Paul Scholes Namakan Satu-satunya Bintang United Yang Layak Berada Dalam Skuad Liverpool

Paul Scholes percaya yang hanya Paul Pogba sahaja pemain Manchester United yang layak untuk bermain bersama Liverpool sekarang, seandainya beliau berada di tahap persembahan terbaiknya.

United berpotensi untuk hilang Paul Pogba pada penghujung musim ini, dengan kontrak pemain kebangsaan Perancis itu akan tamat pada musim panas nanti.

Pemain berusia 28 tahun itu ketika ini bebas untuk berunding dengan mana-mana kelab di luar England, dan turut dibenarkan untuk menandatangani pra kontrak dan melengkapkan perpindahan tetap pada penghujung musim nanti.

Setan merah pada ketika ini sepertinya sedang kesuntukkan masa untuk menawarkan kontrak baru kepada pemain midfield itu, dengan Pogba sendiri sepertinya sudah tidak akan terima tawaran baru dari kelab.

Paul Pogba juga telah dikaitkan dengan perpindahan untuk menyertai Paris Saint Germain, Real Madrid dan Juventus selepas kontraknya di Old Trafford tamat.

Pogba baru-baru ini kembali diturunkan untuk beraksi selepas sekian lama beliau direhatkan kerana masalah kecederaan.

Beliau telah diturunkan dalam aksi pertemuan bertemu Leeds United kemarin, dan Paul Pogba telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan pada aksi babak pertama dalam perlawanan tersebut.

Pemenang Piala Dunia 2018 itu terpaksa dikeluarkan pada aksi babak kedua permainan, kerana beliau dilihat beraksi dalam keadaan kepenatan.

United dalam perlawanan itu berjaya menewaskan Leeds United 4-2, seterusnya mengukuhkan kedudukan mereka untuk kekal di kedudukan keempat dalam carta saingan Premier League.

Scholes merupakan individu yang paling lantang bersuara dan beliau sebelum ini kerap memberi kritikan pedas ke atas Paul Pogba.

Beliau menegaskan yang pasukan lawan sebenarnya lebih gerun bertemu Man Utd dengan Pogba di atas padang, berbanding Fred atau Scott McTominay.

“Pogba kalau berada di tahap persembahan terbaiknya, dia layak untuk berada dalam skuad Liverpool.”

Jelas Paul Scholes kepada media Premier League.

“Dia sangat indicative atas apa yang sedang kelab lakukan sekarang. Semua pemain sangat tidak konsisten. Orang yang ada bersama kelab sekarang tak konsisten dengan apa yang mereka buat.”

“Saya sebelum ini kerap kritik Paul, tapi jika kamu pemain pasukan lawan dan mahu beraksi di Old Trafford, kamu akan lebih sanggup beraksi bertemu Fred dan Scott McTominay.”

“Sekarang, kamu tak tahu apa yang kamu akan dapat dari Paul. Tapi ketika dia sedang di tahap terbaik, dia memang menakjubkan.”

“Tapi ketika dia tiada, kemudian kamu perlu bertemu Liverpool dan Man City, kamu akan ada masalah di kawasan itu. Mana Man Utd akan pergi tahun depan untuk gantikan dia?”

Man Utd awal pagi nanti akan turun beraksi bertemu Atletico Madrid dalam aksi leg pertama pusingan 16 terbaik saingan Champions League di Wanda Metropolitano.

Setan merah sepertinya sudah sangat mustahil untuk memenangi liga dan mereka juga sudah tersingkir dari semua saingan domestik pada musim ini.

Satu-satunya Piala yang boleh mereka bawa pulang pada musim ini adalah Champions League dan sudah tentu anak-anak buah Ralf Rangnick itu akan lakukan yang terbaik untuk memastikan harapan mereka tercapai.

Memandangkan Atletico Madrid sendiri sedang tidak berada di tahap persembahan terbaik mereka, maka agak cerah kesempatan untuk Manchester United mencatat kemenangan.

Pengalaman Cristiano Ronaldo sangat diharapkan akan membantu Man Utd menewaskan Atletico Madrid, seterusnya melayakkan mereka ke pusingan suku akhir.

Adakah Manchester United akan mampu untuk menyingkirkan Atletico Madrid? Bincangkan di ruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Pendapat Scholes Bahawa Pertahanan Chelsea Paling Lemah Untuk Top Four Memakan Diri