Paul Pogba Mahu Kekal Tapi Dengan Satu Syarat

Paul Pogba berkemungkinan akan sanggup menandatangani perjanjian baru untuk kekal di Old Trafford, namun begitu beliau mahu meletakkan satu syarat untuk kelab penuhi.

Menurut laporan dari media UK, Pogba hanya akan bersetuju untuk kekal seandainya pihak kelab melantik Ralf Rangnick menjadi pengurus tetap pada akhir musim nanti.

Kontrak Pogba bersama kelab akan tamat pada musim panas ini nanti, dengan beliau bersama pimpinan kelab masih lagi sedang berunding berkait hal penawaran kontrak baru.

Walau sudah beberapa kali pihak kelab berusaha untuk memujuk pemain midfield itu agar menandatangani kontrak baru, namun sepertinya usaha mereka masih belum menemui kejayaan.

Ada laporan dari media UK dan Itali yang menyatakan bahawa Paul Pogba berkemungkinan akan meninggalkan kelab pada musim panas nanti untuk menyertai Juventus.

Beliau juga turut hangat dikaitkan dengan bakal menyertai Paris Saint Germain sebagai pemain bebas ejen pada jendela perpindahan musim panas akan datang.

Walau bagaimanapun, semua itu sepertinya mungkin tidak akan berlaku seandainya beliau bersetuju untuk menandatangani kontrak baru bersama setan merah.

Manchester United telah memecat Ole Gunnar Solskjaer pada November lalu sebelum melantik Ralf Rangnick sebagai pengurus interim kelab sehingga akhir musim ini.

Pengurus dari Jerman itu menerima tawaran untuk menjadi pengurus interim selama enam bulan, namun beliau meminta United untuk turut menawarkan jawatan sebagai penasihat kelab selama dua tahun bermula pada hujung musim ini.

Walau bagaimanapun, beliau sepertinya telah berjaya menambah baik skuad Man Utd pada ketika ini, dengan Ralf Rangnick berjaya menjalankan tugasnya dengan sangat cemerlang.

Setan merah pada ketika ini berada di kedudukan keempat dalam carta saingan Premier League pada ketika ini, selepas kejayaan menewaskan West Ham 1-0 minggu lalu.

Ia merupakan kali pertama untuk setan merah berada di kedudukan empat teratas sejak dari awal kelab dikendalikan oleh Ralf Rangnick.

Melihat kemampuan dan kecemerlangan United di bawah kendalian Ralf Rangnick, ia berkemungkinan akan membantu mempengaruhi keputusan pihak kelab untuk menawarkan kontrak sebagai pengurus tetap kenapa Rangnick.

Seandainya pihak kelab melakukan hal itu, ia secara tidak langsung dikatakan akan mampu untuk memujuk Paul Pogba agar kekal bersama kelab.

Paul Pogba menderita kecederaan hamstring sejak Oktober tahun lalu, dan beliau dijangka akan kembali diturunkan ketika aksi United bertemu Burnley pada 8 Februari nanti.

Manchester United boleh memutuskan untuk melantik Ralf Rangnick sebagai pengurus tetap sebelum berakhirnya musim baharu ini.

Menurut laporan dari pelbagai sumber, Manchester United pada ketika ini sedang dalam usaha mereka untuk mencari pengurus baharu kelab.

Mauricio Pochettino, Erik Ten Hag, Julen Lopetegui dan Luis Enrique merupakan antara nama besar yang dikaitkan dengan bakal dilantik oleh pimpinan kelab untuk menjadi pengurus setan merah yang baharu.

Bahkan pengurus Leicester City, Brendan Rodgers sendiri dilaporkan turut menjadi antara nama pengurus yang dikaitkan bakal menjadi pengurus Man Utd.

Pengurus baharu nanti sepertinya perlu menyesuaikan diri dengan budaya dan philosophy yang sedang diterapkan oleh Ralf Rangnick pada ketika ini.

Para pemain Manchester United dilihat sudah semakin rajin melakukan pressing terutama pemain di posisi jentera serangan.

Pengurus dari Jerman itu sememangnya terkenal sebagai The Godfather of Gegenpressing dan corak permainan pressing sememangnya ada dalam falsafah beliau.

Tambahan lagi, untuk mengawal ego serta perangai para pemain dari bintang muda sehingga ke pemain veteran juga bakal menjadi tugas berat untuk pengurus kelab yang baharu nanti.

United sebelum ini sudah memiliki deretan pengurus yang dianggap gagal seperti David Moyes, Luis Van Gaal, Jose Mourinho dan Ole Gunnar Solskjaer sejak Sir Alex Ferguson bersara pada tahun 2013 yang lalu.

Selepas beberapa kali usaha mereka berakhir dengan kegagalan, sudah tentu pimpinan kelab tidak mahu akan menanggung rugi lagi dan akan sedaya upaya melantik pengurus terbaik.

Seandainya Ralf Rangnick berjaya bantu United tamatkan saingan liga di kedudukan empat teratas, dan turut cemerlang dalam saingan FA Cup serta Champions League, beliau berkemungkinan akan jadi pengurus sasaran utama pihak kelab.

Tambahan pula beliau sudah mula membentuk skuad selama tempoh beberapa bulan ini, maka ia bakal memudahkan lagi urusan untuk melantiknya sebagai pengurus tetap nanti.

Sumber: Sportskeeda

BACA:Β  Juventus Sudah Hantar Surat Dan Kini Pertimbang Saman Pogba