saingan Premier League.
Beliau dikatakan telah melakukan beberapa kesilapan dungu yang tak sepatutnya dilakukan oleh seorang pemain pertahanan profesional ketika beraksi bertemu Chelsea semalam.
🗣 “Honestly, it’s so basic it’s incredible. Yet he's making these basic errors."
Dean Ashton was horrified by what he saw from Ozan Kabak #NCFC
— talkSPORT (@talkSPORT) October 24, 2021
Pasukan yang kini sedang bergelut di zon penyingkiran itu telah menandatangani Kabak dari Schalke, selepas pemain kebangsaan Turki itu mempamerkan aksi persembahan yang hebat bersama Liverpool musim lalu.
Kabak ketika itu ditandatangani oleh Liverpool kerana skuad kendalian Jurgen Klopp itu berdepan masalah ketiadaan pemain pertahanan.
Liverpool bergelut dengan kehilangan pemain utama di posisi pertahanan dan terpaksa melakukan penandatanganan kecemasan untuk meneruskan baki saingan musim lalu.
Kabak memainkan peranan cukup penting dalam membantu Liverpool untuk mengakhiri saingan liga di kedudukan empat teratas pada musim lalu.
🗣 “What does Kabak do? He goes in too tight, instead of dropping back. It’s so basic it’s incredible."
Ozan Kabak slammed as his dreadful defending allows Chelsea to score their second#CFC #NCFC #CHENOR
— talkSPORT (@talkSPORT) October 23, 2021
Walau bagaimanapun, Jurgen Klopp telah menolak tawaran dari Schalke untuk melepaskan Kabak dengan yuran perpindahan bernilai £18 juta, dengan beliau kemudiannya memilih untuk membeli Ibrahima Konate dari Leipzig dengan nilai £36 juta.
Pemain berusia 21 tahun itu kemudiannya sekali lagi dihantar sebagai pemain pinjaman ke England dan kali ini beliau dipinjamkan ke Norwich City.
Beliau bergelut dengan masalah prestasi bersama kelab yang juga sedang berdepan dengan masalah yang sama.
Malam semalam, beliau bersama rakan sepasukannya dibelasah teruk oleh Chelsea dengan anak-anak buah Thomas Tuchel mencatatkan kemenangan 7-0 menewaskan Norwich.
Ozan Kabak for Norwich so far this season:
Games: 5
Wins: 0
Draws: 2
Defeats: 3
Goals conceded: 12
Yellow cards: 2The CB was offered to Liverpool for £8m this summer — right choice not to bring him back? 😬🤨 pic.twitter.com/bBtgV3leTU
— Anfield Edition (@AnfieldEdition) October 23, 2021
Pengulas talkSPORT, Dean Ashton terkejut melihat persembahan buruk anak-anak buah Daniel Farke, yang ketinggalan 3-0 pada aksi babak pertama.
Beliau menegaskan yang barisan pertahanan Norwich telah mempamerkan aksi persembahan yang sangat teruk dan hambar sepanjang perlawanan tersebut.
Bercakap secara langsung dari Stamford Bridge, bekas pemain Norwich itu menyatakan bahawa:
“Ia benar-benar sudah menjadi kebiasaan untuk Norwich sepanjang musim ini.”
“Kesempatan yang sedikit, memang sukar untuk menjaringkan gol ketika beraksi di luar, dan Chelsea hanya memerlukan Mateo Kovacic yang tidak di asak ketika dia dapat bola untuk jaringkan gol pembukaan.”
Ozan Kabak Praise Jürgen Klopp and Virgil van Dijk: https://t.co/6VlItpzSnR
— LFC News (@LFCNewsApp) October 24, 2021
“Kita bercakap tentang perkara paling asas dalam bertahan.”
Chelsea mendahului perlawanan menerusi Mason Mount pada awal minit ke-8, dan pendahulu saingan Premier League itu menggandakan kedudukan tidak lama selepas itu, berpunca dari kesilapan Kabak.
Kabak gagal untuk memberikan kawalan yang lebih rapi, hingga membenarkan Callum Hudson Odoi untuk menggandakan kedudukan.
Ashton bengang dengan cara Kabak mengawal pemain lawan dengan menyatakan:
“Jika tiada tekanan di sana, sebagai centre-back, kamu perlu turun, tapi apa Kabak lakukan?”
“Dia masuk dalam perangkap kerana dia baru berusia 21 tahun dan masih naif untuk bermain di posisi itu, dia mudah ditewaskan oleh Hudson Odoi.”
Former Liverpool defender Ozan Kabak ‘not good enough for the Premier League’ after horror mistake that was ‘so basic it’s incredible’ during Norwich’s 7-0 humbling at Chelsea https://t.co/EsiLssxSrk pic.twitter.com/KoUIv02zia
— SPORTS CIRCUS INT. (@SPORTSCIRCUSINT) October 23, 2021
“Sejujurnya, kesilapan mereka semua kesilapan asas. Mereka semua melakukan kesilapan asas sahaja.”
“Adakah Kabak sudah bersedia untuk menjadi pemain centre-back dalam saingan Premier League di usia dia 21 tahun? Adakah dia bersedia?”
“Saya tahu dia bermain bersama Liverpool musim lalu, tapi itu juga tidak begitu bagus.”
Kabak sebelum ini sememangnya mempunyai masalah dan reputasi buruk di posisi pertahanan, dengan beliau merupakan salah seorang pemain yang beraksi ketika Schalke berdepan dengan 30 perlawanan tanpa kemenangan sebelum ini.
Former Liverpool defender Ozan Kabak ‘not good enough for the Premier League’ after horror mistake that was ‘so basic it’s incredible’ during Norwich’s 7-0 humbling at Chelsea https://t.co/5TxEPTWEar
— Sports Informer (@Sportsinformer3) October 23, 2021
Bekas pemain pertahanan Galatasaray dan Stuttgart itu memulakan kariernya dengan sangat cemerlang, bahkan ketika awal kemunculannya, beliau telah dikaitkan dengan pelbagai kelab gergasi Eropah.
Ashton merasakan pengurus Norwich, Farke seharusnya meletakkan kesalahan pada pemain pertahanan beliau atas kesilapan sedungu itu.
“Ia isu yang melibatkan kejurulatihan, sudah tentu kamu perlu latih pemain pertahanan untuk ajar dia apa dia perlu lakukan dalam situasi seperti itu.”
🔥 Chelsea 7-0 Norwich City
⚽️ 08' Mason Mount
⚽️ 18' Callum Hudson-Odoi
⚽️ 42' Reece James
⚽️ 57' Ben Chilwell
⚽️ 62' Maxi Aarons
⚽️ 85' Mason Mount-Pen.
⚽️ 90' Mason Mount🇹🇷 Milli futbolcumuz Ozan Kabak, 90 dakika sahada kaldı. pic.twitter.com/o2chhoaYVt
— Fanatik (@fanatikcomtr) October 23, 2021
“Namun, pada masa yang sama, sebagai pemain, kamu sendiri patut tahu hal itu. Itu asas dalam bertahan, hal kecil macam itu kamu perlu tahu. Itu benda pertama kamu belajar sebagai pertahanan.”
Sumber: talkSPORT