Paulinho Pulang Ke Pangkuan Guangzhou Evergrande Selepas Semusim Bersama Barcelona

Kelab Liga Super China, Guangzhou Evergrande mengumumkan mereka telah menandatangani Paulinho secara pinjaman dari Barcelona selepas menjual pemain tersebut setahun yang lalu.

Paulionho akan kembali bermain di China selepas semusim beraksi di Sepanyol bersama Barcelona dan emain antarabangsa Brazil ini akan berpindah ke Guangzhou Evergrande secara pinjaman selama 6 bulan terlebih dahulu.

Kelab yang berpengkalan di Negara China tersebut mempunyai pilihan untuk menjadikannya tetap selepas tamat tempoh pinjaman yang akan berakhir pada 31 Disember ini atau melupuskan di tapak pembuangan sisa pepejal.

Paulinho gagal membantu Brazil mara lebih jauh dalam saingan Piala Dunia 2018 dimana mereka terkandas setakat pusingan suku akhir sahaja

Pemain antarabangsa Brazil itu menyertai Barcelona musim lepas dalam satu perpindahan yang mengejutkan banyak pihak dengan banyak pihak mendakwa beliau tidak mempunyai kualiti untuk beraksi di Nou Camp.

Paulinho dibawa masuk sejurus selepas rakan senegaranya, Neymar meninggalkan kelab Catalan itu untuk menyertai Paris Saint-Germain. Sebaik sahaja Barcelona mengumumkan perpindahan Paulinho, segelintir besar penyokong Barcelona mengecam tindakan tersebut kerana mereka mahu nama yang lebih besar untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Neymar.

Perlahan-lahan, Paulinho berjaya memenangi hati peminat Barcelona dengan persembahan cemerlang beliau setiap kali turun beraksi. Beliau berjaya menjaringkan 9 gol dan mencatatkan 3 assists dalam 49 penampilan dalam semua pertandingan musim lepas.

Paulinho berjaya membantu Barcelona memenangi ‘Double’ dalam musim pertamanya sebagai pemain Barclena. Instant impact !

Sepanjang beraksi untuk Barcelona, Paulinho tidak pernah tewas dalam perlawanan yang disertainya. Beliau hanya berada di bangku simpanan ketika AS Roma melakukan kebangkitan luar biasa untuk menyingkirkan Barcelona dari Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.

Antara punca utama mengapa Barcelona melepaskan Paulinho adalah mereka berdepan masalah untuk mematuhi peraturan bilangan pemain bukan Eropah dalam kesebelasan utama.

Dengan pemergian Paulinho ke China, tempat beliau akan diisi oleh rakan senegaranya, Arthur yang akan menyertai Barcelona dari Gremio musim panas ini.

Selain Paulinho, seorang lagi pemain Barcelona yang berpotensi untuk dijual adalah Yerry Mina yang turut memegang status pemain bukan Eropah dalam skuad Barcelona.

Mina beraksi cemerlang untuk Colombia dalam Piala Dunia dimana beliau berjaya menjaringkan 3 gol walaupun posisi beliau adalah pemain pertahanan.

Everton dilaporkan berminat untuk membawa masuk Mina ke Liga Perdana Inggeris.

Guangzhou melalui laman web rasmi mereka telah mengesahkan Pualinho akan kembali beraksi bersama kelab tersebut. Manakala Barcelona melalui akaun Twitter telah mengucapkan selamat maju jaya kepada bekas pemain Tottenham Hotspurs ini.

Sebelum menyertai Barcelona, Paulinho bermain untuk Guangzhou Evergrande selama 3 tahun dimana beliau berjaya membantu kelab tersebut memenangi Chinese Super League untuk dua musim berturut-turut.

Beliau juga berjaya menjulang Liga Juara-Juara Asia pada tahun 2015 selepas menewaskan kelab UAE, Al-Ahli 1-0 secara aggregat dalam aksi final.

BACA:  Zidane Jelaskan Lagi Sekali Mengapa Tiada 'Guard of Honour' Untuk Barcelona Menjelang El-Clasico