Paul Scholes Dedah Pernah Dilamar Pasukan Serie A Ketika Bersama United

Paul Scholes mendedahkan hanya ada sebuah pasukan sahaja yang pernah menunjukkan minat untuk menandatangani beliau dari Manchester United.

Scholes telah menghabiskan sepanjang 20 tahun kariernya bersama setan merah. Beliau telah berjaya menjaringkan 155 gol dalam tempoh itu untuk United.

Scholes juga telah berjaya membantu setan merah memenangi 25 piala termasuk 11 kejuaraan premier league.

Walaupun beliau jelas mempunyai keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan kebanyakan pasukan Eropah, Scholes tidak pernah mempunyai keinginan untuk meninggalkan United yang dikasihi dan dicintai.

Scholes mendedahkan bahawa Inter Milan pernah menunjukkan minat untuk menandatangani beliau pada tahun 2000.

Tetapi minat yang ditunjukkan oleh Inter tidak pernah membawa kepada perundingan serius antara kedua-dua pasukan.

“Saya tidak pernah sama sekali sedar akan ada pasukan yang mahu mendapatkan saya.”

Kata Scholes kepada BBC Radio 5 Live.

“Saya pernah dihubungi oleh seorang ejen bernama Bryan Robson’s, beliau seorang ejen yang sudah lama dalam industri ketika itu, beliau menghubungi saya ketika sedang melakukan persediaan untuk Euro 2000.”

“Beliau bertanya kepada saya adakah saya berminat untuk menyertai Inter Milan, tetapi ia sekadar habis dalam perbualan telefon itu saja.”

“Selepas dari perbualan itu saya sudah tidak mendengar apa-apa lagi, pengurus juga tidak pernah beritahu apa-apa kepada saya.”

“Saya ketika itu sedang bermain dengan pasukan impian saya, saya bersama Manchester United, kami juga sentiasa memenangi Piala.”

“Namun sekiranya sekiranya pengurus memberitahu saya tentang perkara itu, sudah tentu saya akan tolak.”

“Tidak kira pasukan besar mana, saya tidak pernah sama sekali terfikir untuk berpindah ke mana-mana pasukan ternama seperti Barcelona, Real Madrid, atau AC Milan sekali pun saya tidak berminat. Saya sudah bersama pasukan terhebat dunia, saya bersama setan merah.”

Scholes ketika awal kariernya beliau hampir bermain sebagai second striker, tetapi pada akhirnya beliau bermain sebagai midfield, yang mana memudahkan beliau untuk menentukan tempo permainan.

Pemain berusia 45 tahun itu mengakui beliau agak terlalu sibuk dan kerap mengingatkan perbualan dengan Sir Alex Ferguson yang mencetuskan perubahan kepada dirinya.

“Ianya terjadi sebelum saya umum persaraan dari pasukan kebangsaan England, saya mempunyai sedikit kekurangan di bahagian midfield, ia kerana dalam kepala saya cuma fokus mahu menjaringkan gol.”

Jelas Scholes lagi dalam temu bual yang sama.

“Kadang-kadang, terutama di Eropah, kami semakin keterlaluan dan saya hampir memusnahkan diri sendiri. Ia pasti mimpi buruk bagi Roy Keane yang berada di samping saya.”

“Saya masih ingat, di dalam perlawanan besar saya yang pertama, saya rasa saya cuma berjaya masuk ke kotak penalti mereka sekali saja, tetapi pengurus memanggil saya lalu memuji saya hebat dan beliau berkata saya bermain di posisi yang tepat.”

“Tiada keperluan sebenarnya untuk saya mara atau terlibat dengan situasi dalam kotak, pasukan sudah mempunyai penyerang yang bagus. Sir Alex meminta saya untuk mendapatkan bola lalu membantu pemain penyerang supaya mereka menjaringkan gol dan pasukan akan memenangi perlawanan.”

Scholes turut akui bahawa Sir Alex sangat mementingkan semangat kerja sama antara semua pemain.

BACA:  Scholes, Gerrard Dan Lampard- Siapa Lebih Hebat Pilihan Owen?