Paul Pogba Dimaki Penyokong Sendiri Selepas Tewas Mengejut Kepada Cardiff

Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba menjadi sasaran makian segelintir penyokong tuan rumah ketika pemain tersebut meninggalkan padang selepas Manchester United tumpas mengejut kepada Cardiff City di gelanggang sendiri.

Dalam aksi terakhir Liga Perdana Inggeris semalam, Manchester United meneruskan rentetan kekalahan dan prestasi buruk mereka apabila tumpas di hadapan penyokong sendiri kepada pasukan yang telah tersingkir dari Liga Perdana Inggeris.

Pogba menghampiri peminat yang mengejeknya untuk meminta maaf. Ucapan selamat tinggal?

Dua gol daripada pemain sayap Cardiff, Nathaniel Mendez-Laing sudah cukup untuk memberikan kemaluan kepada Manchester United dalam musim yang ingin dilupakan peminat secepat yang mungkin.

Pemain antarabangsa Perancis itu pergi ke arah penonton dan memberikan isyarat ‘bagus’ kepada penyokong yang mengejeknya. Ada penonton yang menjerit ‘fucking shit’ dan ada juga yang menjerit ‘show some respect’, tetapi Pogba menunjukkan tahap profesional yang tinggi dan tidak memberikan reaksi provokatif terhadap ejekan peminat.

Ejekan terhadap Pogba jelas kedengaran dalam beberapa video yang dimuat naik di laman sosial selepas tamat perlawanan tersebut.

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui beliau berasa malu selepas menerima tepukan daripada penyokong sendiri selepas wisel penamat semalam. Ini berikutan beberapa keputusan mengecewakan yang dicatatkan pasukannya kebelakangan ini sekaligus menafikan impian mereka untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

Pasukan yang diberi jolokan ‘Setan Merah’ itu dijangka akan berbelanja besar pada jendela perpindahan musim panas nanti selepas hanya mampu meraih 2 kemenangan dari 9 perlawanan terakhir liga yang mereka harungi.

Sebelum ini Solskjaer pernah meluahkan keyakinannya yang Pogba akan terus berada di Old Trafford musim hadapan. Walau bagaimanapun, masa depan Pogba dijangka menjadi tajuk perbualan dalam masa beberapa minggu akan datang berikutan minat yang ditunjukkan pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane terhadapnya.

Solskjaer yakin Pogba akan kekal di Old Trafford musim hadapan

Bekas kapten Red Devils, Roy Keane turut mengulas mengenai persembahan Paul Pogba sepanjang musim ini dalam satu rancangan di Sky Sports.

“Pogba adalah pemain yang matang, beliau pernah beraksi dalam banyak pertandingan yang besar. Dan beliau juga berjaya memenangi beberapa trofi yang penting. Akan tetapi saya rasa beliau tidak mampu memimpin pasukan ini dengan baik.”

Pogba bukanlah berseorangan dalam isu prestasi. Pemain seperti Alexis Sanchez dan David De Gea turut mempamerkan prestasi di bawah tahap sebenar musim ini walaupun menerima gaji yang cukup lumayan.

Dalam perkembangan terbaru, pemain tengah Ander Herrera mengumumkan musim ini adalah musim terakhirnya menyarung jersi Manchester United selepas mengambil keputusan untuk meninggalkan kelab tersebut.

Ander dan pihak kelab cuba mencari jalan penyelesaian dalam isu kontrak tetapi persetujuan yang dicari tidak dapat dijumpai dan pemain tersebut akhirnya memilih untuk meninggalkan Manchester United, dipercayai untuk menyertai Paris Saint-Germain.

BACA:  Heineken Memperoleh Durian Runtuh Selepas Pogba Mencari Gaduh Dengan Produk Mereka