Panenka Pemain Indonesia Bertukar Menjadi Kelakar

Panenka lemah yang gagal total pelajar U-18 Indonesia mengundang padah dan bertukar menjadi kelakar beraras tinggi lagi tidak bersempadan menyaksikan Indonesia tewas lagi di kaki Malaysia.

Satu percubaan yang sangat berani dan kental lagi tabah daripada pelajar Indonesia bernama Muhammad Reza Alfariz yang mengambil sepakan penalti melalui sepakan panenka yang merupakan satu teknik yang susah dan berisiko tinggi.

Pasukan pelajar Malaysia bawah 18 tahun mencipta kebangkitan selepas ketinggalan satu gol kepada pasukan pelajar Indonesia bawah 18 tahun di laga 47th Asian Schools Football Championship(ASFC).

Indonesia menguasai perlawanan yang disaksikan 40,000 pendukung mereka yang gila babi lagi penuh dendam kesumat yang tidak habis mencaci dan melakukan provokasi kepada sekumpulan pelajar.

Namun Serangan tujuh hari tujuh malam Indonesia gagal merobek gawang malah Malaysia berjaya menyamakan kedudukan dan mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti walaupun bermain 10 orang.

Perlawanan antara sekumpulan pelajar sekolah dua negara ini menarik perhatian penduduk Balikpapan Indonesia. Keganasan mereka tidak dapat dibendung walaupun membabitkan pelajar sekolah apabila dengan gembiranya membaling botol sehingga beberapa kali permainan dihentikan.

Muhammad Reza Alfariz nyata memberi kesedihan total kepada penduduk Indonesia yang berterusan tewas di kaki Malaysia yang ke final bertemu Thailand dan Indonesia bertemu Korea Selatan untuk perebutan tempat ketiga.

“Penalti Panenka yang gagal total, yang membuat Indonesia “kalah lagi” dari Malaysia.”

“Kuclukkkkkk Sok-sokan pake gaya Panenka padahal lagi krusial.”

Sepakan Penalti yang digelar Panenka dicipta oleh Antonín Panenka di mana sepakan dibuat dengan chip yang lembut ke tengah gol dan menjunam masuk dengan begitu mengasyikkan serta mempesonakan.

Panenka menjadi ikonik dan cap dagang kepada empunya badan kerana jaringan inilah yang mengesahkan Czechoslovakia sebagai juara EURO 1976 ketika menewaskan Jerman Barat di penentuan sepakan penalti selepas terikat 2-2.

“Gilo jugok nate Panenka ni, masa training sokmo dio duk buat penalti lagu tu, tapi dok dam mikir kawe dio buat maso final. Baso gilo.” jelas penjaga gol Czechoslovakia.

—-

“Gila juga Panenka ni, semasa latihan selalu beliau lakukan penalti sedemikian rupa, tak masuk masuk akal betul buat masa final. Gila.” jelas penjaga gol Czechoslovakia.

Sepakan ini kemudian ditiru dengan jayanya oleh Zinedine Zidane, Omar Abdulrahman, Andrea Pirlo, Robin van Persie, Shebby Singh, Nazrin Nawi, Svetoslav Dyakov, Antonio Cassano, Pato dan ramai lagi.

BACA:  Panenka Aguero Menjadi Petaka Dan Kejuaraan City Tertangguh