Para Pemain Liverpool Berlatih Menggunakan Teknologi Brain Sensors Sebagai Persiapan Bertemu Real Madrid

Para pemain Liverpool dilihat memakai brain sensors ketika menjalani sesi latihan menjelang aksi perlawanan akhir saingan Champions League bertemu Real Madrid.

Liverpool akan turun beraksi bertemu Real Madrid di pentas perlawanan akhir di Paris hujung minggu ini dan sepertinya skuad kendalian Jurgen Klopp itu telah melakukan persiapan yang sungguh dasyat.

Selepas berdepan kekecewaan yang teramat sangat pada hari terakhir dalam saingan Premier League musim ini, Liverpool jelas sekali bertekad mahu membawa pulang kejuaraan Champions League musim ini.

Harapan Liverpool mahu memenangi gelaran quadruple terkubur selepas Man City mengesahkan kejuaraan Premier League mereka minggu lalu.

Skuad kendalian Pep Guardiola itu melakukan comeback yang cukup dramatik untuk menewaskan Aston Villa 3-2 seterusnya mengesahkan kejayaan mereka menjuarai saingan Premier League keempat dalam tempoh lima tahun terakhir ini.

Liverpool walau bagaimanapun tidak menunggu lama untuk kembali bangkit selepas kekecewaan itu kerana mereka masih ada aksi di pentas perlawanan akhir saingan Champions League.

Menjelang aksi perlawanan yang dinanti-nantikan itu, para pemain Liverpool dilihat melakukan persiapan yang sangat rapi ketika mereka menjalani sesi latihan.

Para pemain dilihat menggunakan teknologi yang sangat canggih ketika menjalani sesi latihan dan ia membuktikan mereka sangat bertekad mahu membawa pulang gelaran Eropah itu pada musim ini.

The Reds sekali lagi menggunakan khidmat neuroscientist dari Jerman, Dr Niklas Hausle dan rakan niaga beliau, Patrick Hantschke yang juga merupakan otak kepada syarikat, Neuro11.

Teknologi Neuro11 merupakan sesuatu yang dicipta khas untuk melatih otak dalam usaha untuk membantu pemain Liverpool sampai ke tahap optimum mereka dari segi kekuatan mental.

Menurut website rasmi mereka, neuro11 menggambarkan diri mereka sebagai latihan terbaik untuk kekuatan mental para athletes.

Difahamkan juga, pemain yang menggunakan teknologi tersebut kekuatan mental mereka akan berada di tahap terbaik untuk beraksi di tahap tertinggi.

Pemain full-back, Trent Alexander Arnold dan Kostas Tsimikas kedua-duanya dilihat turut menggunakan teknologi tersebut.

Electrodes dipasang pada mereka dalam usaha untuk mengumpul data yang membolehkan program latihan mereka disesuaikan untuk kesesuaian mereka secara individu.

Syarikat tersebut telah bekerjasama dengan Liverpool sejak Ogos lalu, dengan harapan mereka mampu memperbaiki kemampuan skuad dari situasi bola mati.

Sepertinya kesan dari teknologi itu sangat membuahkan hasil dengan Liverpool antara pasukan yang digeruni ketika melibatkan situasi set piece.

Menjelang aksi bertemu Real Madrid ini juga, bintang Liverpool, Takumi Minamino turut mendedahkan tentang hal berkait masa depannya di Anfield.

Minamino mengaku akan pertimbangkan soal masa depannya di Anfield

Takumi Minamino akan mempertimbangkan masa depan beliau bersama Liverpool selepas berakhirnya aksi perlawanan akhir saingan Champions League di Paris hujung minggu ini.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu akan turun beraksi bertemu Real Madrid, dengan mereka bertekad mahu memenangi gelaran Champions League ketujuh kelab musim ini.

Perlawanan itu juga berpotensi untuk menjadi aksi perlawanan terakhir Takumi Minamino bersama Liverpool kerana beliau berpotensi meninggalkan Anfield musim panas nanti.

Pemain kebangsaan Jepun itu ditandatangani oleh The Reds dari RB Salzburg pada jendela perpindahan Januari tahun 2020.

Beliau walau bagaimanapun kurang mendapat tempat dalam skuad utama dan lebih kerap digunakan ketika aksi dalam saingan Cup competition.

Sepanjang setahun setengah di Anfield, Takumi Minamino sepertinya tidak mendapat minit permainan yang mencukupi.

Selepas hanya membuat 19 penampilan sahaja dari 12 bulan pertama beliau di Anfield, Jurgen Klopp memutuskan untuk meminjamkan Takumi Minamino kepada Southampton pada Januari 2021.

Dalam perjanjian selama enam bulan sebagai pemain pinjaman itu, Takumi Minamino berjaya menjaringkan 2 gol dari 10 perlawanan bersama The Saints.

Walau sudah dipinjamkan ke luar, namun hal itu sepertinya tidak begitu membantu untuk pemain berusia 27 tahun itu sertai skuad utama musim ini.

Takumi Minamino pada musim ini hanya membuat 11 penampilan sahaja dalam saingan Premier League, dan beliau sepertinya sudah bertekad mahu meninggalkan Anfield penghujung musim ini.

“Saya ada perlawanan bersama Jepun juga (pada Jun) dan memang tak ada masa untuk berehat, tapi saya akan memikirkan tentang masa depan saya selepas perlawanan akhir Champions League.”

Jelas Minamino kepada Kyodo News.

“Pertama sekali saya perlu beri tumpuan kepada perlawanan.”

Klopp sebelum ini sangat terpukau dengan persembahan Minamino selepas beliau berjaya menjaringkan gol di Anfield dalam aksi kemenangan 4-3 Liverpool ke atas Salzburg ketika kariernya masih di Austria.

Tiga bulan sahaja selepas aksi hebat beliau bertemu Liverpool itu berlalu, Takumi Minamino kemudiannya segera di hubungi oleh Liverpool yant kemudiannya mengaktifkan klausa perlepasan beliau bernilai £7.25 juta itu.

Musim ini secara keseluruhannya beliau sudah berjaya menjaringkan 10 gol dari 24 penampilan dalam semua pertandingan dan tujuh gol darinya dijaringkan dalam saingan Cup competition.

Tidak keterlaluan untuk menganggap yang Liverpool berjaya memenangi dua piala pada musim ini berkat kehebatan dan persembahan mantap yang dipersembahkan oleh Minamino.

Beliau memainkan peranan penting dalam usaha Liverpool untuk layak ke aksi perlawanan akhir saingan Carabao Cup dan FA Cup.

Tanpa Minamino, Liverpool belum tentu akan mampu memenangi dua piala itu dan jelas sekali andai beliau pergi The Reds akan terasa kehilangannya.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Fernando Torres Sah Tinggalkan Atletico Madrid Hujung Musim Nanti