Pandangan Carragher Tentang Situasi Harry Maguire Pada Ketika Ini

Jamie Carragher mendedahkan secara terperinci tentang peranan Harry Maguire ketika Atletico Madrid memperoleh gol kemenangan mereka dalam pertemuan antara kedua-dua pasukan awal pagi tadi.

Beliau juga turut mengakui yang ketua pasukan Manchester United itu pada ketika ini sedang melalui detik paling teruk sepanjang kariernya dalam dunia bola sepak.

Harry Maguire pada musim ini telah melalui musim yang sangat mendukacitakan dengan beliau gagal untuk mempamerkan aksi persembahan terbaiknya.

Beliau bahkan langsung tak mampu untuk dapatkan tahap persembahan seperti ketika beliau beraksi bersama skuad kebangsaan England dalam saingan Euro 2020 pada musim panas lalu.

Pemain centre-back berusia 29 tahun itu langsung tidak ada konsistensi sepanjang musim ini dengan beliau kerap melakukan kesilapan kecil yang mengundang impak besar kepada gawang golnya.

Boleh dikatakan dalam setiap perlawanan yang beliau beraksi musim ini, Maguire akan sekurang-kurangnya melakukan satu aksi dungu yang membuat kem United menangis.

Maguire sebenarnya dah kenyang kena maki dengan pelbagai pihak sejak beberapa bulan terakhir ini, dan selepas melihat aksi beliau bertemu Atletico Madrid awal pagi tadi, ramai yang menyimpulkan musim ini merupakan musim terburuk sepanjang kariernya.

Para peminat bahkan turut bersorak riang ketika beliau dikeluarkan pada aksi babak kedua dalam aksi leg kedua pusingan 16 terbaik saingan Champions League bertemu Atletico Madrid awal pagi tadi.

Melihat hal itu, legenda Liverpool, Jamie Carragher tampil memberi pandangan beliau tentang hal tersebut dengan menyatakan bahawa:

“Ketua pasukan Manchester United yang bernilai £80 juta telah dikeluarkan dari perlawanan.”

Jelas Carragher kepada CBS Sports.

“Dia sedang melalui titik terburuk sepanjang kariernya pada ketika ini. Kita semua ada detik macam itu, saya boleh bayangkan itu sekarang ketika saya masih bermain.”

“Ini adalah sesuatu yang Harry Maguire sedang lalui sekarang dan dia perlu keluar dari situasi itu secepat mungkin ataupun dia mungkin tidak akan ada bersama kelab lagi kerana standard di Manchester United sebenarnya sangat tinggi.”

Carragher kemudiannya menambah lagi dengan menyatakan:

“Sudah tentu dia mahu (keluar dari masalah prestasi) tapi kepala dia berfikir macam-macam, dia sedang dihentam kiri, kanan dan tengah. Dia akan dikritik lagi, saya fikir penyokong bersorak ketika dia keluar, dan bagi saya itu bukanlah satu hal yang baik untuk semua orang.”

“Saya senantiasa mengagumi Harry Maguire. Dia selalu dikritik sebab harga dia £80 juta. Virgil Van Dijk bernilai £70 juta dan dia pertahanan terhebat dunia.”

“Harry Maguire tak sampai situ tapi bukan dia yang letakkan harga. Dia lalui musim panas yang hebat bersama skuad England ketika Euro, tapi musim ini dia melalui kempen yang mendukacitakan dan dia sepertinya sudah mahu tamatkan musim ini segera dan lupakan tentang bola sepak dan pergi.”

“Dia melalui masa yang sukar. Dan setiap keputusan dia ambil, dia mungkin terlebih memikirkannya.”

Pada masa yang sama, Carragher turut menganalisis peranan Maguire ketika Renan Lodi menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan tersebut.

Jamie Carragher telah mempersoalkan tentang cara bagaimana Harry Maguire membuat keputusan dalam setiap gerakan yang beliau lakukan sebelum terhasilnya gol tersebut.

Persembahan Harry Maguire musim ini telah dipertikaikan oleh ramai pihak termasuk legenda Manchester United, Paul Scholes yang turut menghentam Ralf Rangnick kerana masih mempercayai bekas bintang Leicester City itu.

“Pengurus sudah memberikan sepenuh kepercayaan kepada dia untuk terus bermain walaupun persembahan dia seperti itu. Bagi saya, kebimbangan adalah apa yang dia katakan tentang Victor Lindelof?”

“Ketika dia bermain, Lindelof buat keje dengan bagus. Baik dan steady, tak banyak buat silap. Tapi nampaknya segala yang Harry buat semuanya berubah menjadi satu bencana.”

Rio Ferdinand yang mengulas di studio BT Sport bersama Paul Scholes turut memberi pandangan beliau tentang situasi Harry Maguire.

“Saya rasa Rangnick sedang bagi dia kesempatan untuk beraksi cemerlang.”

“Dia adalah ketua kepada kelab bola sepak ini. Ketua pasukan, kebiasaannya mereka akan bermain. Harry sendiri akan tahu dia sedang bergelut dengan masalah prestasi.”

“Ketika semuanya tidak memihak kepada kamu, kamu akan terus dihukum kerana melakukan kesilapan yang berulang-ulang.”

Adakah dakwaan mereka tentang Harry Maguire benar? Atau mereka sebenarnya tak pandai menilai mutu seorang pemain pertahanan berkualiti tinggi seperti Lord Maguire?

Bincangkan diruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Kerana Ugutan Bom, Maguire Terpaksa Tumpang Kawan Dan Pindahkan Keluarganya