Premier League 2021/22: Chelsea 7-0 Norwich City

Chelsea terus membuktikan ketajaman dan kehebatan mereka apabila membenam Norwich City tujuh gol tanpa balas selepas dilabel mempunyai bahagian pertahanan paling lemah dan juga tidak mampu menjaringkan gol tanpa Romelu Lukaku.

Kemanangan ini terus mengekalkan Chelsea terus gayat di puncak Premier League untuk tempoh seminggu lagi dengan kelebihan satu mata yang tidak mampu dikejar sesiapa.

Chelsea turun menentang pasukan tercorot Premier League, Norwich City tanpa kelibat Romelu Lukaku dan Timo Werner yang mengalami kecederaan ketika menentang Malmo di Champions League.

Tomas Tuchel meletakkan Kai Havertz sebagai false nine bersama-sama Mason Mount dan Callum Hudson Odoi untuk membentuk jentera serangan berangkai yang mudah alih.

Selepas 18 minit permainan berlangsung skuad bimbingan Thomas Tuchel ini sudah mendahului 2 gol di mana kedua-dua gol itu terhasil dalam tempoh 10 minit.

Mason Mount membuka tirai jaringan seawal minit kelapan sebelum Callum Hudson Odoi menggandakan kedudukan pada minit ke-18.

Gol ini tercipta hasil bantuan gol dari Jorginho dan Mateo Kovacic.

Sebelum tamat separuh masa pertama, Mason Mount telah merencanakan gol untuk disudahkan oleh Reece James.

Mendahului tiga gol nyata tidak cukup buat Chelsea apabila menambah 4 lagi gol untuk baki 45 minit terakhir.

Pada minit ke-57, Ben Chilwell menjaringkan gol keempat Chelsea dan Mateo Kovacic sekali lagi mencatat nama sebagai pemberi bantuan gol.

Ben Chilwell menjadi pemain Inggeris pertama menjaringkan gol dalam empat perlawanan berturut-turut sejak Frank Lampard melakukannya pada Februari 2013.

Lima minit kemudian Chelsea datang lagi dan terus menekan Nowrich City menyebabkan Max Aarons menjaringkan gol sendiri selepas rembatan Callum Hudson Odoi terbias untuk gol kelima buat Chelsea.

Tekanan terus merundung Norwich City apabila terpaksa bermain 10 orang selepas pemain pertahanan mereka, Ben Gibson dilayangkan kad kuning kedua.

Chelsea memperoleh sepakan penalti namun sepakan Mason Mount telah berjaya diselematkan Tim Krul, namun Video Assistant Referee (VAR) tajam memerhati.

Sepakan semula dibuat kerana VAR mendapati Tim Krul telah keluar dari garisan gol dan Mason Mount tiada masalah untuk menjaringkan gol melalui sepakan semula.

Pemain gantian Chelsea, Ruben Loftus-Cheek telah berjaya mematahkan perangkap offside Norwich City untuk menyuap bola kepada Mason Mount pada penghujung perlawanan.

Hatrik untuk Mason Mount dan gol ketujuh buat Chelsea.

Mason Mount muncul pemain ke-20 Chelsea menjaringkan hatrik di Premier League dan Arsenal merupakan pasukan terbanyak menjaringkan hatrik dengan 21 pemain berbeza.

Ini merupakan perlawanan ke-18 Chelsea menjaringkan 6 dol dan ke atas di Premier League, lebih kerap berbanding mana-mana pasukan dalam sejarah Premier League.

Paul Scholes bukan sahaja meragui barisan pertahanan Chelsea malah meragui kemampuan pemain Chelsea yang lain dalam menghasilkan gol jika Romelu Lukaku kemarau jaringan.

Tanpa Romelu Lukaku, Chelsea masih mampu menang 7-0 dan kini Chelsea sudah mempunyai 14 penjaring gol berbeza hanya selepas sembilan perlawanan Premier League musim ini.

Dalam semua kejohanan Chelsea telah mempunyai 16 penjaring gol berbeza. Chelsea menjadi pasukan paling pantas dan terbanyak dengan 14 penjaring gol berbeza di Premier League.

Chelsea: Edouard Mendy, Chalobah, Thiago Silva, anthony Rudiger, Reece James, Jorginho, Mateo Kovacic, Ben Chilwell, Callum Hudson-Odoi, Mason Mount, Kai Havertz.

Subs: Kepa Arrizabalaga, Alonso, Christensen, Ruben Loftus-Cheek, Saul, Barkley, Hakim Ziyech, Cesar Azpilicueta, Sarr.

Norwich City: Tim Krul, Kabak, Gibson, Hanley, Max Aarons, Lees-Melou, Normann, McLean, Giannoulis, Sargent, Pukki.

Subs: Rupp, Dowell, Rashica, Tzolis, Sorensen, Williams, Gunn, Idah, Omobamidele.

Referee: Andrew Madley (West Yorkshire).

BACA:  Pemilik Chelsea Bertemu Ejen Ronaldo Bincangkan Perpindahan Mengejut