Panel Penilai EPL Sahkan Ada 2 Kesalahan Haaland Ketika Gol Foden, Tak Kira Lagi Yang Ketiga

Manchester City bengang dengan tindakan VAR membatalkan gol Phil Foden. Yang menurut mereka adalah kesilapan yang memihak kepada Liverpool.

Pep Guardiola dengan nada sindiran menyatakan bahawa perkara seperti itu hanya berlaku di Anfield sambil menyebut ‘This is Anfield’.

Selepas Foden merembat masuk bola ke arah gawang City dan masuk sebaik sahaja terbias pada Gomez. City meraikan gol tersebut dengan terlompat lompat disaksikan 10 orang penyokong mereka di hadapan tv di Malaysia, yang lain tu penyokong angkat.

Namun mereka hampa apabila gol itu dibatalkan. Awalnya mereka menjangkakan bahawa Haaland dinilai kerana cabarannya ke atas Alisson.

Tetapi VAR melihat kembali cabaran Haaland ke atas Fabinho. Dengan Haaland menarik baju pemain itu.

Guardiola dan Bernardo Silva selepas tamat perlawanan menyalahkan pengadil yang berat sebelah punca mereka kalah.

Menurut Bernardo Silva: “Kalau pengadil nak tiup wisel untuk kesalahan kecil, dia patut melakukan dari awal. Tapi dia tak melakukannya. Dia berterusan suruh teruskan permainan. Tetapi bila kami jaringkan gol ianya tak dikira pula.”

Silva menganggap cabaran Haaland dengan merentap baju Fabinho sebagai terlalu lembut.

Bernardo Silva menasihati pengadil agar lebih konsisten.

Nada yang sama disuarakan oleh Pep Guardiola. Dia benar benar kecewa dengan keputusan pengadil.

Namun Premier League Match Center yang bertanggungjawab menilai data data daripada VAR atau Teknologi Garisan Gol kemudian mengesahkan bahawa Haaland sebenarnya melakukan 2 kesalahan dalam fasa binaan gol itu. Jika dia terlepas kekasaran ke atas Fabinho sekalipun, dia masih melakukan kesalahan kerana mencuri bola dari tangan Alisson ketika penjaga gol itu sudah meletakkan kedua dua belah tangannya pada bola.

Simon Brundish turut menjelaskan bahawa, jika seseorang penjaga gol sudah menangkap bola dengan kedua dua tangannya, maka pemain lawan tidak boleh menyepaknya lagi.

Chris Williams berkata: “Premier League Match Center mengesahkan kepada BBC bahawa 2 kesalahan dilakukan ketika proses gol Manchester City yang dibatalkan.”

“Jika Haaland tak dihukum kerana kesalahannya ke atas Fabinho, dia tetap bersalah menendang bola dari tangan Alisson.”

Namun Gary Neville merasakan bahwa Alisson tidak sepenuhnya memenangi bola itu. Dia je la yang cakap macam tu.

Peminat Liverpool kemudian menyatakan bahawa, ada satu lagi kesalahan yang harus diambil kira. Kerana sebelum gol itu, Liverpool seharusnya mendapat sepakan penjuru. Ianya selepas Mohamed Salah berdepan dengan Ederson dalam kedudukan 1 lawan 1.

Pengadil tidak memberikan sepakan penjuru kepada Liverpool. Mo Salah dianggap telah melakukan miss pada situasi itu. Tetapi ulang tayang menunjukkan Ederson melakukan save berkelas dunia dengan hujung jarinya.

Bermula daripada sepakan gol itulah City memperoleh gol pertama mereka.

Peminat Manchester City sendiri mengakui ianya save yang world class dari Ederson.

BACA:  Sebab Kenapa Chelsea Cukup Bertekad Untuk Dapatkan Jules Kounde